Maktab Rendah Sains MARA Imtiaz YT Ketengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maktab Rendah Sains MARA Imtiaz YT Ketengah
كتڠه YT مكتب رنده ساءين س مارا ايمتياز
Lokasi
Jalan Sultan Sulaiman
Dungun, 23400, Terengganu
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Imtiaz YT Ketengah
Jenis sekolahPendidikan menengah
StatusTutup operasi
DitutupDisember 2019
Sistem pendidikanSPMRSM Program Sains Keusahawanan
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganWhere Entrepreneurs Are Nurtured
Nama alumniANSARA Malaysia
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Imtiaz YT Ketengah (singkatan: MRSM Imtiaz YT Ketengah) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, dalam daerah Dungun di negeri Terengganu. Pembinaan projek MRSM ini adalah hasil usahasama kerajaan negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu, MARA dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)[1]. Sekolah ini termasuk dalam rangkaian projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)[2]. MRSM ini merupakan MRSM ke-5 yang terdapat di negeri Terengganu dan MRSM ke-51 dibina. Maktab ini merupakan perintis yang melaksanakan aliran SPMRSM Sains Keusahawanan, di mana pelajar akan didedahkan kepada subjek-subjek dan program yang berteraskan keusahawanan.

MRSM Imtiaz YT Ketengah disahkan tidak lagi beroperasi ekoran kekangan kewangan MARA untuk memastikan keadaan MRSM ini dalam kondisi yang terbaik.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Penubuhan MRSM YT Ketengah adalah selaras di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Sehingga kini, MRSM menawarkan empat sistem pendidikan khusus kepada pelajar iaitu aliran IGCSE, International Baccalaureate Middle Years Programme, Ulul Albab dan Teknikal serta sistem pendidikan umum. Nama Imtiaz YT Ketengah diambil berdasarkan kepada jalinan kerjasama di antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia di bawah agensi MARA, kerajaan negeri Terengganu di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta Yayasan Terengganu (YT)[3].

Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), pembinaan projek MRSM ini dapat menjimatkan kos di mana kos pembinaan keseluruhan yang perlu ditanggung MARA jika tiada usahasama mencecah hampir RM50 juta[3]. Berbeza dengan Sekolah Menengah Imtiaz yang menerapkan aspek keagamaan, MRSM Imtiaz YT Ketengah pula menawarkan sistem pendidikan sains keusahawanan dan ditawarkan untuk pelajar menengah atas sahaja[4].

Pengambilan pelajar sulung telah diadakan pada 21 Mac 2016 dan 4 April 2016 di mana seramai 110 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftar masuk untuk sesi tahun 2016[2].


Penutupan operasi[sunting | sunting sumber]

MRSM Imtiaz YT Ketengah menamatkan operasi pada 31 Disember 2019 hasil keputusan bersama antara MARA dan Yayasan Terengganu. MARA menghadapi kekangan kewangan untuk memastikan kemudahan yang disediakan di MRSM-IMTIAZ YT Ketengah setaraf dengan MRSM yang lain. Selain itu berlakunya percanggahan kepentingan dan tanggungjawab antara pihak-pihak yang terlibat[5]. Pelajar-pelajar Tingkatan Empat dipindahkan ke MRSM Kuala Terengganu bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun berikutnya[6]. Sebuah MRSM baharu sedang ditubuhkan oleh pihak MARA di Dungun. Tapak MRSM ini digunakan oleh kerajaan negeri sebagai Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)[7].


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lebih banyak MRSM akan dibina". Berita Harian. 9 April 2016. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  2. ^ a b "MB rasmi MRSM Imtiaz YT Ketengah". KETENGAH. 9 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-29. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  3. ^ a b "Bina MRSM di bawah NBOS lebih jimat kos". Utusan Online. 10 April 2016. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  4. ^ "MRSM IMTIAZ KETENGAH DIRASMI 19 APRIL INI". Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. 26 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-05. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  5. ^ NORHASPIDA YATIM (23 Oktober 2019). "MRSM Imtiaz YT Ketengah ditutup". Sinar Harian. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  6. ^ MOHD RIDZUAN ABU HASSAN (24 Oktober 2019). "Mara sahkan MRSM Imtiyaz YT Ketengah tamat operasi 31 Disember". Sinar Harian. Dicapai pada 5 Julai 2022.
  7. ^ Wartawan BO (27 November 2019). "SMIDI Ganti MRSM Imtiyaz YT". Buletin Online. Dicapai pada 5 Julai 2022.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]