Tanah Tinggi Cameron: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 52: Baris 52:

Beliau kemudian berjumpa dengan Sir [[Hugh Low]], pegawai tinggi British di Perak pada ketika itu dan Sir Hugh Low menyatakan minatnya untuk membangunkan kawasan itu sebagai kawasan peranginan serta ladang terbuka. Jalan hutan untuk ke "tanah Cameron" telah dibina yang melalui kawasan hutan belantara. Namun begitu, tiada perubahan direkodkan selepas itu<ref>{{cite book |last=De Souza |first=Edward Roy |title=SOLVED! The "Mysterious" Disappearance of Jim Thompson, the Legendary Thai Silk King (2nd ed)|publisher= Word Association Publishers |year=2010 |pages=18|isbn=978-1-59571-505-0 |lccn=2009944204}}</ref>.

[[File:TIME TUNNEL museum11a.jpg|thumb|<center>Pekan [[Brinchang]] (tahun 2012).</center>]]

Selepas 40 tahun, kawasan tanah Cameron dikaji sekali lagi oleh Sir George Maxwell apabila beliau mengadakan siri lawatan ke tanah Cameron dan bertanya kepada orang tempatan untuk melihat jika kawasan ini boleh dibangunkan bagi tujuan perlancongan<ref name="cnn" />. Beliau menghabiskan lebih kurang 9 hari melakukan kaji selidik terhadap kawasan ini<ref name="HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS 1942">{{cite news|title=CAMERON’S HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS., ''The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884–1942)'', Tuesday, 19 Mei 1925|page=11}}</ref>. Selepas beliau pulang, Maxwell menyatakan kawasan tanah Cameron ini memiliki bentuk seperti bujur<ref name="HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS 1942"/>. Maxwell bersetuju bahawa kawasan tanah Cameron ini perlu dibangunkan setelah beliau melakukan perbandingan kawasan ini dengan beberapa kawasan tanah tinggi lain seperti [[Nuwara Eliya]] di [[Sri Lanka]] dan [[Baguio]] di [[Filipina]]<ref name="cnn">{{cite news |title=Cameron Highlands: Malaysia's enduring 'Little England' |date=27 Jun 2013 |newspaper=CNN |url=http://travel.cnn.com/malaysia-travel-cameron-highlands-979431/ |accessdate=28 Jun 2017}}</ref>.

Pada tahun 1926, jawatankuasa pembangunan telah dibentuk bagi menetapkan zon-zon di kawasan tanah Cameron ini dan dibahagikan kepada tiga zon; zon pentadbiran, perumahan dan zon pelancongan. Selepas itu, jalan raya telah dibina bermula dari [[Tapah]], [[Perak]] sehingga ke tanah tinggi yang dianggarkan menelan kos sebanyak 3 juta dolar Amerika<ref name="ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS, The Straits Times, Tuesday, 3 March 1931 12">{{cite news|title=ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS |newspaper=The Straits Times |date=3 Mac 1931 |page=12}}</ref>. Jalan raya ini dibina sehingga ke Tanah Rata. Messrs. Fogden, Brisbane and Company merupakan kontraktor yang bertanggungjawab membangunkan jalan raya ini dengan kontrak yang diberikan selama tiga tahun<ref name="ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS, The Straits Times, Tuesday, 3 March 1931 12" />. Projek pembinaan jalan raya ini bermula pada [[1 Januari]] [[1928]] dan siap sepenuhnya pada [[14 November]] [[1930]] - 47 hari lebih awal dari tarikh jangka siap<ref name="ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS, The Straits Times, Tuesday, 3 March 1931 12" />.

Sejak tahun 1930, terdapat beberapa perubahan dan pembangunan drastik dijalankan di kawasan ini seperti beberapa perumahan telah didirikan, terdapat juga pos kawalan polis dan tentera serta beberapa pusat perkhidmatan seperti sekolah, tadika dan juga sebuah Stesen Eksperimen Agrikultur serta terdapat padang golf<ref name="ReferenceA">{{cite news |title=Cameron Highlands Golf |newspaper=The Straits Times |date=13 September 1935 |page=14}}</ref>. Pentadbiran bagi kawasan Cameron Highland pada ketika itu diletakkan di bawah Kuala Lipis<ref>{{cite book |last=Fletcher-Cooke |first=John |title=The Emperor's Guest|publisher= Pen and Sword |year=2012 |pages=3|isbn=9780850523461}}</ref>.

Semakan pada 17:29, 1 Julai 2017

Cameron Highlands
Tanah Tinggi Cameron
تانه تيڠڬي كمايرون
金马崙高原
கேமரன் மலை
Mohor rasmi Cameron Highlands
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 4°30′N 101°30′E / 4.5°N 101.5°E / 4.5; 101.5Koordinat: 4°30′N 101°30′E / 4.5°N 101.5°E / 4.5; 101.5
Negara Malaysia
Negeri Pahang
Mula diterokai1885 oleh Sir William Cameron
PusatTanah Rata
Jelai
Pentadbiran
 • Yang DipertuaDato Zainal Abidin bin Md Amin
Keluasan
 • Jumlah712 km2 (275 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah38,471
 • Kepadatan54/km2 (140/batu persegi)
Zon waktuUTC+08:00 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
39xxx
Pendaftaran kenderaanC, A
Laman sesawangwww.mdcameron.gov.my

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.

Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.

Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.

Sejarah

Nama Cameron Highlands diambil dari Sir William Cameron, seorang juruukur British yang telah diarahkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu untuk melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak pada tahun 1885[2]. Cameron memulakan ekspedisi beliau berdekatan Estet Waterloo yang terletak di Kuala Kangsar, Perak dan melalui Gunung Chabang yang terletak di Batu Gajah, Perak[3]. Beliau kemudiannya meneruskan pemetaan melalui Pahang dan berakhir di kawasan Ulu Bertam atau Selangor. Dalam ekspedisi tersebut, Cameron membina beberapa jalan belukar baru merentasi Lembah Telom dan menjumpai satu dataran yang luas[3]. Cameron menyatakan bahawa beliau melihat "suatu dataran yang luas di kawasan tinggi serta bercerun-cerun seperti pusaran."[2] Walau bagaimanapun, Cameron gagal menentukan lokasi kawasan tersebut di atas peta[4].

Beliau kemudian berjumpa dengan Sir Hugh Low, pegawai tinggi British di Perak pada ketika itu dan Sir Hugh Low menyatakan minatnya untuk membangunkan kawasan itu sebagai kawasan peranginan serta ladang terbuka. Jalan hutan untuk ke "tanah Cameron" telah dibina yang melalui kawasan hutan belantara. Namun begitu, tiada perubahan direkodkan selepas itu[5].

Pekan Brinchang (tahun 2012).

Selepas 40 tahun, kawasan tanah Cameron dikaji sekali lagi oleh Sir George Maxwell apabila beliau mengadakan siri lawatan ke tanah Cameron dan bertanya kepada orang tempatan untuk melihat jika kawasan ini boleh dibangunkan bagi tujuan perlancongan[6]. Beliau menghabiskan lebih kurang 9 hari melakukan kaji selidik terhadap kawasan ini[7]. Selepas beliau pulang, Maxwell menyatakan kawasan tanah Cameron ini memiliki bentuk seperti bujur[7]. Maxwell bersetuju bahawa kawasan tanah Cameron ini perlu dibangunkan setelah beliau melakukan perbandingan kawasan ini dengan beberapa kawasan tanah tinggi lain seperti Nuwara Eliya di Sri Lanka dan Baguio di Filipina[6].

Pada tahun 1926, jawatankuasa pembangunan telah dibentuk bagi menetapkan zon-zon di kawasan tanah Cameron ini dan dibahagikan kepada tiga zon; zon pentadbiran, perumahan dan zon pelancongan. Selepas itu, jalan raya telah dibina bermula dari Tapah, Perak sehingga ke tanah tinggi yang dianggarkan menelan kos sebanyak 3 juta dolar Amerika[8]. Jalan raya ini dibina sehingga ke Tanah Rata. Messrs. Fogden, Brisbane and Company merupakan kontraktor yang bertanggungjawab membangunkan jalan raya ini dengan kontrak yang diberikan selama tiga tahun[8]. Projek pembinaan jalan raya ini bermula pada 1 Januari 1928 dan siap sepenuhnya pada 14 November 1930 - 47 hari lebih awal dari tarikh jangka siap[8].

Sejak tahun 1930, terdapat beberapa perubahan dan pembangunan drastik dijalankan di kawasan ini seperti beberapa perumahan telah didirikan, terdapat juga pos kawalan polis dan tentera serta beberapa pusat perkhidmatan seperti sekolah, tadika dan juga sebuah Stesen Eksperimen Agrikultur serta terdapat padang golf[9]. Pentadbiran bagi kawasan Cameron Highland pada ketika itu diletakkan di bawah Kuala Lipis[10].

Iklim

Iklim di Cameron Highlands yang sesuai untuk penanaman teh

Cameron Highlands merupakan antara lokasi di Malaysia yang beriklim tropika di tanah tinggi (Pengelasan iklim Köppen). Purata suhu tahunan dianggarkan sebanyak 18 darjah Celcius. Pada bulan Februari 1978, Cameron Highlands melakar sejarah mencatatkan suhu paling rendah setakat ini dengan bacaan 7.8 darjah Celcius[11].

Data iklim untuk Cameron Highlands
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 21.4
(70.5)
22.3
(72.1)
23.0
(73.4)
23.3
(73.9)
23.2
(73.8)
22.8
(73.0)
22.3
(72.1)
22.0
(71.6)
21.9
(71.4)
21.8
(71.2)
21.7
(71.1)
21.1
(70.0)
22.2
(72.0)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 14.6
(58.3)
14.6
(58.3)
15.2
(59.4)
15.8
(60.4)
16.1
(61.0)
15.6
(60.1)
15.2
(59.4)
15.3
(59.5)
15.3
(59.5)
15.3
(59.5)
15.3
(59.5)
14.9
(58.8)
15.3
(59.5)
Purata curahan hujan, mm (inci) 95.3
(3.75)
144.0
(5.67)
220.6
(8.69)
257.5
(10.14)
273.5
(10.77)
174.4
(6.87)
173.2
(6.82)
229.5
(9.04)
278.4
(10.96)
373.0
(14.69)
316.8
(12.47)
209.8
(8.26)
2,746
(108.11)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) 11 11 16 17 18 13 14 16 20 23 21 17 197
Sumber: Jabatan Metrologi Dunia[12]

Akses

Pengangkutan persendirian

Sebelum tahun 1990, laluan tunggal untuk ke Cameron Highlands adalah melalui jalan FT59 yang bermula di Tapah, Perak dan disambung kepada Lebuhraya Utara-Selatan E1 melalui Persimpangan Tapah (EXIT 132). Pada tahun 2004, laluan baru dibuka iaitu jalan FT185 yang menghubungkan Simpang Pulai sehingga ke bahagian utara Cameron Highlands dan ke Gua Musang di Kelantan sebelum berakhir di Kampung Kuala Jenderis di Hulu Terengganu.

Pada tahun 2010, laluan ketiga untuk ke Cameron Highlands telah dibuka iaitu jalan FT102 yang menghubungkan Ringlet ke FELDA Sungai Koyan, berdekatan Kuala Lipis, Pahang. Laluan FT102 merupakan laluan yang terletak di negeri Pahang secara keseluruhannya, berbanding dua laluan terdahulu yang merentasi dua buah negeri.

Pengangkutan awam

Terdapat beberapa perkhidmatan bas ekspres yang menyediakan laluan dari beberapa bandar utama ke Cameron Highlands. Kuala Lipis merupakan bandar terdekat bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api KTM.

Keistimewaan

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati di tempat lain. Hal ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja, contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands; Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang yang menawarkan pakej penginapan 'homestay' untuk para pengunjung.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sana juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Tempat-tempat lain ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam. Stesen Janakuasa Elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik utama untuk penduduk di sana.

Pekan

Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:

  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley

Wakil Rakyat

Parlimen Malaysia

  • P078 Cameron Highlands - YB. Dato' Seri G. Palanivel Barisan Nasional BN

Dewan Undangan Negeri Pahang

Galeri

Pautan Luar

Rujukan

  1. ^ "Table 3.6: Total population by ethnic group, sex, administrative district and state, Malaysia, 2010 (PDF). Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 2010, Department of Statistics, Malaysia". m/s. 67 (dalam PDF).
  2. ^ a b "Sejarah Cameron Highlands". Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands. 8 Februari 2013. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  3. ^ a b "William Cameron pencetus kemasyhuran". Utusan Malaysia. 17 Oktober 2015. Dicapai pada 28 Jun 2017.
  4. ^ Charles de Ledesma, Mark Lewis, Pauline Savage (2003). The Rough Guide to Malaysia, Singapore & Brunei 4. Rough Guides. m/s. 154. ISBN 978-1843530947.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  5. ^ De Souza, Edward Roy (2010). SOLVED! The "Mysterious" Disappearance of Jim Thompson, the Legendary Thai Silk King (2nd ed). Word Association Publishers. m/s. 18. ISBN 978-1-59571-505-0. LCCN 2009944204.
  6. ^ a b "Cameron Highlands: Malaysia's enduring 'Little England'". CNN. 27 Jun 2013. Dicapai pada 28 Jun 2017.
  7. ^ a b "CAMERON'S HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS., The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884–1942), Tuesday, 19 Mei 1925". m/s. 11.
  8. ^ a b c "ROAD TO CAMERON'S HIGHLANDS". The Straits Times. 3 Mac 1931. m/s. 12.
  9. ^ "Cameron Highlands Golf". The Straits Times. 13 September 1935. m/s. 14.
  10. ^ Fletcher-Cooke, John (2012). The Emperor's Guest. Pen and Sword. m/s. 3. ISBN 9780850523461.
  11. ^ "Cameron Highlands kawasan paling sejuk di Malaysia". Utusan Malaysia. 2 Februari 2017. Dicapai pada 28 Jun 2017.
  12. ^ "World Weather Information Service — Cameron Highlands". World Meteorological Organization. Dicapai pada 6 Mei 2014.