Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Taiping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 4°51′52″N 100°45′34″E / 4.86450°N 100.75931°E / 4.86450; 100.75931

Maktab Rendah Sains MARA Taiping
مكتب رنده ساءين س مارا تايڤيڠ
Lokasi
Jalan Bukit Larut
Taiping, 34000, Perak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Taiping
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJulai 1983
StatusBeroperasi
Pengetua CemerlangEn. Azman Bin Manap
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Asmah binti Ahmad Hambadley
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Fauzi bin Raman
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Ahmad Syukri bin Ahmad Hariri
Sistem pendidikanSPMRSM Program Bitara
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganKualiti Tonggak Kegemilangan
Nama alumniANSARA TEPEN
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Maktab Rendah Sains MARA Taiping (singkatan: MRSM Taiping) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Taiping, Perak. MRSM Taiping merupakan salah satu MRSM Program Pendidikan Khas dan Smart MRSM[1]. MRSM Taiping juga merupakan MRSM pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Apple Distinguished School[2].

Penubuhan maktab

[sunting | sunting sumber]

MRSM Taiping merupakan MRSM yang kelapan dibina oleh pihak MARA. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1981 dalam kawasan seluas 50 ekar di kaki Bukit Larut dan berhampiran dengan Taman Tasik Taiping yang permai. Sehingga hari ini sebahagian daripada kawasan maktab ini masih kekal dalam keadaan asalnya dengan tumbuhan yang menghijau. Sebuah tapak yang sesuai telah dipilih di atas Lot 5180. Keluasan Lot ini adalah 50 ekar terletak di Mukim Tupai, daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Lokasi tersebut sungguh menarik dan indah dengan berlatarbelakangkan Bukit Larut (Maxwell) yang menghijau dan di pinggir sebuah Taman Tasik Taiping yang terkenal di negeri Perak, sungguh ideal untuk sebuah institusi pendidikan. Kos pembinaan Maktab ini adalah berjumlah 11 juta ringgit. Kawasan pembinaan telah melibatkan hampir 40 ekar dan bakinya adalah dikekalkan flora dan fauna aslinya, untuk kegunaan hutan rekreasi dan kajian bagi pelajar-pelajarnya. Maktab ini telah beroperasi pada tahun 1983 dengan pengambilan pelajar seramai 286 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Pelajar-pelajar maktab ini telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang sejak dari kumpulan pertama lagi. Pada 1 Julai 1983, MRSM ini telah mula mengambil pelajar-pelajar perintisnya seramai 286 orang. Pada 29 Jun 1987, MRSM Taiping telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak. Pada 2 Januari 2005, projek peningkatan MRSM Taiping dilaksanakan. Projek ini melibatkan pembinaan 1 blok bangunan pentadbiran, 8 unit rumah guru dan juga rumah pengetua.

Pada 23 Disember 1990, pendaftaran pelajar-pelajar Program Khas Pendidikan telah dilaksanakan. Seramai 295 orang pelajar telah dimasukkan ke Program ini di Tingkatan Empat. Mulai dari tarikh tersebut juga, MRSM Taiping telah dijadikan Pusat Program Khas Pendidikan. Bermula pada tahun 1995 model pengayaan yang digunakan di MRSM Taiping ialah model yang diadaptasi daripada ‘The Schoolwide Enrichment Model (SEM) yang diperkenalkan oleh Renzulli pada tahun 1985. MRSM Taiping juga merupakan satu-satunya MRSM yang telah menjalankan MISO 9002:1994 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maktab ini telah dianugerahi Sijil MISO 9000:1994 pada September 2000.

Senarai pengetua

[sunting | sunting sumber]
Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tuan Hj. Abdul Mokhti bin Hasan 1983 1986
Tuan Hj. Abdul Hamid bin Zamburi 1986 1993
Tuan Hj. Ahmad Roslan bin Johari 1993 1997
En. Md Rahim bin Salim 1997 1999
En. Shahein bin Muhamud 1999 2001
Tuan Hj. Mohd Sabri bin Ali 2001 2003
Pn. Shaariah binti Dahman 2003 2006
Tuan Hj. Abdullah Sani bin Hj. Nordin Januari 2007 Ogos 2007
Tuan Hj. Shaari bin Husain 2007

Organisasi Pelajar

[sunting | sunting sumber]

Badan Wakil Pelajar

[sunting | sunting sumber]

Badan Wakil Pelajar (BWP) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di semua MRSM Se-Malaysia untuk menilai pemimpin yang mampu menuju maktab ke arah yang lebih berkembang maju serta cemerlang melalui kebolehan terpendam pelajar. Organisasi ini juga merupakan salah satu jawatan paling berprestij dan penting di MRSM Taiping. Badan Wakil Pelajar telah dipilih melalui beberapa fasa untuk menguji kemahiran, kepintaran dan kepimpinan dalam mengendalikan sistem yang terdapat di maktab. Fasa tersebut merupakan pilihanraya yang wajib disertai oleh semua warga MRSM Taiping, termasuk pelajar-pelajar serta guru. Proses ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) MRSM Taiping. Intipati yang ditunjukkan oleh setiap wakil yang dilantik adalah kunci untuk memupuk persekitaran yang ideal kepada pelajar dan guru.

Lembaga Disiplin Maktab

[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan bagi membantu Badan Wakil Pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid. Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) akan memikul tanggungjawab untuk mendidik atau menjadi contoh kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah. Terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi disiplin.

Badan Dakwah dan Rohani

[sunting | sunting sumber]

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) suatu nama yang dicipta untuk memimpin pelajar untuk menjadi seorang yang beriman dan beramal. BADAR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan pelajar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Surau merupakan tempat dimana BADAR perlu memainkan peranan yang besar untuk membimbing pelajar agar lebih meminati agama serta menjadi muslim yang sejati.

Lagu rasmi

[sunting | sunting sumber]

Wawasan MRSM Taiping

[sunting | sunting sumber]

Ini bumi yang ku pijak
Ini langit yang ku junjung
Taiping bertuah, bersejarah
Subur, indah dan menghijau

Di sinilah gedung ilmu
Generasi berwawasan
Harapan masyarakat dan ummah
Bakal pemimpin nusa bangsa

Wawasan MRSM Taiping
Suci, ideal dan realistik
Memupuk kemuafakatan sejati
Citarasa inovatif dan kreatif


Lima jari digenggam dijulang
Lima cabaran seiring harapan
Bersama doa restu semua
Kecemerlangan pasti abadi


  1. ^ http://www.mara.gov.my/documents/287967/2057455/BPM.pdf/63574608-84a7-4405-8e51-610d8ed2c5fa&ved=0ahUKEwiIvdKI7KzXAhXHopQKHcRKA-Q4ChAWCCUwAQ&usg=AOvVaw0rPzfHBEgVdQevHAcwBsEF[pautan mati kekal]
  2. ^ "Apple Distinguished Schools". Apple. Dicapai pada 24 November 2022.


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]