Kampung SC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung SC
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung SC
Mohor rasmi Kampung SC
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah Darul Aman
Daerah Kodiang
KampungKampung SC
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
06100
Kod kawasan+604

Kampung SC (6.358286, 100.387739)

merupakan sebuah kampung yang terletak di Kodiang, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.

Kampung itu diberi nama Kampung Special Constable atau lebih dikenali sebagai Kampung SC. Ia merupakan tanah yang dianugerahkan kepada para Special Constable(SC) ketika itu atas jasa mereka memberi perlindungan kepada rakyat dan membantu tugas polis ketika itu.

SC merupakan satu pasukan yang diwujudkan untuk memperkukuh strategi pertahanan di bawah Rancangan Briggs pada 1948.

Rancangan yang diperkenalkan Sir Harold Briggs itu melalui strategi menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru dan menyekat makanan dan bantuan daripada sampai kepada Komunis.

Disebabkan keberanian dan semangat ditunjukkan SC terbabit, pada 1958, di penghujung zaman Darurat, satu kawasan tanah dianugerahkan kerajaan kepada seramai 17 SC pejuang rakyat yang dengan sukarela memikul tugas menjadi mata-mata tambahan kerajaan.

Setelah tamat darurat, seramai 17 anggota SC dianugerah tanah seluas tujuh relung (dua hektar) di kawasan ini yang akhirnya dibentuk satu perkampungan dinamakan Kampung SC.

Turut diberi bersama tanah itu katanya adalah sebuah rumah kampung dengan dua bilik tidur yang seni binanya agak moden ketika itu.

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung SC, Kodiang, Kedah adalah 06100.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]