Kampung Tok Kepak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tok Kepak
Kampung
Bendera Kampung Tok Kepak
Mohor rasmi Kampung Tok Kepak
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah Darul Aman
Daerah Kodiang
MukimMukim Putat dan Mukim Ah
KampungKampung Tok Kepak
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
 • Imam UtamaHaji Abdul Wahab bin Awang
 • Pengasas KampungPaduka Surya Tok Panglima Wan Chik
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
06100
Kod kawasan+604

Kampung Tok Kepak merupakan sebuah kampung yang terletak di Kodiang, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara. Kampung ini diasaskan oleh Wan Chik bin Wan Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Panglima. Gelaran ini diberikan oleh rakyat tempatan disebabkan kelantangan beliau menentang penjajah dan diakui tentera Jepun ketika mereka menjajah.

Pengasas kampung ini berasal dari Kubang Betong, Hosba.

Tok Panglima berhijrah ke kampung ini dengan dua tujuan utama iaitu lari daripada sihir dan ingin mencari harta buat keturunan beliau. Sihir yang dikenakan tersebut disebabkan beliau berkahwin dengan gadis cantik dari Kubang Betong yang bernama Wan Teh. Namun, takdir yang ditetapkan tuhan melebihi segala-galanya. Rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat dan hasil perkongsian hidup bersama, mereka berdua telah memperoleh lapan cahaya mata.

Beliau mengasaskan kampung ini dengan hasil keringat tulang empat kerat beliau dan ahli keluarganya. Kampung ini dinamakan sempena peristiwa aneh yang pernah berlaku di sini. Kebiasaan masyarakat zaman dahulu, mereka menjadikan air telaga sebagai kegunaan domestik. Secara tidak sengaja, ibu beliau Wan Tempawan ingin menimba air daripada sebuah telaga untuk dijerang. Setelah diletakkan diatas unggun api, beliau terkejut apabila melihat seekor ikan mempunyai sirip (kepak) yang sangat besar. Sejak daripada itu, masyarakat luar mulai berpindah ke kampung itu kerana mempercayai peristiwa ini membawa tuah. Oleh itu, kampung tersebut dinamakan Kampung Tok Kepak dan kampung itu dijadikan petempatan sehingga ke hari ini.

Ia terletak di negeri Kedah Darul Aman , ia juga sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Tok Kepak, Kodiang, Kedah adalah 06100.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengenalan Hari Muzium Antarabangsa 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 2017-12-06.
  2. ^ Laksa Kedah
  3. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]