Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang
MotoGemilang, Cemerlang, Terbilang
JenisMaktab Rendah Sains MARA
PengetuaTn. Hj. Ahmad Tajudin B.Abdullah Zawawi
LokasiKuala Klawang , Negeri Sembilan, Malaysia
Laman sesawanghttps://kklawang.mrsm.edu.my
Telefon+606-6112561
Faks+606-6112567

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang (singkatan: MRSM Kuala Klawang) terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Ia terletak berhampiran dengan Hospital Jelebu.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang ditubuhkan pada 20 April 1987, bilamana ia dikenali sebagai MRSM Jelebu. Kampus ini mula beroperasi di bangunan sementara bersebelahan dengan Kediaman Rasmi Dato' Luak Jelebu Negeri Sembilan di pekan Kuala Klawang, berhadapan dengan sebuah gereja (bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu). Maktab ini mula beroperasi pada 14 April 1987 apabila kumpulan pertama staf mula melaporkan diri. Pengambilan pelajar seramai 129 orang dibuat pada 6 Jun 1987. Pengetua pertama ialah Encik Bahari bin Ab Wahab. Bilangan staf pada waktu itu ialah 26 orang staf pentadbiran dan 12 orang staf akademik[1].

Selepas beroperasi selama kurang lebih tiga tahun, bilamana semasa keputusan SRP bagi tahun 1989 diumumkan, MRSM Jelebu ketika itu mendapat keputusan antara yang terbaik di Malaysia.

Pada 2 Ogos 1993, MRSM Jelebu telah berpindah sepenuhnya ke kampus tetapnya di Kuala Klawang. Dengan perpindahan ini, MRSM Jelebu telah ditukar namanya kepada MRSM Kuala Klawang. Konsep awal penubuhannya masih lagi kekal yang mana pengambilan pelajar masih tertumpu kepada pengambilan tingkatan satu hingga tiga.

Kampus MRSM Kuala Klawang ini telah mengalami dua kali pengubahsuaian. Ubah suai pertama bermula pada bulan Jun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Projek pembesaran tersebut termasuklah pembinaan asrama putera, pembinaan dewan besar, penambahan satu blok akademik, pengubahsuaian asrama putera kepada bilik darjah, penambahan blok asrama puteri dan pembesaran surau. Selepas pembesaran, kampus ini mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar pada satu-satu masa bermula tahun 2000.

Pembesaran kedua bermula pada 24 Mei 2005 dan siap pada Ogos 2007. Pembesaran meliputi pembinaan asrama puteri, dewan selera, tiga unit rumah warden dan satu unit rumah ketua warden. Pembesaran juga melibatkan pengubahsuaian asrama puteri kepada makmal sains, dewan selera kepada Pusat Sumber Pembelajaran dan makmal komputer.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SEJARAH PENUBUHAN MRSM KUALA KLAWANG". MRSM Kuala Klawang. 23 Jun 2015. Dicapai 19 Jun 2017.