Jajahan Mahkota Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jajahan Mahkota Labuan
Pulau Labuan
纳闽
1848–1890

1904–1906

1906–1941

1945–1946
Bendera 1912–1946
Lencana Labuan
Bendera Lencana
Lagu kebangsaanGod Save the King/Queen
   Labuan hari ini, dalam    Malaysia
StatusJajahan
Ibu negaraVictoria
Bahasa yang umum digunakan
Kerajaan
Monarki 
• 1837–1901
Ratu Victoria
• 1936–1952
George VI
Gabenor pertama 
• 1847–1852
James Brooke
Era SejarahEmpayar British
• Penubuhan tanah jajahan
1848
• Dipindahkan ke Borneo Utara
1890
• Digabungkan ke dalam Negeri-negeri Selat
1906
1941
• Labuan kepada Mahkota Borneo Utara
15 Julai 1946
16 September 1963
Keluasan
91.64 km2 (35.38 bt2)
Mata wang
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Brunei
Borneo Utara
Negeri-negeri Selat
Pendudukan Jepun di Borneo British
Borneo Utara
Negeri-negeri Selat
Pendudukan Jepun di Borneo British
Jajahan Mahkota Borneo Utara
Sekarang sebahagian dari Malaysia

Labuan, terdiri daripada Pulau Labuan utama dan enam pulau-pulau kecil (Pulau Burung, Pulau Daat, Pulau Kuraman, Pulau Papan, Pulau Rusukan Kecil, and Pulau Rusukan Besar). Sejak abad ke-15, Labuan merupakan sebahagian daripada Brunei dan pulau itu menjadi tempat perlindungan bagi kapal-kapal dari ribut dan serangan lanun. Kemudian pada tahun 1846, Labuan telah diserahkan kepada Great Britain pada tahun 1848 untuk menjadi jajahan mahkota di bawah Perjanjian Labuan.

Pada tahun 1890, ia ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British. Ia kembali kepada pemerintahan kerajaan British pada tahun 1904. Kemudian, pada 1 Januari 1907, ia menyertai Negeri-negeri Selat dan telah ditadbir dari Singapura, ibu negeri Negeri-negeri Selat.

Semasa Perang Dunia II, Labuan telah diduduki oleh Jepun dari Disember 1941 hingga Jun 1945 dan ditadbir sebagai sebahagian daripada unit tentera Utara Borneo oleh Tentera ke-37 Jepun. Labuan telah ditukar nama Pulau Maida (Pulau Maida, 前田島 Maeda-shima) sempena Marquis Toshinari Maeda, komander pertama tentera Jepun di Borneo utara. Pembebasan Borneo bermula pada 10 Jun 1945 apabila Tentera Bersekutu di bawah pimpinan Jeneral McArthur mendarat di Labuan dengan konvoi 100 buah kapal. Divisi ke-9 Australia melancarkan serangan disokong oleh pengeboman besar-besaran udara dan laut yang mengakibatkan penyerahan kalah Jepun. Pada 9 September 1945, Jeneral Masao Baba, komander tentera Jepun, menyerah diri di pantai Layang-layang di hadapan Mejar Jeneral George F. Wooten, komander Divisi ke-9 Australia. Labuan menggunakan nama yang dahulu dan berada di bawah pentadbiran tentera British bersama-sama dengan yang lain daripada Negeri-negeri Selat, kemudian bergabung dengan Tanah Jajahan Mahkota Borneo Utara, pada 15 Julai 1946, yang seterusnya menjadi sebahagian daripada Malaysia sebagai negeri Sabah pada 16 September 1963.

Labuan kemudiannya dipisahkan dari Sabah, menjadi Wilayah Persekutuan, ditadbir oleh kerajaan persekutuan, pada 16 April 1984.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]