Maktab Rendah Sains MARA ATM Bera
3°11′52″U 102°28′47″T / 3.19791°U 102.47986°T
| Maktab Rendah Sains MARA ATM Bera مكتب رنده ساءين س مارا اي تي عيم برا | |
|---|---|
| Alamat | |
| Mukim Triang Jalan MARA Bera, 28300, Pahang Malaysia | |
| Maklumat | |
| Nama lain | MRSM ATM Bera |
| Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
| Ditubuhkan | April 2021 |
| Status | Beroperasi |
| Pengetua | Tuan Hj. Shahariman bin Abd Rahman |
| Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Puan Shahira Dania bt Maarof Moorthy |
| Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Zulkifli bin Hasan |
| Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Mohd Nasrul bin Hartoyo |
| Sistem pendidikan | Program Ulul Albab |
| Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab |
| Slogan | Garden Of Quranic Wisdom |
| Nama alumni | ANSARA Malaysia |
| Laman sesawang | bera |
| Kali terakhir dikemaskinikan: 25 Disember 2025 | |
Maktab Rendah Sains MARA ATM Bera (singkatan: MRSM ATM Bera) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di mukim Triang, dalam daerah Bera. MRSM ATM Bera menawarkan program Ulul Albab kepada pelajar tingkatan satu sehingga lima.
Lagu rasmi
[sunting | sunting sumber]Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Batch pertama MRSM ATM Bera Ulul Albab, yang dikenali sebagai "Eximious 2025", merupakan kohort perintis Ulul Albab sepenuhnya sejak penubuhan Maktab Rendah Sains MARA Angkatan Tentera Malaysia (MRSM ATM) Bera di bawah Program Ulul Albab, melahirkan pelajar berteraskan kecemerlangan akademik, penguasaan al-Quran, kepimpinan serta sahsiah holistik selaras dengan aspirasi pendidikan MARA dan selari dengan moto sekolah iaitu "Garden of Quranic Wisdom".
Rujukan
[sunting | sunting sumber]