Maktab Rendah Sains MARA Terendak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maktab Rendah Sains MARA Terendak
Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak.jpg
Lokasi
Terendak[1], Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahMaktab Rendah Sains MARA
MotoKami Cemerlang Terendak Gemilang
Nombor sekolah+606-3571009
PengetuaTn. Hj. Roslam bin Yusoff
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Azaam bin Yacob
Faks+606-3573049
Laman sesawang


Maktab Rendah Sains MARA Terendak (singkatan: MRSM Terendak) terletak di Kem Terendak, Melaka. Ia merupakan salah satu MRSM yang terdapat di Melaka selain Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba yang terletak di Jasin dan Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah yang terletak di Alor Gajah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1983. Ketika itu, hanya terdapat dua blok asrama, yang dikenali sebagai Blok A (lelaki) dan Blok B (perempuan). Hampir 150 pelajar melaporkan diri pada 23 Julai 1983. Pengetua pertamanya ialah En. Asrokin Sanuji.

Ia ditubuhkan hasil daripada rundingan yang dilakukan di antara pihak MARA dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam kerjasama ini, MARA mengurus semua aspek berkaitan akademik dan kakitangan, sementara Kementerian Pertahanan Malaysia membantu dalam tugas penyediaan petempatan dan urusan penyelenggaraan.

Pada 2008, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Jubli Perak penubuhannya di MRSM Terendak dan MITC Melaka.

Novel remaja bersiri Nydia Terendak dan Bintang : Episod Pengenalan dan Nydia, Terendak dan Bintang : Junior vs Senior yang diterbitkan oleh PTS One mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di MRSM Terendak[2][3].


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ Nor, Puteri (26 Julai 2010). Nydia, Terendak dan Bintang: Junior vs Senior. PTS Media Group. ISBN 978-967-5406-79-9. Dicapai pada 7 Jun 2017.
  3. ^ Nor, Puteri (1 Februari 2010). Nydia, Terendak dan Bintang: Episod Pengenalan. PTS Media Group. ISBN 978-967-5406-38-6. Dicapai pada 7 Jun 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]