Jabatan Kastam Diraja Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Antara Kejayaan JKDM: untuk sebab yang sama di bawah
Baris 60: Baris 60:


Sesungguhnya pengiktirafan ini memcerminkan dampak yang utuh bahawa JKDM merupakan sebuah agensi utama dalam memperkasa kemakmuran ekonomi negara bangsa yang tercinta.
Sesungguhnya pengiktirafan ini memcerminkan dampak yang utuh bahawa JKDM merupakan sebuah agensi utama dalam memperkasa kemakmuran ekonomi negara bangsa yang tercinta.

== Visi, Misi, Etika Perkhidmatan, Slogan, Nilai Bersama, Logo & Lagu ==

=== '''Visi''' ===
Kastam Peneraju Kemakmuran Negara

=== '''Misi''' ===
Memungut Hasil Negara

Memberi Fasilitasi Perdagangan Dan-

Menguatkuasakan Undang-Undang

Demi Kemakmuran Negara

=== '''Etika Perkhidmatan''' ===
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D.)

=== '''Slogan''' ===
Berkhidmat Memakmurkan Negara

=== '''Nilai Bersama: i-SPEED''' ===
i- Integrity / Integriti

S- Speed / Pantas

P- Professional / Profesional

E- Efficient / Cekap

E- Effective / Berkesan

D- Dynamic / Dinamik
[[Fail:Kastam.jpg|thumb|250px|Logo Jabatan Kastam Diraja Malaysia|alt=]]

=== Maksud Logo Kastam ===
'''Bulan Sabit & Bintang'''

Bulan Sabit dan Bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

'''Bulan Sabit dan Bintang berwarna kuning'''

Bulan Sabit dan Bintang berwarna kuning melambangkan Kedaulatan Diraja Malaysia.

'''2 ekor Harimau'''

Harimau melambangkan ketegasan, kecekalan dan keberanian.

'''Bulatan berwarna biru'''

Bulatan yang berwarna biru melambangkan penambahbaikan yang berterusan dengan membudayakan pengurusan berkualiti yang menyeluruh.

'''2 penunjuk arah'''

Dua penunjuk arah dibahagian atas dan dibahagian bawah lambang segitiga, melambangkan halatuju yang strategik dalam usaha memungut hasil, mengawal serta memelihara kepentingan negara.

'''Bulatan Padat berwarna kuning'''

Bulatan padat kuning ditengah melambangkan fokus utama untuk memungut cukai dalam usaha bagi menambah hasil negara serta mengamalkan ciri pengurusan yang berkualiti.

'''Segitiga Tepat'''

Segitiga tepat melambangkan keupayaan menangani perubahan pembaharuan dan memelihara keutuhan jabatan.

'''Bulatan Dibahagi Dua'''

Bulatan yang dibahagi dua melambangkan visi jabatan kearah mencapai taraf dunia.

=== '''Lagu Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia''' ===
Kastam Diraja Malaysia tetap berjaya,

Pungut hasil negara,

Penyeludupan,

Kita basmikan,

Agar terkawal hasil berjuta-juta,

Kakitangan bertugas,

Penuh minat serta,

Penuh ketabahan,

Marilah kita,

Bersama-sama,

Memelihara,

Setiap masa,

Nama jabatan,

Kita megahkan,

Amanah suci,

Kita amali,

Jabatan Kastam Diraja Malaysia,

Berjasa pada nusa,

Bergiatlah kita Teguhlah negara.


==Pengurusan Tertinggi dan Organisasi JKDM==
==Pengurusan Tertinggi dan Organisasi JKDM==

Semakan pada 00:20, 9 Oktober 2021

Jabatan Kastam Diraja Malaysia
جابتن كستم دراج مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk10 Februari 1964; 60 tahun yang lalu (1964-02-10)
JenisKerajaan
Bidang kuasa
Malaysia
Ibu pejabatKompleks Kementerian Kewangan, No 3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya
Kakitangan14,773 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 1,255,889,000 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • YBhg. Dato' Sri Abdul Latif bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kastam Malaysia
Agensi induk
Kementerian Kewangan Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, Akta Zon Bebas 1990, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Perdagangan Strategik 2010 dll.
Laman sesawang
www.customs.gov.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كستم دراج مليسيا; singkatan: JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. JKDM berfungsi sebagai pemungut cukai tidak langsung utama negara. Pengurusan tertinggi JKDM diterajui oleh Ketua Pengarah Kastam (Turus III) dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan (Jusa A), Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman / Cukai Dalam Negeri (Jusa A) dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan (Jusa B).

Fungsi JKDM:

  1. Memungut Hasil Negara. Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan dan hasil-hasil bukan cukai.
  2. Memberi Fasilitasi Perdagangan. Pelbagai kemudahan dalam bentuk insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian telah disediakan JKDM.
  3. Menguatkuasakan Undang-Undang. JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta  Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, Akta Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 dan lain lain perundangan subsidiari berkaitan. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk menguatkuasakan perundangan yang ditadbir oleh JKDM.

JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi Memakmurkan Negara dan Menyejahterakan Masyarakat, iaitu;

  1. Bahagian Penguatkuasaan,
  2. Bahagian Cukai Dalam Negeri,
  3. Bahagian Pematuhan,
  4. Bahagian Perkastaman, dan
  5. Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Disamping itu, JKDM turut mengadakan kerjasama dengan badan dunia, World Customs Organisation Diarkibkan 2011-04-08 di Wayback Machine ( WCO ) dan negara-negara ASEAN yang lain iaitu, Royal Customs and Excise Department Negara Brunei Darussalam, The Bureau of Customs (BOC) Philippines, Direktorat Jenderal Bea & Cukai Indonesia, General Department of Customs and Excise of Cambodia, Laos P.D.R Customs, Myanmar Customs Department, Singapore Customs Department ( 新加坡海关总署 ), The Customs Department of the Kingdom of Thailand ( กรมศุลกากรของราช อาณาจักรไทย ) dan The Vietnam Customs ( Cục Hải quan Myanmar).

Sejarah Awal Perkastaman

Sebelum Tanah Melayu dijajah oleh Barat, sistem pentadbiran cukai telah sekian lama wujud, iaitu semenjak Kegemilangan Pemerintahan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau. Dalam era Kesultanan Melayu Melaka, Pelabuhan-pelabuhan Pesisir Laut dan perundangan, adalah saling kaitan dengan struktur cukai yang melibatkan pedagang-pedagang asing dan tempatan. Sepanjang tempoh tersebut, pungutan cukai dan hal-hal yang berkaitan dengan percukaian, adalah dibawah tanggungjawab Penghulu Bendahari ( Chief of the Exchequer ). Dan pegawai percukaian dikenali sebagai Syahbandar.

" ... the Chief of the Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officers and looked after the palace building and equipment (...Penghulu Bendahari. (Dia) Mengawal semua sumber perbendaharaan dan semua Syahbandar serta bangunan Istana dan peralatannya)".

(R.J. Wilkinson "The Malacca Sultanate". JMBRAS VOL. XIII-Pt.2, 1935, p.31)

Penganugerahan Gelaran “Diraja” pada JKDM

Upacara pengurniaan penuh istiadat ini telah disempurnakan pada 29 Oktober 1963 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-3, Al-Marhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, melalui penyerahan Gencana Diraja kepada Ketua Pengarah Kastam yang pertama, Tuan Abdul Rahman Bin Ariffin.


Sesungguhnya pengiktirafan ini memcerminkan dampak yang utuh bahawa JKDM merupakan sebuah agensi utama dalam memperkasa kemakmuran ekonomi negara bangsa yang tercinta.

Pengurusan Tertinggi dan Organisasi JKDM

Pengurusan Tertinggi

Pangkat Nama
Ketua Pengarah Kastam

(TURUS III)

Dato’ Sri Abdul Latif Bin Abdul Kadir
Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Penguatkuasaan & Pematuhan)

(JUSA A)

(Kosong)
Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Cukai Dalam Negeri & Perkastaman)

(JUSA A)

(Kosong)
Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Pengurusan)

(JUSA B)

Datuk Mohd Yunus Bin Charlie Charington

Bahagian Penguatkuasaan

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan


Penolong Ketua Pengarah Kastam

JUSA B

Cawangan Siasatan Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Risikan Pengarah Kastam JUSA C
Cawangan Pendakwaan, ABT dan Rayuan -
Cawangan Operasi, Marin dan Khidmat Sokongan -
Cawangan Narkotik -

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia Pegawai Tadbir Diplomatik JUSA C
Cawangan Khidmat Pengurusan -
Cawangan Perkhidmatan dan Latihan -
Cawangan Pengurusan Kewangan -
Cawangan Logistik -
Cawangan Pengurusan Perolehan -
Cawangan Akaun -

Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Pegawai Teknologi Maklumat JUSA C
Cawangan Aplikasi (CA) -
Cawangan Infrastruktur dan Rangkaian (CI) -
Cawangan Pengurusan Kewangan -

Bahagian Perancangan Korporat

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Pengarah Kastam Jusa C
Cawangan Perancangan Strategik -
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa -
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Brussel)

-
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Beijing)

-
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa

(Atase Jakarta)

-
Cawangan Perhubungan Awam -
Pusat Panggilan Kastam (CCC) -

Bahagian Perkastaman

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perkastaman Pengarah Kastam Jusa C
Cawangan Import/Eksport dan Kawalan Sempadan (IEKS) -
Cawangan Fasilitasi Perdagangan & Perindustrian (FPP) -
Cawangan Industri, Petroleum & Gas (IPG) -
Cawangan Mesin Pengimbas -
UCustoms


Pengarah Projek uCustoms

Jusa C

Bahagian Cukai Dalam Negeri

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Jualan -
Cawangan Kawalan & Pemantauan Cukai Dalam Negeri -
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Perkhidmatan -
Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi dan Konsultasi -
Cawangan Pengurusan & Penyelarasan Risiko -
Cawangan Pengurusan Teknikal -
Cawangan Khas SST dan Cukai Perlancongan -
Pengurusan Perakaunan Hasil -
Bahagian Cukai Dalam Negeri Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) Pengarah Kastam Jusa C
Pusat Pemprosesan Kastam (CPC) Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) -

Bahagian Perkhidmatan Teknik

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik Pengarah Kastam Jusa C
Cawangan Pengurusan Penilaian -
Cawangan Klasifikasi, Tarif dan Gubalan -
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Perkhidmatan -
Cawangan Perakaunan Hasil -
Cawangan Customs Verification Initiative -

Bahagian Pengurusan Pematuhan

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Pengurusan Pematuhan Pengarah Kastam Jusa C
Cawangan Jaminan Kualiti Audit (CJKA) -
Cawangan Dasar dan Teknikal Audit Import & SST -
Cawangan Pendidikan Masyarakat & Pelanggan (CPMP) -
Cawangan Pengurusan Pembayar Cukai Utama (LTU) Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) -
Cawangan Audit Import & SST Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) -

Bahagian Perundangan

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Bahagian Perundangan Pegawai Undang-Undang Jusa C
Pejabat Pegawai Undang-Undang -

Cawangan Integriti

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Cawangan Integriti Pegawai Siasatan P54
Unit Pengesanan dan Pengesahan -
Unit Pemeriksaan dan Pematuhan Integriti -
Unit Pengukuhan Integriti -
Unit Tatatertib -
Unit Tadbir Urus -
Unit Aduan -

Cawangan Audit Kastam

Bahagian / Cawangan Pangkat
Pejabat Pengarah Cawangan Audit Kastam Juruaudit W54

Pengarah Kastam Zon / Negeri & Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)

Zon / Negeri / AKMAL Pangkat Nama Pengarah Zon / Negeri / AKMAL
Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur & KLIA) Penolong Ketua Pengarah Kastam

JUSA B

Dato’ Zazuli Bin Johan
Zon Sabah (Sabah & Labuan) Penolong Ketua Pengarah Kastam

JUSA B / JUSA C

Dato’ Abdullah Bin Jaapar
Kedah Pengarah Kastam

Jusa C

Puan Azizah Bin Kechik
Pulau Pinang Pengarah Kastam

Jusa C

Tuan Abdul Halim Bin Ramli
Perak Pengarah Kastam

Jusa C

Dr. Mohamed Bin Saprin
Melaka Pengarah Kastam

Jusa C

Puan Siti Zaleha Binti Mohd Said
Kelantan Pengarah Kastam

Jusa C

Tuan Mohd Rakbi Bin Mat Saud
Johor Pengarah Kastam

Jusa C

Tuan Sazali Bin Mohamad
Sarawak Pengarah Kastam

Jusa C

Tuan Herman Shah Bin Abdullah @ Dol Ragin
Perlis Pengarah Kastam

Jusa C

Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Negeri Sembilan Timbalan Pengarah Kastam

WK54

Tuan Mohammad Hafiz Bin Ishak
Terengganu Timbalan Pengarah Kastam

WK54

Tuan Wan Jamal Abdul Salam Bin Wan Long
Pahang Timbalan Pengarah Kastam

WK54

Tuan Abdul Ghafar Bin Mohamad
Pemungut Cukai Kastam Persekutuan Singapura - Tuan Nor Azuan Bin Jaffar
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka Pengarah Kastam

Jusa C

Puan Nora’ini Binti Abd Khalid
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Langkawi - -
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Sarawak - -
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Sabah - -
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Timur (Kelantan) - -
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Selatan (Johor) - -

Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam atau Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) pada tahun 2016. COBRA berfungsi sebagai penggempur dan pelindung Bahagian Penguatkuasaan JKDM, terutama dalam menangani kes berisiko tinggi berikutan peningkatan ancaman terutama kepada pegawai penguat kuasa seperti ugutan dan halangan, termasuk gangguan tonto.

Customs Contraband Enforcement Team (CCET)

Pasukan Penguatkuasaan Penyeludupan Kastam atau lebih dikenali sebagai Customs Contraband Enforcement Team (CCET) ditubuhkan pada tahun 2015 bagi memerangi jenayah penyeludupan di darat dan laut.

Unit Latihan & Pengendalian Anjing K9 Narkotik Kastam

Unit Anjing Pengesan Dadah (APD) ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah Cawangan Narkotik JKDM bagi membantu Cawangan Narkotik JKDM untuk mengesan dadah yang disembunyikan di ruangan sulit atau sukar dikesan.

Unit Marin Kastam

Menurut rekod bertulis, Unit Marin Kastam telah wujud sejak 1917 lagi. Unit Marin Kastam adalah dibawah Bahagian Penguatkuasaan dan ditubuhkan bertujuan memerangai jenayah penyeludupan di laut. Pada 20 September 2020 adalah detik cemas berbalas tembakan diantara Unit Marin JKDM dan penyeludup di Perairan Bohey Dulang, Sabah. Pasca Covid 19 ini, Unit Marin Kastam telah terlibat secara aktif di dalam Op Benteng Laut (OBL) bagi mengekang kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), barang seludup/tak berkastam dan penularan wabak Covid 19 itu sendiri.

Senarai aset milik Unit Kastam Marin adalah seperti berikut:

Bil. Nama Bot/Kapal Jenis Bot/Kapal Bilangan Bot/Kapal Kelajuan Draft Panjang Enjin Kemudi
1. Penumpas Siri 7 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 45 knot 0.59 m 12 m Sulit Berumah, Hawa Dingin
2. Penumpas Siri 6 (Aluminium) Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 45 knot 0.59 m 12 m Sulit Berumah, Hawa Dingin
3. Penumpas Siri 5 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 50 knot 0.55 m 12 m Sulit Terbuka
4. Penumpas Siri 4 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 60 knot 0.7 m 13 m Sulit Terbuka
5. Penumpas Siri 3 Fast Patrol Craft (FPC) Sulit 55 knot 0.55 m 9.50 m Sulit Terbuka
6. Perantas Siri 9 Fast Interceptor Craft (FIC) Sulit 60 knot 0.98 m 16.5 m Sulit Terbuka
7. Perantas Siri 8 Fast Interceptor Craft (FIC) - - - 15.25-16 m - -
8. Perantas Siri 7 Fast Interceptor Craft (FIC) - - - 15.25 - 16 m - -
9. Pemintas Fast Patrol Craft (FPC) - 45 knot 0.60 m 10.93 m - -
10. Risik - - - - 6.5 - 9.5 m - -
11. Bahtera Jerai Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot - 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
12. Bahtera Juang Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot - 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
13. Bahtera Perak Bahtera Class Diserahkan

kepada

APMM

20 knot - 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
14. Bahtera Hijau Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot - 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
15. Bahtera Pulai Bahtera Class - 20 knot - 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
16. Bahtera Bayu Bahtera Class Diserahkan kepada

APMM

20 knot - 32 m 2 Paxman Valenta 16 Diesel Berumah, Hawa Dingin
17. Pembanteras Johan Pembanteras Class Diserahkan kepada

APMM

- - 22 m - Berumah, Hawa Dingin
18. Pembanteras Jaguh Pembanteras Class - - - 22 m - Berumah, Hawa Dingin
19. Pembanteras Juara Pembanteras Class - - - 22 m - Berumah, Hawa Dingin
20. Bot Ronda Bot Ronda 10 Buah - - 13.5 m - Berumah, Hawa Dingin
21. Bot Pelabuhan Bot Pelabuhan 2 Buah - - 11 m - Berumah, Hawa Dingin

Senarai Pangkalan Kastam Marin / Jeti Kastam Marin adalah seperti berikut:

Bil. Pangkalan Kastam Marin Negeri
1. Kastam Marin Kuala Perlis Perlis
2. Kastam Marin Langkawi Kedah
3. Kastam Marin Tanjung Dawai Kedah
4. Kastam Marin Weld Quay Pulau Pinang
5. Kastam Marin Lumut Perak
6. Kastam Marin Port Klang Selangor
7. Kastam Marin Lukut Negeri Sembilan
8. Kastam Marin Banda Hilir Melaka
9. Kastam Marin Sungai Pulai Johor
10. Kastam Marin Tanjung Surat Johor
11. Kastam Marin Mersing Johor
12. Kastam Marin Muar Johor
13. Kastam Marin Kuantan Pahang
14. Kastam Marin Tanjung Gemuk Pahang
15. Kastam Marin Kemaman Terengganu
16. Kastam Marin Kuala Terengganu Terengganu
17. Kastam Marin Pengkalan Kubor Kelantan
18. Kastam Marin Muara Tebas Kuching Sarawak
19. Kastam Marin Bintulu Sarawak
20. Kastam Marin Limbang Sarawak
21. Kastam Marin Lawas Sarawak
22. Kastam Marin Labuan WP. Labuan
23. Kastam Marin Kota Kinabalu Sabah
24. Kastam Marin Sandakan Sabah
25. Kastam Marin Lahad Datu Sabah
26. Kastam Marin Mempakul Sabah
27. Kastam Marin Tawau Sabah

Pasukan Dron (Small Unmanned Aircraft System) Kastam

Pasukan Istiadat Kastam

Pasukan Pancaragam Kastam

Pasukan Pancaragam ini telah ditubuhkan pada 1 November 2020 dengan anggota seramai 57 orang yang terdiri daripada 28 orang lelaki dan 29 orang perempuan. Pasukan Pancaragam ini menjalani latihan di bawah bimbingan beberapa orang jurulatih bekas Tentera Udara Diraja Malaysia, dan telah berjaya membuat persembahan dengan beberapa buah lagu antaranya Berjaya, Perajurit Tanahair, Prebet Lapok dan Doraemon. Objektif penubuhan Pasukan Pancaragam JKDM adalah untuk menonjolkan imej dan identiti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, mewujudkan semangat kerja berpasukan antara warga, melengkapkan Pasukan Istiadat Jabatan serta boleh melahirkan pegawai yang mempunyai disiplin yang tinggi dan seterusnya pasukan ini bertanggungjawab untuk menggiringi apa-apa program pengurusan tertinggi jabatan.

Persenjataan dan Kelengkapan

Model Gambar Jenis Kaliber Negara Pembuat
Pistol
Glock 17
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Glock 19
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Glock 26
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Glock 43
Pistol 9×19mm Parabellum Austria
Beretta 92FS
Pistol 9×19mm Parabellum Italy
CZ P07
Pistol 9×19mm Parabellum Czech Republic
Walther P99
Pistol 9×19mm Parabellum Germany
Shotgun / Pumpgun
Benelli M4 Super 90
Semi Automatic Combat Shotgun 12-gauge United States
Sub Machine Gun (SMG)
HK MP5
Sub Machine Gun (SMG) 9×19mm Parabellum German

Turkey

CZ Scorpion Evo 3
Sub Machine Gun (SMG) 9×19mm Parabellum Czech Republic
Rifle
Colt M4 Carbine
Assault Rifle 5.56×45mm NATO United States
General Purpose Machine Gun (GPMG) / Long Machine Gun
-
General Purpose Machine Gun (GPMG) 7.62×51mm NATO -
-
Fail:M60GPMG.jpeg
Long Machine Gun 7.62×51mm NATO -
Lapang Sasar Jenis Lapang Sasar Lokasi Tarikh Dirasmikan Perasmi
Lapang Sasar Dato' Sri Subromaniam

(Lapang Sasar DSS)

Terbuka (Outdoor) Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka 02.11.2017 Ketua Setiausaha Perbendaharaan,

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah,

Lapang Sasar Tan Sri Mohd Zuki Ali Tertutup (Indoor) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat

(Putrajaya/Dengkil)

11.04.2021 Ketua Setiausaha Negara,

Tan Sri Mohd Zuki Ali

Bidang Kuasa JKDM

JKDM telah diberikan kuasa untuk menguatkuasakan Akta/Peraturan:

  • Akta Kastam 1967 & Peraturan-Peraturan
  • Akta Dadah Berbahaya 1952
  • Akta Eksais 1976 & Peraturan-Peraturan
  • Akta Cukai Jualan 2018
  • Akta Cukai Perkhidmatan 2018
  • Akta  Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLATFPUAA)
  • Akta Zon Bebas 1990 & Peraturan-Peraturan
  • Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
  • Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007
  • Akta Perdagangan Strategik 2010
  • Larangan Mengenai Import 2017
  • Larangan Mengenai Eksport 2017
  • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008
  • Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
  • Dan Lain-Lain

Perbezaan Kastam vs Imigresen vs Penguatkuasa KPDNHEP vs LHDN vs Polis vs JPJ vs APMM vs MAQIS vs PERHILITAN vs Perhutanan Semenanjung vs SPRM

PERKARA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA PENGUATKUASA KPDNHEP LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI POLIS DIRAJA MALAYSIA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA MAQIS PERHILITAN JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Skop Tugas Pemungut hasil utama negara melalui cukai tidak langsung. Bertanggungjawab terhadap kesemua barangan import/eksport/dll Pemeriksaan terhadap orang (passport, visa) Melindungi hak pengguna Bertanggungjawab terhadap cukai langsung seperti cukai pendapatan dan lain lain Agensi utama penguatkuasaan undang-undang di Malaysia. Bertanggungjawab mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan tanah air. Agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan Menjaga keselamatan perairan maritim negara Keselamatan makanan import/eksport di Malaysia Konservasi habitat dan spesies fauna liar Bertanggungjawab ke atas kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
Kementerian Bertanggungjawab Kementerian Kewangan Kementerian Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia Kementerian Kewangan Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pengangkutan Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Jabatan Perdana Menteri
Ditubuhkan Pada Tahun 1938 1947 1972 1995 1817 1937 2004 2005 1937 1901 1967
Kategori Jabatan Kerajaan Jabatan Kerajaan Jabatan Kerajaan Badan Berkanun Jabatan Kerajaan Jabatan Kerajaan Agensi Kerajaan Jabatan Kerajaan Jabatan Kerajaan Jabatan Kerajaan Agensi Kerajaan
Gelaran Diraja Ya, pada

29 Oktober 1963

Tidak Tidak Tidak Ya, pada

24 Julai 1958

Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak
Saiz Jabatan/Agensi 14,876 anggota 14,890 anggota 2,274 anggota Tiada maklumat 142,200 anggota 8,813 anggota 5,369 anggota 463 anggota 1,514 anggota 728 anggota 3,037 anggota
Gred Ketua Pengarah Turus III Jusa A Jusa C Ketua Pegawai Eksekutif /

Turus III

Turus II Jusa B Jusa A Jusa C Jusa A Jusa A Turus III
Akta Utama Akta Kastam, Akta Eksais, Akta Dadah Berbahaya dll Akta Imigresen, Akta Passport dll Akta Kawalan Bekalan, Akta Sewa Beli dll Akta Cukai Pendapatan dll Kanun Tatacara Jenayah, Akta Polis dll Akta Pengangkutan Jalan dll Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam Kanun Tanah Negara, Akta Perhutanan Negara Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Penggunaan Senjata Api Ya. Pistol, Shotgun, SMG, Rifle, GPMG Ya. Pistol + Roni Conversion Kit, Shotgun Ya. Pistol. - Jabatan yang menguatkuasakan Akta Senjata Api Ya. Pistol Ya. Pistol, Shotgun, SMG, Rifle, GPMG - Ya. Shotgun Ya. Shotgun Ya. Pistol
Penugasan (Darat, Udara dan Air) Darat dan Air (Malaysia) Darat (Malaysia) Darat (Malaysia) Darat (Malaysia) Darat, Udara dan Air (Malaysia) Darat (Malaysia) Air (Malaysia) Darat (Malaysia) Darat (Malaysia) Darat (Semenanjung Malaysia) Darat (Malaysia)
Suruhanjaya Melantik, Mengesah, Memberi Taraf Berpencen, Menaikkan Pangkat, Menukar dan Menjalankan Kawalan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - Suruhanjaya Perkhidmatan Polis Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Sumbangan Hasil Kepada Negara Ya, kutipan hasil cukai tidak langsung (duti import, duti eksais, SST, dll), lelongan barang lucuthak, denda atau kompaun Ya, kutipan hasil melalui pengeluaran passport, visa, & pas lawatan kerja sementara. Ya, kutipan hasil melalui kompaun Ya, kutipan hasil cukai langsung Ya, kutipan hasil saman trafik, lelongan barang lucuthak, denda atau kompaun Ya, kutipan hasil pembayaran fi lesen memandu, fi pendaftaran baharu kenderaan motor, fi lesen kenderaan motor dan lelongan barang lucuthak, bayaran denda atau saman Ya, kutipan hasil melalui lelongan barang lucuthak dan denda atau kompaun Ya, pengeluaran permit konsainan import dan eksport produk agromakanan Ya, pengeluaran lesen, permit dan permit khas Ya, kutipan hasil hutan (royalti), perlesenan, permit, gantirugi, dan kompaun Tiada maklumat
Jumlah Kutipan Hasil Kepada Negara RM42 billion

(2019)

RM3.9 billion

(2015)

Tiada maklumat Tiada maklumat Tiada maklumat RM4.9 billion (2019) Tiada maklumat RM70 juta (2019) RM2.1 juta (2018) RM547 juta

(2018)

Tiada maklumat
Belanjawan Tahunan RM1,232,076,600 (2019) RM1,177,564,300

(2019)

RM37,279,000

(2019)

Tiada maklumat RM8,670,174,800 (2019) RM659,155,700 (2019) RM542,459,700 (2019) RM28,145,000 (2019) RM88,909,000 (2019) RM32,071,500 (2019) RM299,053,300 (2019)

Pautan Jabatan/Agensi Berkaitan