Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Parit

4°29′07″U 100°55′09″T / 4.48525°U 100.91929°T / 4.48525; 100.91929

Maktab Rendah Sains MARA Parit
مكتب رنده ساءين س مارا ڤاريت
Alamat
Lot 3836, Mukim Belanja
Jalan Parit - Tg. Belanja
Parit, 32800, Perak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Parit
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMei 2012
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Muhammad Kamal bin Husain
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Mahamad Mahyudin bin Ajmain
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
Encik Dzulhaimi bin Zainal Abidin
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Puan Norazaliani binti Johar
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganWisdom Creates Excellence
Nama alumniANSARA Parit
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Maktab Rendah Sains MARA Parit (singkatan: MRSM Parit) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Parit, dalam daerah Perak Tengah di negeri Perak. Maktab ini merupakan MRSM ke-7 di Perak dan yang ke-48 di Malaysia[1]. Maktab yang dibina atas tanah ladang getah yang berleluasan 54 ekar ini terletak 2km dari pekan Parit dan 67km dari bandar Ipoh


Penubuhan maktab

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2012 mula beroperasi dengan jumlah guru dan kakitangan seramai 45 orang. Seramai 251 orang pelajar kumpulan pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah didaftarkan di maktab ini pada 18 Jun 2025.

Pada tahun 2013, MRSM Parit mula melaksanakan program dwisijil iaitu gabungan kurikulum kebangsaan (SPM) dan International General of Secondary Education (IGCSE).




Senarai pengetua

[sunting | sunting sumber]
Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tuan Hj Abd Majid bin Abd Ghani 21 Mei 2012 3 Ogos 2015
En. Kherman Shah bin Ibrahim 14 September 2015 12 Jun 2017
En. Ismail bin Deraman 13 Jun 2017 15 Disember 2019
Tuan Hj. Nazrul Hisham bin Mohamad Tahir 23 Disember 2019 26 November 2023
Pn. Arifah Ilyana Binti Abdul Rahman 27 November 2023 -


Lagu rasmi

[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


  1. ↑ "Latar belakang MRSM Parit".{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]