Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu
MotoCerdik, Berakhlak, Bermanfaat
Dirasmikan5 Mei 2008
JenisMaktab Rendah Sains MARA
PengetuaAbd Rahim bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHassan Bin Ghazali
LokasiPengkalan Hulu , Perak, Malaysia
Nama singkatanMRSMPH
Laman sesawanghttps://phulu.mrsm.edu.my
Telefon+604-4778427
Faks+604-4778489


Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu (MRSM Pengkalan Hulu) ialah sebuah Maktab Rendah Sains MARA yang terletak di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, negeri Perak.

MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006. Walau bagaimanapun MRSM Pengkalan Hulu hanya mula dibuka dan beroperasi pada 5 Mei 2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasan tapak merangkumi 22 hektar (57 ekar).

MRSM Pengkalan Hulu diterajui oleh Tuan Haji Mustafar bin Che Mat selaku pengetua pertamanya. Maktab ini dapat menampung sejumlah 840 pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun 2008. Jumlah pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang, iaitu pelajar Tingkatan Satu adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar tingkatan Dua pula adalah seramai 109 orang. Pelajar Tingkatan Empat pula terdiri daripada 78 orang. Pengambilan pelajar baru yang mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai 95 orang.

Antara yang berdekatan dengan maktab ini adalah tempat tinggal anak yatim At-Taqwa. Maktab ini telah menganjurkan satu program yang merapatkan hubungan pelajar maktab ini dengan anak yatim At-Taqwa. Objektif utama program ini adalah untuk memotivasikan dan memberi sokongan kepada anak-anak yatim untuk mencapai kejayaan.

Maktab ini telah dinobatkan antara maktab yang terbaik semasa keputusan SPM pada tahun 2009 diumumkan. Maktab ini telah berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 42 buah maktab di Malaysia.

Pada 19 Disember 2013, Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu telah mencatat rekod baharu bagi pelajar Tingkatan 3 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kali terakhir. Maktab ini telah berjaya menduduki kedudukan ke-4 antara 47 maktab di Malaysia, dan juga tergolong antara 20 terbaik dalam senarai kedudukan Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Berasrama Penuh bagi keputusan PMR 2013.

Kelas[sunting | sunting sumber]

MRSM Pengkalan Hulu mempunyai 28 buah kelas kesemuanya. Bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 & 3), terdapat 4 buah kelas bagi setiap tingkatan iaitu kelas 01 sehingga 04. Manakala bagi menengah atas (Tingkatan 4 & 5) pula, setiap tingkatan terdapat 8 buah kelas iaitu kelas 01 sehingga 08.

Sistem Homeroom[sunting | sunting sumber]

Sistem Homeroom atau sistem "keluarga angkat" dijalankan di setiap Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia. Setiap Homeroom dijaga oleh seorang guru penasihat dan terdiri daripada sebilangan pelajar dalam 15 orang sebagai sebuah "keluarga angkat". Antara peranan utama Homeroom adalah untuk menjaga kebajikan dan memantau perkembangan pelajar di dalam MRSM. Selain itu, Homeroom juga bertindak di mana pelajar boleh saling berinteraksi dan menceritakan masalah masing-masing, serta melakukan pelbagai aktiviti bersama. Di MRSM Pengkalan Hulu, setiap Homeroom dinamakan mengikut nama guru penasihat.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]