Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
k Membalikkan suntingan oleh Akuindo (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar Teg: Undur |

Baris 12: | Baris 12: | ||
kemudian=[[Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail|Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi]]| |
kemudian=[[Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail|Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi]]| |

{{Infobox Sultan|negeri=[[Pahang Darul Makmur]]|imej=|saiz=|caption=[[Sultan Pahang]] Moden ke-5|nama=Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah|pemerintahan=8 Mei 1974 - |
{{Infobox Sultan|negeri=[[Pahang Darul Makmur]]|imej=|saiz=|caption=[[Sultan Pahang]] Moden ke-5|nama=Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah|pemerintahan=8 Mei 1974 - 11 Januari 2019|pendahulu=[[Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah|Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Mu’azzam Shah]]|pengganti=[[Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah|Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billahi Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah]]|raja muda=[[Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah|Tengku Abdullah]]|pasangan={{marriage|[[Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang|Tengku Afzan]]|1954|1988|end=died}}
{{marriage|[[Sultanah Kalsom binti Abdullah|Sultanah Kalsom]]|1991|}}|anak=Tengku Meriam
Tengku Muhaini
Tengku Aishah Marcella
[[Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah|Tengku Abdullah]]
Tengku Abdul Rahman
Tengku Nong Fatimah
Tengku Shahariah
[[Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah]]|nama penuh=Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah|kediaman=[[Istana Abu Bakar]], [[Pekan, Pahang|Pekan]], [[Pahang]]|ayahanda=[[Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah|Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah]]|ibunda=Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah|keputeraan={{birth date and age|1930|10|24|df=yes}}|tempat keputeraan=Istana Mangga Tunggal, [[Pekan, Pahang|Pekan]], [[Pahang]], [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]], [[Tanah Melayu British|Malaya British]]|kemangkatan=|tempat kemangkatan=|dimakamkan=|tempat dimakamkan=|agama=[[Islam Sunni]]}} |

'''Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah''' telah diputerakan pada tanggal hari Jumaat, 24 Oktober 1930 Masihi, tepat jam 12:00 tengah malam bersamaan 2 Jamadil Akhir 1349 Hijrah di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan. Baginda merupakan anakanda ketiga KDYMM Sultan Sir Abu Bakar dengan DYMM Tengku Ampuan Fatimah. Anakanda Baginda yang sulung adalah seorang puteri sementara anakanda kedua seorang putera yang mangkat semasa kecil. |
'''Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah''' telah diputerakan pada tanggal hari Jumaat, 24 Oktober 1930 Masihi, tepat jam 12:00 tengah malam bersamaan 2 Jamadil Akhir 1349 Hijrah di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan. Baginda merupakan anakanda ketiga KDYMM Sultan Sir Abu Bakar dengan DYMM Tengku Ampuan Fatimah. Anakanda Baginda yang sulung adalah seorang puteri sementara anakanda kedua seorang putera yang mangkat semasa kecil. |
Semakan pada 08:39, 15 Januari 2019
Yang di-Pertuan Agong | |
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah | |

Yang di-Pertuan Agong ke- | 7 |
Raja Permaisuri Agong | Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang |
Negeri | Pahang |
Keputeraan | Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | 24 Oktober 1930
Kemangkatan | |
Mula jawatan | 26 April 1979 |
Tamat jawatan | 25 April 1984 |
Penyandang terdahulu | Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim |
Penyandang kemudian | Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi |
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | |

Sultan Pahang Moden ke-5 | |
Pemerintahan | 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019 |
Pendahulu | Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Mu’azzam Shah |
Pengganti | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billahi Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah |
Raja Muda | Tengku Abdullah |
Pasangan | Tengku Afzan (k. 1954; m. 1988) Sultanah Kalsom (k. 1991) |
Anakanda | |
Tengku Meriam Tengku Muhaini Tengku Aishah Marcella Tengku Abdullah Tengku Abdul Rahman Tengku Nong Fatimah Tengku Shahariah Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah | |
Nama penuh | |
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah | |
Tempat persemayaman | Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang |
Ayahanda | Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah |
Bonda | Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah |
Keputeraan | Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | 24 Oktober 1930
Agama | Islam Sunni |
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah telah diputerakan pada tanggal hari Jumaat, 24 Oktober 1930 Masihi, tepat jam 12:00 tengah malam bersamaan 2 Jamadil Akhir 1349 Hijrah di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan. Baginda merupakan anakanda ketiga KDYMM Sultan Sir Abu Bakar dengan DYMM Tengku Ampuan Fatimah. Anakanda Baginda yang sulung adalah seorang puteri sementara anakanda kedua seorang putera yang mangkat semasa kecil.
Yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.
Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda.
Kehidupan awal
Tengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tasim Billah Shah, Sultan Pahang III,[1] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.
Kegemaran
Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.
Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) pada tahun 1984. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.
Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang moden yang ke-5 pada 8 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.
Kehidupan peribadi
Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.
Legasi
Institusi Pendidikan
- Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus cawangan), Bandar Muadzam Shah, Pahang.
- Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS - Berada di dalam UNITEN kampus utama), Kajang-Bangi, Selangor.
- Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS), Pahang.
- Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, (KIPSAS), Pahang[2]
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang.
Bangunan, Jambatan dan Jalanraya
- Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan
- Jambatan Sultan Ahmad Shah (Jambatan Temerloh) di Federal Route di Temerloh
- Jambatan Sultan Ahmad Shah II (Jambatan Semantan) di East Coast Expressway di Semantan
- Jambatan Sultan Ahmad Shah III (Jambatan Chenor) di Chenor
- Jalan Sultan Ahmad Shah (sebelumnya Northam Road) di George Town, Pulau Pinang
- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (sebelumnya Hospital Temerloh) di Maran Road, Temerloh, Pahang
- Jalan Sultan Haji Ahmad Shah (sebelumnya Jalan Khidmat Usaha]]) di Kuala Lumpur
Lain-lain
- Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih)
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Sejarah Kesultanan Melayu Pahang". Berita Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 12 Januari 2019.
- ^ http://www.kipsas.edu.my Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic College
Gelaran pemerintah | ||

Didahului oleh Sultan Yahya Petra (Sultan Kelantan) |
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7 26 April 1979 - 25 April 1984 |
Diikuti oleh: Sultan Iskandar (Sultan Johor) |
Gelaran pemerintah | ||

Didahului oleh Sultan Abu Bakar |
Sultan Pahang 8 Mei 1974 - kini |
Diikuti oleh: - |