Pergi ke kandungan

Senarai Sultan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Johor
Jawi: سلطان جوهر
Penjawat kini
Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
(Sultan Johor Moden ke-5)

sejak 23 Januari 2010
Butiran
GelaranDuli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTunku Mahkota Ismail (Pemangku Sultan Johor)
Penyandang pertama1. Sultan Alauddin Riayat Shah II (Sultan Johor Lama pertama)
2. Sultan Abu Bakar (Sultan Johor Moden pertama)
Pembentukan1. Kesultanan Johor Lama (1528–1830; kira-kira selama 302 tahun)
2. Kesultanan Johor Moden (1886; 139 tahun yang lalu (1886))
PersemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Laman sesawangroyal.johor.my

Sultan Johor ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Jawatan ini wujud apabila Kesultanan Johor Lama diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1528. Namun, selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830, Johor menjadi negeri bebas dan dikuasai oleh Temenggung Johor yang sebelum ini dikurniakan Johor dan Singapura sebagai kawasan pegangannya pada tahun 1806.

Perjanjian Setia 1855 dan Perjanjian Pahang-Johor 1861 mengukuhkan dan mengabsahkan kedudukan Temenggung Johor sebagai Pemerintah Johor lalu menandakan bermulanya era Johor Moden. Pada tahun 1868, jawatan Temenggung Johor dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Maharaja Johor dengan perkenan Kesultanan Riau-Lingga yang merupakan kesinambungan Kesultanan Johor Lama. Melalui Perjanjian Inggeris-Johor 1885, jawatan Maharaja Johor dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Sultan Johor yang kemudian diisytiharkan penggunaannya ke seluruh Johor pada tahun 1886 lalu menandakan bermulanya Kesultanan Johor Moden.

Dalam sejarah Johor, Johor telah melalui dua era iaitu Johor Lama (1528 – 1830) dan Johor Moden (1855 – kini). Juga, terdapat tiga wangsa yang pernah memerintah Johor iaitu Wangsa Melaka-Johor (1528 – 1699 dan 1718 – 1722), Wangsa Bendahara (1699 – 1718 dan 1722 – 1830) dan Wangsa Temenggung (1855 – kini). Kini, Johor diperintah oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar daripada Wangsa Temenggung.

Kesultanan Johor Lama (1528–1830)

[sunting | sunting sumber]

Wangsa Melaka-Johor (1528–1699)

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Pewarisan Pusat pemerintahan Nota
1 Sultan Alauddin Riayat Shah II
سلطان علاء الدين رعاية شاه
(Raja Ali @ Raja Alauddin @ Raja Kechil Besar)
1528 – 1564
(kira-kira 36 tahun)
1513 – 1564
(sekitar umur 51 tahun)
Pengasas Kesultanan Johor Lama
  • Pekan Tua (s. 1528 – 1535)
  • Sayong (1535 – 1540)
  • Johor Lama (1540 – 1564)
  • Anakanda Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah
  • Ditawan dan dibawa ke Aceh lalu dihukum bunuh di sana
  • Digelar "Marhum Syahid Mangkat di Aceh" dan "Marhum Johor Lama"
2 Sultan Muzaffar Shah II
سلطان مظفر شاه
(Raja Muzaffar)
1564 – 1570
(kira-kira 6 tahun)
1546 – 1570
(sekitar umur 24 tahun)
Anakanda Sultan Alauddin Riayat Shah II Seluyut (1564 – 1570)
3 Sultan Abdul Jalil Shah I
سلطان عبد الجليل شاه
(Raja Abdul Jalil)
1570 – 1571
(kira-kira kurang daripada 1 tahun)
1562 – 1571
(sekitar umur 9 tahun)
Anakanda saudara Sultan Muzaffar Shah II Seluyut (1570 – 1571)
4 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
سلطان علي جلا عبد الجليل شاه
(Raja Umar)
1571 – 1597
(kira-kira 26 tahun)
? – 1597 Ayahanda Sultan Abdul Jalil Shah I
  • Tanah Puteh (1571 – 1573)
  • Johor Lama (1573 – 1587)
  • Batu Sawar (1587 – 1597)
5 Sultan Alauddin Riayat Shah III
سلطان علاء الدين رعاية شاه
(Raja Mansur)
1597 – 1615
(kira-kira 18 tahun)
? – 1615 Anakanda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Batu Sawar (1597 – 1615)
6 Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
سلطان عبدﷲ معيات شاه
(Raja Abdullah @ Raja Bongsu @ Raja Seberang @ Raja di Hilir @ Yang di-Pertuan di Hilir)
1615 – 1623
(kira-kira 8 tahun)
1571 – 1623
(sekitar umur 52 tahun)
Adinda tiri (saudara lelaki seibu) Sultan Alauddin Riayat Shah III
  • Batu Sawar (1615 – 1618)
  • Lingga (1618 – 1623)
Raja Bujang diangkat menjadi Sultan Johor dan diangkat semula menjadi Sultan Pahang lalu kedua-dua takhta Kesultanan Johor dan Pahang disatukan
7 Sultan Abdul Jalil Shah III
سلطان عبد الجليل شاه
(Raja Bujang)
1623 – 22 November 1677
(kira-kira 54 tahun)
1590 – 22 November 1677
(sekitar umur 87 tahun)
Anakanda saudara Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
  • Sultan Pahang dari tahun 1615 hingga tahun 1617
  • Diangkat menjadi Sultan Johor dan diangkat semula menjadi Sultan Pahang dengan perkenan Sultan Aceh ke-12, Sultan Iskandar Muda lalu menjadi Sultan Johor-Pahang
  • Anakanda Sultan Johor ke-5, Sultan Alauddin Riayat Shah III
  • Mengangkat anakanda Sultan Johor ke-6, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah iaitu Raja Bajau menjadi Yang Dipertuan Muda yang memerintah Pahang
  • Digelar "Marhum Mangkat di Pahang" dan "Marhum Besar"
8 Sultan Ibrahim Shah
سلطان إبراهيم شاه
(Raja Ibrahim)
22 November 1677 – 16 Februari 1685
(7 tahun, 2 bulan dan 25 hari)
? – 16 Februari 1685 Anakanda sepupu (first cousin once removed) Sultan Abdul Jalil Shah III
9 Sultan Mahmud Shah II
سلطان محمود شاه
(Raja Mahmud)
16 Februari 1685 – 3 September 1699
(14 tahun, 6 bulan dan 18 hari)
1675 – 3 September 1699
(sekitar umur 24 tahun)
Anakanda Sultan Ibrahim Shah
  • Mangkat kerana dibunuh oleh Megat Seri Rama dalam keadaan sedang diusung di atas tandu semasa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat
  • Digelar "Marhum Mangkat Dijulang" dan "Marhum Kota Tinggi"
Bendahara Tun Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor-Pahang lalu berakhirnya era Wangsa Melaka-Johor dan bermulanya era Wangsa Bendahara

Wangsa Bendahara (1699–1718)

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Pewarisan Pusat pemerintahan Nota
10 Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
سلطان عبد الجليل رعاية شاه
(Tun Abdul Jalil)
3 September 1699 – 21 Mac 1718
(18 tahun, 6 bulan dan 18 hari)
? – 21 November 1721 Diangkat menjadi Sultan Johor-Pahang kerana Sultan Mahmud Shah II tidak mempunyai waris untuk mewarisi takhta
  • Kota Tinggi (1699 – 1700)
  • Panchor (1700 – 1708)
  • Riau (1708 – 1716)
  • Panchor (1716 – 1718)
Raja Kechil, yang mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Shah II, menyerang dan menawan Johor lalu Wangsa Melaka-Johor kembali memerintah

Wangsa Melaka-Johor (1718–1722)

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Pewarisan Pusat pemerintahan Nota
11 Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
سلطان عبد الجليل رحمة شاه
(Raja Kechil)
21 Mac 1718 – 4 Oktober 1722
(4 tahun, 6 bulan dan 13 hari)
1699 – 1746
(sekitar umur 47 tahun)
Diangkat menjadi Sultan Johor-Pahang selepas menyerang Johor dan mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
  • Panchor (1718 – 1719)
  • Riau (1719 – 1722)
Raja Sulaiman menyerang dan menawan Johor dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara lalu Wangsa Bendahara kembali memerintah

Wangsa Bendahara (1722–1830)

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Pewarisan Pusat pemerintahan Nota
12 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
سلطان سليمان بدر العالم شاه
(Raja Sulaiman)
4 Oktober 1722 – 20 Ogos 1760
(37 tahun, 10 bulan dan 16 hari)
11 November 1699 – 20 Ogos 1760
(umur 60)
Diangkat menjadi Sultan Johor-Pahang selepas menyerang Riau dan mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara Riau (1722 – 1760)
13 Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
سلطان عبد الجليل معظم شاه
(Raja Abdul Jalil @ Raja di Baroh)
20 Ogos 1760 – 29 Januari 1761
(5 bulan dan 9 hari)
11 Mac 1738 – 29 Januari 1761
(umur 22)
Anakanda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Riau (1760 – 1761)
14 Sultan Ahmad Riayat Shah
سلطان أحمد رعاية شاه
(Raja Ahmad)
29 Januari 1761 – 1761
(kira-kira kurang daripada 1 tahun)
1752 – 1761
(sekitar umur 9 tahun)
Anakanda Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V Riau (1761 – 1761)
  • Urusan pemerintahan Johor-Pahang dipangku oleh Yang Dipertuan Muda Riau ke-3, Daeng Kemboja dan pembantunya, Engku Kelana Raja Haji
  • Mangkat kerana dipercayai diracun
  • Digelar "Marhum Tengah"
15 Sultan Mahmud Riayat Shah III
سلطان محمود رعاية شاه
(Raja Mahmud)
1761 – 12 Januari 1812
(kira-kira 51 tahun)
24 Mac 1756 – 12 Januari 1812
(umur 55)
Adinda Sultan Ahmad Riayat Shah
16 Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
سلطان عبد الرحمن معظم شاه
(Tengku Abdul Rahman)
12 Januari 1812 – 29 Oktober 1830
(18 tahun, 9 bulan dan 17 hari)
1780 – 9 Ogos 1832
(sekitar umur 52 tahun)
Anakanda Sultan Mahmud Riayat Shah III Lingga (1812 – 1830)
  • Diangkat menjadi Sultan Johor kerana kakanda tirinya, Tengku Hussein (kemudian Sultan Hussein Muhammad Shah) berada di Pahang ketika ayahandanya, Sultan Mahmud Riayat Shah III mangkat
  • Urusan pemerintahan Johor-Pahang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Riau ke-6, Raja Jaafar
  • Diiktiraf sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara Johor yang juga Raja Bendahara Pahang ke-4, Bendahara Tun Ali selepas pertabalannya dilakukan bersama alat kebesaran diraja Kesultanan Johor pada bulan November 1823
  • Dianggap Sultan Johor-Pahang terakhir kerana Bendahara Tun Ali tidak mengiktiraf Sultan Hussein Muhammad Shah dan Sultan Ali Iskandar Shah sebagai Sultan Johor disebabkan pertabalan Sultan Hussein Muhammad Shah yang dilakukan tanpa alat kebesaran diraja Kesultanan Johor adalah tidak sah menurut adat Melayu
Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 lalu wujudnya Kesultanan Riau-Lingga manakala Johor dan Pahang menjadi negeri bebas

Sultan Johor yang tidak diiktiraf oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Pewarisan Pusat pemerintahan Nota
(17) Sultan Hussein Muhammad Shah
سلطان حسين محمد شاه
(Tengku Hussein @ Tengku Long)
6 Februari 1819 – 5 September 1835
(16 tahun, 6 bulan dan 30 hari)
1776 – 5 September 1835
(sekitar umur 59 tahun)
Diangkat menjadi Sultan Johor melalui Perjanjian 6 Februari 1819 yang membawa kepada penubuhan Singapura moden Kampong Gelam, Singapura (1819 – 1835)
(18) Sultan Ali Iskandar Shah
سلطان علي إسکندر شاه
(Tengku Ali)
5 September 1835 – 20 Jun 1877
(41 tahun, 9 bulan dan 15 hari)
1824 – 20 Jun 1877
(sekitar umur 53 tahun)
Anakanda Sultan Hussein Muhammad Shah
  • Dikenali sebagai "Sultan Muar" dan "Sultan Kesang"
  • Diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Inggeris dan Temenggung Johor, Temenggung Tun Daeng Ibrahim melalui Perjanjian Setia 1855 tetapi berkuasa di daerah Kesang sahaja manakala keseluruhan Johor (kecuali Kesang) diperintah oleh Temenggung Tun Daeng Ibrahim
  • Tidak diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Bendahara Johor yang juga Raja Bendahara Pahang ke-4, Bendahara Tun Ali kerana ayahandanya, Sultan Hussein Muhammad Shah bukan Sultan Johor yang sah menurut adat Melayu
  • Memujuk Raja Bendahara Pahang ke-6, Bendahara Tun Ahmad untuk mengiktirafnya sebagai Sultan Johor-Pahang tetapi permintaannya ditolak
Perjanjian Setia 1855 menandakan bermulanya era Johor moden yang diperintah oleh Wangsa Temenggung manakala Wangsa Bendahara benar-benar berakhir apabila Sultan Ali Iskandar Shah mangkat pada tahun 1877

Sultan Riau-Lingga yang masih diiktiraf sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Pewarisan Pusat pemerintahan Nota
(16) Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
سلطان عبد الرحمن معظم شاه
(Tengku Abdul Rahman)
29 Oktober 1830 – 9 Ogos 1832
(1 tahun, 9 bulan dan 11 hari)
1780 – 9 Ogos 1832
(sekitar umur 52 tahun)
Anakanda Sultan Mahmud Riayat Shah III Lingga (1830 – 1832)
(17) Sultan Muhammad II Muazzam Shah
سلطان محمد معظم شاه
(Tengku Muhammad)
9 Ogos 1832 – 1835
(kira-kira 3 tahun)
1803 – 20 Julai 1841
(sekitar umur 38 tahun)
Anakanda Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah Lingga (1832 – 1835)
  • Masih dianggap sebagai Sultan Johor-Pahang oleh para pembesar dan bangsawan Johor dan Pahang
  • Berangkat ke Johor untuk menziarahi makam raja-raja Melayu tidak lama selepas pertabalannya
  • Mengadakan istiadat untuk memulihkan adat Kesultanan Johor Lama di mana istiadat tersebut dihadiri oleh semua pembesar dari semua wilayah di bawah kekuasaan Kesultanan Johor Lama dan istiadat itu membuktikan bahawa para pembesar di Johor dan Pahang masih menumpahkan taat setia mereka kepada Sultan yang bersemayam di Lingga dan bukan Sultan yang bersemayam di Singapura
  • Menuruni dan menyerahkan takhta kepada anakandanya, Tengku Mahmud (kemudian Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) pada tahun 1835 kerana uzur dan kemudian memangku urusan pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga
  • Digelar "Marhum Keratun"
(18) Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah
سلطان محمود مظفر شاه
(Tengku Mahmud)
1835 – 7 Oktober 1857
(kira-kira 22 tahun)
1823 – 10 Julai 1864
(sekitar umur 41 tahun)
Anakanda Sultan Muhammad II Muazzam Shah Lingga (1835 – 1857)
Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah mengakui ketuanan Belanda ke atas Kesultanan Riau-Lingga melalui Perjanjian 1 Disember 1857 lalu menyebabkan baginda tidak diiktiraf sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara Tun Mutahir

Negeri Johor Moden (Wangsa Temenggung) (1855–kini)

[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Temenggung Johor (1855–1868)

[sunting | sunting sumber]
No. Potret Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Ibu negeri dan pusat pemerintahan Nota
1 Temenggung Tun Daeng Ibrahim
تمڠݢوڠ تون داءيڠ إبراهيم
(Tun Ibrahim Iskandar)
10 Mac 1855 – 31 Januari 1862
(6 tahun, 10 bulan dan 21 hari)
8 Disember 1810 – 31 Januari 1862
(umur 51)
2 Temenggung Tun Abu Bakar
تمڠݢوڠ تون أبو بکر
(Tun Abu Bakar)
31 Januari 1862 – 30 Jun 1868
(6 tahun, 4 bulan dan 30 hari)
3 Februari 1833 – 4 Jun 1895
(umur 62)
Johor Bahru (1862 – 1868)
  • Anakanda Temenggung Johor, Temenggung Tun Daeng Ibrahim
  • Pulau Tioman diserahkan kepada Johor dan sempadan Johor-Pahang diperluaskan sehingga Sungai Endau melalui Perjanjian 17 Jun 1862 antara Johor dan Pahang yang diwakili oleh anakanda Raja Bendahara Pahang ke-5, Bendahara Tun Mutahir iaitu Bendahara Muda Tun Koris
  • Tanah di Teluk Belanga, Singapura yang didiami oleh keluarganya menjadi hak miliknya melalui Perjanjian 19 Disember 1862 antara Johor dan Inggeris di Singapura
  • Istiadat perasmian bandar Tanjung Puteri diadakan pada 1 Januari 1866 dan bandar tersebut ditukar nama kepada Johor Bahru dan diisytiharkan sebagai ibu negeri Johor
Temenggung Tun Abu Bakar mengisytiharkan penggunaan gelaran Maharaja lalu Kerajaan Temenggung Johor bertukar kepada Kerajaan Maharaja Johor

Kerajaan Maharaja Johor (1868–1886)

[sunting | sunting sumber]
No. Potret Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Ibu negeri dan pusat pemerintahan Nota
1 Maharaja Abu Bakar
مهاراج أبو بکر
(Tun Abu Bakar)
30 Jun 1868 – 13 Februari 1886
(17 tahun, 7 bulan dan 14 hari)
3 Februari 1833 – 4 Jun 1895
(umur 62)
Johor Bahru (1868 – 1886)
Maharaja Abu Bakar mengisytiharkan penggunaan gelaran Sultan lalu Kerajaan Maharaja Johor bertukar kepada Kesultanan Johor Moden

Kesultanan Johor Moden (1886–kini)

[sunting | sunting sumber]
No. Potret Nama Tempoh pemerintahan Tarikh keputeraan dan kemangkatan Ibu negeri dan pusat pemerintahan Nota
1 Sultan Abu Bakar
سلطان أبو بکر
(Tun Abu Bakar)
13 Februari 1886 – 4 Jun 1895
(9 tahun, 3 bulan dan 22 hari)
3 Februari 1833 – 4 Jun 1895
(umur 62)
Johor Bahru (1886 – 1895)
  • Diiktiraf sebagai Sultan Johor dan Johor diakui sebagai negeri bebas dan berdaulat oleh Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Johor 1885
  • Menteri Besar Johor pertama, Dato' Jaafar bin Haji Muhammad mengisytiharkan penggunaan gelaran Sultan ke seluruh negeri Johor pada 13 Februari 1886
  • Membina pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan seperti di Singapura
  • Menubuhkan Jemaah Penasihat Johor (Johor Advisory Board) untuk meminta nasihat mengenai urusan pemerintahan Johor
  • Menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor pada tahun 1886 yang bertujuan untuk membantu atau menimbal tugas pasukan polis yang digelar "pasukan setia" pada ketika itu (kini berperanan sebagai pengiring Sultan Johor dan kerabatnya dan penjaga keselamatan istana milik mereka)
  • Slogan "Muafakat itu Berkat" diperkenalkan untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama erat rakyat Johor dan slogan tersebut termaktub di bawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, yang juga perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu, disediakan oleh Jemaah Menteri yang dibantu oleh firma guaman di Singapura, Rodyk and Davidson dan diisytiharkan pada 14 April 1895
  • Digelar "Bapa Johor Moden" atas jasa dan sumbangannya dalam memodenkan pemerintahan Johor
2 Sultan Ibrahim Al-Masyhur
سلطان إبراهيم المشهور
(Tunku Ibrahim Iskandar)
7 September 1895 – 8 Mei 1959
(63 tahun, 8 bulan dan 1 hari)
17 September 1873 – 8 Mei 1959
(umur 85)
Johor Bahru (1895 – 1959)
  • Anakanda Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar
  • Pada tahun-tahun awal pemerintahannya, baginda banyak bergantung pada Dato' Abdul Rahman bin Andak dalam urusan pemerintahan Johor hingga menyebabkan kemarahan Inggeris kerana beliau sering menggagalkan rancangan Inggeris untuk campur tangan dalam urusan tersebut lalu menjejaskan kemerdekaan Johor
  • Membubarkan Jemaah Penasihat Johor (Johor Advisory Board) dan menamatkan perkhidmatan Dato' Abdul Rahman bin Andak sebagai Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1907 selepas menerima tekanan daripada Inggeris
  • Menerima Penasihat Am British (British General Advisor) pada bulan Januari 1910 di mana pada mulanya, penasihat tersebut hanya bertindak sebagai penasihat baginda tetapi selepas baginda tiada pilihan lain melainkan terpaksa menandatangani perjanjian dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat ke-17, Sir Arthur Henderson Young pada 12 Mei 1914, penasihat tersebut terlibat secara langsung dalam urusan pemerintahan Johor dan bertindak seperti Residen British (British Resident) di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • Istilah "Bangsa Johor" diperkenalkan pada tahun 1920 untuk menyatukan rakyat Johor yang berbilang kaum di bawah satu panji dan lagu negeri Johor juga dinamakan sebagai "Lagu Bangsa Johor"
  • Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang ditandatangani oleh baginda pada 21 Januari 1948 di Johor Bahru dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948
  • Ditawarkan oleh Majlis Raja-Raja untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama pada bulan Ogos 1957 tetapi menolak atas faktor lanjut usia (baginda berumur 83 tahun pada ketika itu) dan kesihatan
Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan kemudian mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
3 Sultan Ismail Al-Khalidi
سلطان إسماعيل الخالدي
(Tunku Ismail)
8 Mei 1959 – 10 Mei 1981
(22 tahun dan 2 hari)
28 Oktober 1894 – 10 Mei 1981
(umur 86)
Johor Bahru (1959 – 1981)
  • Anakanda Sultan Johor Moden ke-2, Sultan Ibrahim Al-Masyhur
  • Sultan Johor Moden pertama yang memerintah selepas Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
  • Menteri Besar Johor ke-10, Tan Sri Hassan bin Yunus menjadi Menteri Besar Johor pertama yang dilantik melalui sistem demokrasi pada 27 Jun 1959
  • Anakandanya, Tunku Mahmud Iskandar (kemudian Sultan Iskandar Al-Haj) dilucutkan daripada jawatan Tunku Mahkota Johor (kemudian diberikan jawatan Raja Muda Johor pada 1 Disember 1966) dan anakandanya yang lain, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 10 Ogos 1961 tetapi kemudian Tunku Mahmud Iskandar dilantik semula sebagai Tunku Mahkota Johor dan Tunku Abdul Rahman dilantik semula sebagai Tunku Aris Bendahara Johor pada 29 April 1981
4 Sultan Iskandar Al-Haj
سلطان إسکندر الحج
(Tunku Mahmud Iskandar)
11 Mei 1981 – 22 Januari 2010
(28 tahun, 8 bulan dan 11 hari)
8 April 1932 – 22 Januari 2010
(umur 77)
  • Anakanda Sultan Johor Moden ke-3, Sultan Ismail Al-Khalidi
  • Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8 dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989 (5 tahun)
  • Kekebalan Raja-Raja Melayu di sisi undang-undang dimansuhkan melalui Pindaan 1993 kepada Perlembagaan Malaysia dan dengan pindaan tersebut, Raja-Raja Melayu kini tertakluk kepada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah seperti rakyat biasa
  • Pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Johor Bahru ke Nusajaya (kini Iskandar Puteri) pada tahun 2009 tetapi Johor Bahru masih dikekalkan sebagai ibu negeri Johor
5 Sultan Ibrahim
سلطان إبراهيم
(Tunku Ibrahim Ismail)
23 Januari 2010 – kini
(15 tahun, 10 bulan dan 23 hari)
22 November 1958 – kini
(umur 67 tahun dan 24 hari)
  • Anakanda Sultan Johor Moden ke-4, Sultan Iskandar Al-Haj
  • Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 dari 31 Januari 2024 hingga kini
  • Mengilhamkan program Kembara Mahkota Johor iaitu program penjelajahan keluarga diraja Johor yang merentasi semua daerah di Johor untuk mengeratkan hubungan antara pihak istana dan rakyat Johor
  • Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diwujudkan pada tahun 2024 untuk menjadikan Johor (dan Malaysia) sebagai pusat kewangan dan ekonomi antarabangsa

Garis masa Sultan dan Pemerintah Johor

[sunting | sunting sumber]
Sejarah Johor ModenSejarah Johor ModenSejarah Johor ModenTemenggung JohorKesultanan Riau-LinggaSultan Riau-LinggaKesultanan Johor LamaWangsa BendaharaKesultanan Johor LamaKesultanan Melayu MelakaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSultan Ismail ibni Sultan IbrahimSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarSultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng IbrahimTemenggung Daeng IbrahimSultan Ali Iskandar ShahSultan Hussein Muhammad ShahSultan Mahmud IV Muzaffar ShahSultan Muhammad II Muazzam ShahSultan Abdul Rahman Muazzam ShahSultan Mahmud Shah IIISultan Ahmad Riayat ShahSultan Abdul Jalil Muazzam ShahSultan Sulaiman Badrul Alam ShahSultan Abdul Jalil Rahmat ShahSultan Abdul Jalil IVSultan Mahmud Shah II dari JohorSultan Ibrahim Shah dari JohorSultan Abdul Jalil Shah IIISultan Abdullah Ma'ayat ShahSultan Alauddin Riayat Shah IIISultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah IISultan Abdul Jalil Shah ISultan Muzaffar Shah IIAlauddin Riayat Shah II dari Johor

Sultan dan Pemerintah Johor yang paling lama memerintah

[sunting | sunting sumber]
Kedudukan Sultan dan Pemerintah Tempoh pemerintahan Memerintah Maklumat
Potret Nama Mula Tamat Wangsa Kesultanan
1 Sultan Ibrahim Al-Masyhur
سلطان إبراهيم المشهور
(Tunku Ibrahim Iskandar)
63 tahun 1895 1959 Temenggung Johor Moden
2 Sultan Abdul Jalil Shah III
سلطان عبد الجليل شاه
(Raja Bujang)
54 tahun 1623 1677 Melaka-Johor Johor Lama
3 Sultan Mahmud Riayat Shah III
سلطان محمود رعاية شاه
(Raja Mahmud)
51 tahun 1761 1812 Bendahara Johor Lama
4 Sultan Ali Iskandar Shah
سلطان علي إسکندر شاه
(Tengku Ali)
41 tahun
(Pewaris Sultan Hussein Muhammad Shah – 19 tahun)
(Sultan Johor (Pemerintah Kesang) – 22 tahun)
1835 1877 Bendahara Johor Lama
5 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
سلطان سليمان بدر العالم شاه
(Raja Sulaiman)
37 tahun 1722 1760 Bendahara Johor Lama
6 Sultan Alauddin Riayat Shah II
سلطان علاء الدين رعاية شاه
(Raja Ali @ Raja Alauddin @ Raja Kechil Besar)
36 tahun 1528 1564 Melaka-Johor Johor Lama
7 Sultan Abu Bakar
سلطان أبو بکر
(Tun Abu Bakar)
33 tahun
(Temenggung Johor – 6 tahun)
(Maharaja Johor – 18 tahun)
(Sultan Johor – 9 tahun)
1862 1895 Temenggung Johor Moden
8 Sultan Iskandar Al-Haj
سلطان إسکندر الحج
(Tunku Mahmud Iskandar)
28 tahun 1981 2010 Temenggung Johor Moden
9 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
سلطان علي جلا عبد الجليل شاه
(Raja Umar)
26 tahun 1571 1597 Melaka-Johor Johor Lama
10 Sultan Ismail Al-Khalidi
سلطان إسماعيل الخالدي
(Tunku Ismail)
22 tahun 1959 1981 Temenggung Johor Moden

Salasilah keluarga Sultan dan Pemerintah Johor

[sunting | sunting sumber]

Wangsa Melaka-Johor

[sunting | sunting sumber]

Wangsa Bendahara

[sunting | sunting sumber]

Wangsa Temenggung

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Buyong Adil (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834922405.
  • R.O. Winstedt (2020). A History of Johore 1365-1895 (re-edited version). Silverfish Books Sdn Bhd. ISBN 9789672438076.
  • Suzana Haji Othman (2018). Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834611538.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Bendera Sultan. Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015. Diambil daripada https://kemahkotaan.johor.gov.my/alat-istihadat-kebesaran/bendera-johor-2/
  2. ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 69
  3. ^ Yusoff Iskandar & Aruna Gopinath 1992, halaman 370
  4. ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 70
  5. ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 71
  6. ^ Trocki 2007, halaman 22
  7. ^ Buyong Adil 1980, halaman 139
  8. ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 71
  9. ^ Buyong Adil 1980, halaman 141
  10. ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 70
  11. ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 72
  12. ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid 2011, halaman 72
  13. ^ Trocki 2007, halaman 22