Pergi ke kandungan

Awesome TV: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Harimua Thailand (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Pengembalian manual
Afzanalmuaimin09 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 33: Baris 33:
*18 Januari 2021<br>{{small|([[Astro (televisyen satelit)|Astro]]/[[Astro NJOI|NJOI]]) ([[Televisyen definisi tinggi|HD]])}}
*18 Januari 2021<br>{{small|([[Astro (televisyen satelit)|Astro]]/[[Astro NJOI|NJOI]]) ([[Televisyen definisi tinggi|HD]])}}
| ditubuhkan =
| ditubuhkan =
| ditutup = *1 April 2024, Jam 6:00 Pagi<br>{{small|([[Astro (televisyen satelit)|Astro]]/[[Astro NJOI|NJOI]]) ([[Televisyen definisi tinggi|HD]])}}
| ditutup =
| menggantikan =
| menggantikan =
| digantikan_oleh =
| digantikan_oleh =

Semakan pada 20:20, 31 Mac 2024

Awesome TV
NegaraMalaysia
Kawasan siaranSeluruh negara
SloganMemang Ohsem!
Ibu pejabat33, Jalan Rakyat, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikKoperasi Amanah Pelaburan Berhad
(Awesome Media Network Sdn Bhd)
Orang penting
  • Johan Ishak
    (Pengarah Urusan)[1]
  • Dato' Adam Ilyas
    (Ketua Pegawai Eksekutif)
  • Ts. Mazlan Mahdi
    (Ketua Pegawai Operasi)
  • Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli
    (Pengarah Unit Kandungan)
Sejarah
Dilancarkan
  • 3 Ogos 2020; 4 tahun yang lalu (2020-08-03)
    (MYTV) (HD)
  • 18 Januari 2021
    (Astro/NJOI) (HD)
Ditutup
Pautan
Laman webawesometv.my
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 112 (HD)
Satelit
Astro/NJOISaluran 123 (HD)
Media penstriman
Malaysia Awesome Media Network Sdn BhdAwesome TV App

Awesome TV ialah sebuah saluran televisyen yang menayangkan rancangan-rancangan hiburan selama 24 jam untuk golongan muda dan remaja swasta pertama di Malaysia yang disiar pertama kalinya melalui siaran terestrial digital Malaysia, MYTV dalam definisi tinggi (HD) dan ia memulakan penyiarannya yang berkedudukan dan berpusat di Brickfields, Kuala Lumpur sebuah bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia. Stesen ini dilancarkan secara rasmi sepenuhnya bermula komersial secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial swasta digital bersiaran percuma nasional muzik dan hiburan sahaja pada 3 Ogos 2020 mula tepat sejak sekitar jam 6:00 pagi Waktu Piawai Malaysia.[2][3] Awesome TV boleh ditonton di seluruh negara melalui terestrial percuma MYTV di saluran 112 dan televisyen berbayar Astro di saluran 123. Pada waktu semalaman, siaran ini disiarkan dengan bacaan ayat-ayat ruqyah dan ayat-ayat suci Al-Qur'an iaitu pada jam 3:00 Pagi hingga 5:59 Pagi dan kemudiannya diikuti dengan lagu Negaraku.

Perihal

Misi Awesome TV adalah untuk menghasilkan pengisian yang segar dan menarik selari dengan fokus utama untuk dikenali sebagai penggalak minda atau “mood booster” di kalangan masyarakat Malaysia. Ia mengetengahkan lima genre utama iaitu Komedi, Hiburan, Drama, Bicara dan program kanak-kanak (sehingga pertengahan tahun 2023). Saluran ini juga menyiarkan variasi hiburan Thai, Korean, Hollywood, Bollywood dan Indonesia. Tidak hanya tertumpu kepada siaran percuma melalui televisyen, Awesome TV juga mensasarkan untuk bersiaran secara digital sepenuhnya. Pengisian Awesome TV boleh ditonton melalui laman sesawang www.awesometv.my dan aplikasinya yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Pada 1 Februari 2022, Awesome TV melancarkan program berita iaitu Berita 7:57 yang membawakan laporan harian merangkumi berita-berita nasional, tempatan dan luar negara merentasi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan dan sukan.

Sejak 3 Ogos 2020, Awesome TV menjadi rasmi saluran berbahasa Melayu yang tersendiri sehingga rasmi semua rancangan berbahasa Melayu kepada semua penonton di Malaysia. Awesome TV rasmi semua rancangannya menumpukan kepada semua Bangsa Melayu.

Mengangkat slogan "Rakyat Keutamaan Kami". 'Berita 7:57' bersiaran secara langsung pada setiap Hari jam 7:57-8:30 malam dan siaran ulangan pada jam 12 Tengah Hari WPM @ GMT+8. Dan sejak 2021, Awesome TV ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.[perlu rujukan]

Sejarah

Awesome TV memulakan ujian transmisi sehingga siaran pecubaan pada hari Selasa, 28 Julai 2020 mula tepat sejak sekitar jam 12:00 tengahari Waktu Piawai Malaysia dengan siaran 12 jam dari 12:00 tengahari hingga 12:00 tengah malam setiap hari dan menyiarkan rasmi video muzik golongan muda dan remaja bahasa Malaysia/Melayu dan Inggeris sebelum 6 hari dari 28 Julai 2020 hingga 2 Ogos 2020.

Awesome TV majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula komersial swasta secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial swasta digital bersiaran percuma nasional muzik dan hiburan selama 24 jam pertama untuk golongan muda dan remaja di Malaysia dan Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Ogos 2020 mula tepat sejak sekitar jam 6:00 pagi Waktu Piawai Malaysia. Awesome TV meluaskan liputannya melalui penyedia televisyen berbayar Astro di saluran 123 pada 18 Januari 2021. Awesome TV rasmi melancarkan cogan kata baharu ialah "Memang Ohsem!".

Awesome TV tidak mempunyai sebarang slot masa siaran berita utama sama ada buatan saluran ini atau daripada saluran televisyen siaran lain dari 3 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2022.

Akan diumumkan, Awesome TV akan berpindah secara rasmi dari Subang Hi-Tech Industrial Park di Shah Alam, Selangor.

Program

Kedudukan

Awesome TV merupakan saluran televisyen percuma pertama di Malaysia dan Kuala Lumpur yang memulakan siarannya secara rasmi tanpa kegunaan pemancar analog yang mana kesemua pengguna dekoder DVB-T2 di Malaysia boleh menonton saluran ini bermula awal kewujudan siaran saluran ini[perlu rujukan].

Awesome TV mula disiarkan di Astro menerusi saluran 123 bermula 18 Januari 2021.[4]

Isu dan Kontorversi

Pengguguran menyertai perarakan sambutan Hari Merdeka

Awesome TV telah digugurkan daripada senarai syarikat yang akan menyertai acara perarakan sempena Hari Kebangsaan 2023, oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, tanpa sebarang alasan.[5] Keputusan mengejut itu dimaklumkan menerusi surat bertarikh 23 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Muhammad Fauzi Md Isa.[5] Menteri Fahmi Fadzil menjelaskan pengguguran itu disebabkan peruntukkan masa yang terhad semasa perarakan. Dua syarikat lain Milo dan Grab antara yang turut digugurkan.[6]

Denda daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Awesome TV telah didenda RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan beberapa kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah[7]. Lesen itu difahamkan digunakan Awesome Media Network Sdn. Bhd. (pemilik Awesome TV) walaupun lesen tersebut dikeluarkan kepada Awesome Broadcasting Sdn Bhd. Tindakan memindah milik lesen menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang pemindahan pemilikan lesen tanpa kelulusan bertulis daripada menteri bertanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia.

Rujukan

  1. ^ Janice Tan (13 May 2020). "Media Prima's Johan Ishak joins Awesome TV as MD". marketing-interactive.com. Dicapai pada 20 January 2022.
  2. ^ https://www.facebook.com/watch/?v=524433424938513
  3. ^ https://www.facebook.com/watch/?v=646835666040952
  4. ^ "Awesome TV Kini Sudah Mula Bersiaran Di Saluran Astro 123 HD". KopiPlanet.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-19. Dicapai pada 2023-08-29.
  5. ^ a b "Awesome TV digugurkan daripada acara perarakan Hari Kebangsaan". MalaysiaNow (dalam bahasa Burma). 2023-08-24. Dicapai pada 2023-08-29.
  6. ^ fmtoday (2023-08-26). "Masa terhad, Fahmi perjelas pengguguran Awesome TV". Head Topics (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-29.
  7. ^ MALEK, MOHAMAD AMREEL IMAN ABD (2023-05-24). "Awesome TV didenda RM250,000". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-29.

Pautan luar