Kampung Hujong Bechah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Hujung Bechah
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Hujung Bechah
Mohor rasmi Kampung Hujung Bechah
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah Darul Aman
Daerah Sik
KampungKampung Hujung Bechah
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • 98% celik huruf
(30 lelaki 40 perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
43% lelaki dan 57% perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
08200
Kod kawasan+60 (4)

Kampung Hujung Bechah merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Sik, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara. Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1]

Lokasi Kampung Hujung Bechah adalah berjarak 2 km dari jalan utama yang menghubungkan Pekan Sik-Jeniang, dan terletak bersebelahan di antara Kampung Kemelong, Sik dan Kampung Charok Tok Uban, Sik.[2]

Kampung Hujung Bechah mendapat nama kerana terdapat banyak bechah (atau alur paya) di sekitar kampung. Terdapat 5 alur paya dikenalpasti terdapat di sekitar kampung. Bechah-bechah ini dahulunya menjadi pembekal sumber air penting kepada penggunaan harian penduduk kampung dan sawah padi.

Secara demografik, keseluruhan penduduk disini adalah berbangsa Melayu Islam. Bahasa pertuturan penduduk disini adalah dialek Bahasa Melayu Reman (Bahasa Kedah Hulu)[3]. Aktiviti ekonomi penduduk adalah menoreh getah, berkebun, menternak dan pertukangan.

Antara makanan tradisi istimewa di sini adalah gulai rias pisang, nasi ulam, nasi daging Kedah dan laksa Kedah.[4][5][6]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Sik
  2. Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar, Sik
  3. Sekolah Kebnagsaan Batu 8, Sik
  4. Maktab Mahmud, Sik
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sik
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Surau Kampung Hujung Bechah
  2. Masjid Nurul Islam, Kariah Kg Charok Tok Uban

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Hujung Bechah, Sik, Kedah adalah 08200.[7]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengenalan Hari Muzium Antarabangsa 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 2017-12-06.
  2. ^ "Arahan memandu ke Surau Kampung Hujung Bechah, Sik". Waze. Dicapai pada 2023-12-28.
  3. ^ Bahasa Melayu Reman, 2023-04-06, dicapai pada 2023-12-28
  4. ^ Laksa Kedah
  5. ^ Satibi, Zaitie (2018-04-29). "Gulai kawah batang pisang". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-28.
  6. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-12-28.
  7. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]