Maktab Rendah Sains MARA Tumpat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 6°13′08″N 102°07′17″E / 6.21897°N 102.12148°E / 6.21897; 102.12148

MRSM TUMPAT
مكتب رنده ساءين س مارا تومڤت
Alamat
KAMPUNG TUJOH
D174 Jalan Pengkalan Kubor
Tumpat, 16200, Kelantan
MALAYSIA
Maklumat
Nama lainMRSM Tumpat
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMei 2010
StatusBeroperasi
PengetuaARIFAH ILYANA BINTI ABDUL RAHMAN
PengetuaPn. Asmawani binti Ibrahim
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohamed Najib bin Othman
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Stanly Narang Anak Bandang
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganThink With A Vision, Act With Wisdom
Nama alumniANSARA Tumpat
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Tumpat (singkatan: MRSM Tumpat) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kampung Tujuh, berdekatan dengan Pantai Sri Tujuh, dalam jajahan Tumpat di negeri Kelantan. MRSM Tumpat mula menerima pelajar pada 21 Jun 2010. Pada tahun 2011, MRSM Tumpat telah menerima seramai 300 orang pelajar lagi yang terdiri daripada tingkatan 1 dan 4 yang telah mendaftarkan diri mereka pada 7 Februari 2011. Pengetua MRSM Tumpat ialah bekas pengetua dari MRSM Kuala Kubu Baru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

MRSM Tumpat mula beroperasi pada 16 Mei 2010 di satu kawasan berhampiran pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Pembangunan infrakstrukturnya mengandungi bangunan Pentadbiran, bangunan Akademik, bangunan Asrama Putera dan Puteri, Dewan Selera, Dewan Besar, Pusat Sumber ilmu, Bangunan Makmal Sains, Surau, Rumah Pengetua, Rumah Timbalan Pengetua, Apartmen Guru dan kakitangan serta Gelanggang Permainan.

Pada 16 Mei 2010, seorang Timbalan Pengetua (HEA) dan seorang guru fizik telah melaporkan diri di MRSM Tumpat. Manakala 6 orang kakitangan melaporkan diri pada 1 Jun 2010 dan 24 orang guru melaporkan diri pada 14 Jun 2010. Pengambilan pelajar pertama adalah pada 21 Jun 2010 yang terdiri daripada 169 orang pelajar tingkatan satu. Pengambilan kedua pula adalah pada 18 Julai 2010 yang terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan satu.

Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]