Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2008
Penampilan
Disember
- Israel melancarkan satu serangan udara yang membunuh lebih 350 orang di Gaza.
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar (gambar) mangkat di Seremban, Negeri Sembilan.
- Satu rampasan kuasa di Guinea diumumkan tidak lama selepas kematian Presidennya Lansana Conté.
- Perdana Menteri Belgium Yves Leterme dan kerajaannya meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi mengenai penjualan syarikat perkhidmatan kewangan Fortis.
- Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva dari Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baru.
- Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.
- Rusuhan anti-polis (gambar) terjadi di Athens dan beberapa bandar lain di Greece.
- Mahkamah Perlembagaan Thailand membubarkan tiga parti dalam kerajaan campuran, dan Perdana Menteri Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.
November
- Satu siri serangan pengganas di Mumbai, India mengorbankan 173 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
- Letupan gunung berapi Nevado del Huila (gambar) di selatan Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan pemindahan 12,000 orang.
- Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.
- Satu kemalangan di atas kapal selam Russia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.
- Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (gambar) ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
- Barack Obama (gambar) dari Parti Demokrat menjadi warga Afrika-Amerika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- Lewis Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Formula Satu 2008, mengatasi Felipe Massa dengan satu mata.
Oktober
- Satu gempa bumi berukuran 6.4 Mw mengorbankan 215 orang di Balochistan, Pakistan.
- Banjir dahsyat di Yaman akibat Lekukan Tropika ARB 02 (gambar) mengorbankan 180 orang.
- ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, satu misi penjelajahan bulan tanpa manusia.
- Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
- 50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina (gambar) bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72.
September
- Falcon 1 SpaceX menjadi kenderaan pelancar berasaskan bahan api cecair swasta pertama berjaya mencapai orbit.
- Haile Gebrselassie dari Habsyah memecahkan rekod dunia maraton dengan 2 jam, 3 minit, 59 saat.
- Angkasawan China Zhai Zhigang berjaya menjalankan aktiviti luar kenderaan semasa misi Shenzhou 7.
- Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan, menggantikan Thabo Mbeki.
- Lehman Brothers dan Washington Mutual diisytiharkan bankrap akibat Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008.
- Diet Jepun melantik Taro Aso sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
- Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat kelancungan produk susu China.
- Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki (gambar) meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika.
- Sebuah lori meletup di luar sebuah hotel di Islamabad, Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 266 yang lain.
- Sukan Paralimpik 2008 berakhir. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Itali 2008, menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu yang memenangi perlumbaan Grand Prix.
- Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.
- Kejohanan Sukan Paralimpik 2008 bermula dengan rasminya di Beijing, China.
- Asif Ali Zardari dari Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan menggantikan Pervez Musharraf.
- Taufan Gustav mula reda selepas menyebabkan sekurang-kurangnya 112 kematian di Caribbean dan Amerika Syarikat.
- Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda meletak jawatan tidak sampai setahun selepas mengambil alih dari Shinzo Abe yang juga meletak jawatan.
Ogos
- Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008.
- Rusia secara rasminya mengakui kemerdekaan Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- Barack Obama memilih Joe Biden, Senator Demokrat dari Delaware, sebagai calon naib presiden di dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008.
- Presiden Zambia, Levy Mwanawasa (gambar) meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.
- Pervez Musharraf (gambar) meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan.
- Michael Phelps memenangi pingat emas kelapannya di Sukan Olimpik Beijing 2008, mengatasi rekod Mark Spitz untuk emas paling banyak dalam satu Sukan Olimpik.
- Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memenangi pingat emas dalam acara pecut 100-meter dan memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 9.69 saat.
- Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.
- Rusia menghentikan serangannya ke atas Georgia dan bersetuju dengan rancangan gencatan senjata Kesatuan Eropah.
- Parlimen Georgia meluluskan keadaan perang (gambar pelarian) di seluruh negara untuk 15 hari selepas Rusia membalas serangannya terhadap Ossetia Selatan.
- Satu serangan terhadap pos polis berhampiran Kashgar di Xinjiang, China menyebabkan kematian 16 pegawai manakala 16 lagi cedera.
Julai
- Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menarik balik larangan menyertai Sukan Olimpik 2008 yang dikenakan terhadap Iraq lima hari sebelumnya.
- Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ke-153.
- Bekas pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić (gambar) ditangkap oleh pihak keselamatan di Serbia atas tuduhan jenayah perang.
- Lebih seribu tentera Kemboja dan Thailand berkumpul berhampiran Kuil Preah Vihear, fokus pertikaian sempadan kedua negara itu.
- Tokoh pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.
- Ahli Kesatuan Eropah dan negara lain yang bersempadan Laut Mediterranean membentuk Kesatuan Mediterranean (gambar negara ahli).
- Iran menguji peluru berpandu Shahab-3, di tengah-tengah ketegangan antarabangsa mengenai program nuklearnya.
- Pemimpin G8 bertemu di Jepun manakala pemimpin D-8 bertemu di Malaysia.
- Penerbangan rentas selat (gambar) hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.
Jun
- Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir.
- Ketua pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menarik diri dari pusingan kedua pilihan raya presiden, menyebabkan Robert Mugabe kekal sebagai presiden.
- Republik Rakyat China dan Taiwan mengadakan perundingan rasmi pertama sejak sedekad lalu.
- Diet Jepun buat pertama kalinya mengakui Orang Ainu sebagai orang asli.
- Pelari Jamaika Usain Bolt mencipta rekod dunia baru dalam acara pecut 100 meter dengan catatan 9.72 saat.
Mei
- Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra.
- Phoenix NASA berjaya mendarat (gambar) di Marikh.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Pedra Branca kepada Singapura dan Batuan Tengah kepada Malaysia.
- Manchester United memenangi Liga Juara-Juara UEFA, menewaskan Chelsea.
- China memenangi Piala Thomas & Uber 2008.
- Gempa bumi (peta lokasi pusat gempa) berukuran 7.9 Mw melanda Sichuan, China dengan lebih 69,000 orang dilaporkan maut.
- Dmitry Medvedev mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia, menggantikan Vladimir Putin yang menjadi Perdana Menteri.
- Siklon Nargis (gambar) melanda Myanmar sebagai siklon kategori 4, mengorbankan lebih 90,000 orang.
- Pilihan raya presiden Zimbabwe dilanjutkan ke pusingan kedua kerana tiada pemenang jelas antara Morgan Tsvangirai dan penjawat kini Robert Mugabe.
- HP Labs mengumumkan penciptaan memristor, unsur asas keempat litar elektronik.
April
- Kenaikan harga makanan sejagat secara mendadak mengakibatkan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.
- Danica Patrick memenangi Indy Japan 300, menjadi pelumba wanita pertama memenangi mana-mana perlumbaan IndyCar.
- Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama ke angkasa.
- Larian obor Olimpik di London, Paris dan San Francisco diganggu oleh pembantah yang membangkang rekod hak asasi manusia China.
- ATV Jules Verne (gambar) berjaya berlabuh secara automatik dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Pergerakan Perubahan Demokratik mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen Zimbabwe, menewaskan parti Presiden Robert Mugabe ZANU-PF.
- Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan.
Mac
- Lampu tanda tempat di bandar-bandar di seluruh dunia ditutup sebagai sebahagian Earth Hour.
- Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan.
- Ma Ying-jeou (gambar) dilantik sebagai Presiden Republik China (Taiwan).
- Yves Leterme dilantik sebagai Perdana Menteri Belgium, sembilan bulan selepas pilihan raya umum dilangsungkan.
- Bantahan di Tibet terhadap kerajaan China menyebabkan banyak kematian.
- Barisan Nasional cuma mendapat majoriti mudah dalam Parlimen dan kehilangan 4 negeri dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12.
- Dmitry Medvedev (gambar) dilantik menggantikan Vladimir Putin sebagai Presiden Rusia.
Februari
- Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya umum Pakistan.
- Toshiba mengumumkan pemberhentian penghasilan peralatan HD DVD, mengakhiri perang format definisi tinggi dengan Cakera Blu-ray.
- Fidel Castro (gambar) mengumumkan persaraan sebagai Presiden Cuba.
- Parlimen Kosovo mmengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.
- Perdana Menteri Kevin Rudd meminta maaf secara rasmi atas Rompakan Generasi orang asli sebagai wakil Parlimen Australia.
- Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008, menewaskan Cameroon 1-0.
Januari
- Bekas Presiden Indonesia, Presiden Suharto (gambar) meninggal dunia di Jakarta pada umur 86 tahun.
- Pengeluar kereta India Tata Motors mempamerkan kereta pengeluaran termurah di dunia, Tata Nano, berharga Rs 100,000 (AS$ 2,500).
- Regata Langkawi 2008 berlangsung di Langkawi.
- Rali Dakar 2008 dibatalkan setelah 4 pelancong dibunuh di Mauritania.