Nor Zila binti Haji Aminuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ella
Fail:Ratu Rock.jpg
Latar belakang
Genre Rock
Pekerjaan Penyanyi
Alat muzik Menyanyi

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji Aminuddin (lahir 31 Julai 1966) merupakan Diva Rock yang terkenal di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia.

Isi kandungan

[sunting] Biografi

Ella dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dibesarkan di Lembah Klang, Selangor. Pada zaman persekolahannya, beliau sering diundang menyanyi dan membuat persembahan pada setiap majlis yang diadakan di sekolahnya. Ella telah menamatkan pengajiannya sehingga tingkatan lima di SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Lembah Klang, Selangor. Sebelum beliau menceburi bidang seni, beliau banyak membuat persembahan di kelab malam dan lounge yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Setelah mengadakan persembahan di beberapa kelab tersebut, Ella telah dilamar oleh salah satu kumpulan iaitu kumpulan The Boys yang juga merupakan penyanyi kelab malam. Setelah berbincang, akhirnya Ella bersetuju untuk bergabung dengan kumpulan mereka dan diberi nama Kumpulan Ella & The Boys.

[sunting] Karier Awal (1983-1985)

Ella bukanlah seorang yang berjaya dalam bidang akademik sewaktu di zaman persekolahnya. Beliau juga mengakui bahawa beliau gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun 1983. Namun, beliau tekad mengambil peperiksaan sekali lagi dan masih lagi gagal mendapat keputusan yang memuaskan. Tetapi semua itu bukan halangannya untuk terus berjaya dalam hidupnya. Sebaik saja selepas beliau menduduki peperiksaan SPM 1983, beliau telah bergabung dengan band Moonracker. Namun, ia hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Ella tetap meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan mengadakan persembahan di hampir semua lounge dan kelab malam di seluruh Lembah Klang. Setelah mengadakan persembahan di serata tempat, beliau akhirnya telah menemui sekumpulan Band iaitu The Boys. Ketua Band The Boys, Lokman Idris atau nama samarannya Lord telah tertarik dengan suara dan gaya persembahan Ella. Beliau telah bercadang dengan Ella untuk mengambil Ella sebagai Vokalis Utama The Boys. Setelah mereka berbincang, Ella akhirnya menerima lamaran Lord dan terciptalah kumpulan Ella & The Boys.

[sunting] Zaman Kegemilangan Ella & The Boys (1985-1988)

Tahun 1985 adalah bermulanya era kegemilangan Ella & The Boys apabila berjaya mencipta populariti dalam masa yang singkat sekaligus berjaya meletakkan nama Ella & The Boys setaraf dengan Search, Lefthanded, Sofea dan Rusty Blade. Nama Ella telah mula meniti di bibir peminat di Malaysia dan menjadikan beliau penyanyi rock wanita terunggul ketika itu walaupun ada nama-nama penyanyi wanita baharu yang muncul. Pada 1987, Ella telah diberi gelaran Ratu Rock Malaysia oleh para wartawan dan juga peminat oleh kerana beliau merupakan satu-satunya penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menguasai muzik rock ketika itu. Tahun demi tahun, Ella & The Boys terus unggul di persada muzik rock tanah air. Pelbagai undangan diterima di seluruh tempat dan juga beberapa konsert yang telah diambil alih oleh Ella & The Boys sehinggalah kelab malam yang sentiasa menjadi tempat mereka mengadakan persembahan telah hangus terbakar. Punca terbakarnya kelab malam tersebut adalah disebabkan oleh sikap iri hati seseorang terhadap kejayaan yang dikecapi oleh mereka. Namun, mereka tetap tabah sehinggalah Ella telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan The boys dan bergerak solo pada 1988. Pada mulanya, sedikit pertelingkahan terjadi apabila menyuarakan hasratnya itu kepada anggota kumpulan the Boys yang lain. Akhirnya Lord telah bersetuju untuk membenarkan Ella bergerak solo dalam persada muzik tanah air. Meskipun Ella tidak lagi bersama The Boys, tetapi Lord dan ahli anggota yang lain tetap terus bekerjasama dengan Ella tanpa ada konterversi, buktinya album pertamanya juga terdapat beberapa buah lagu hasil sumbangan The Boys. Pada 1988, Ella telah berhijrah ke syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) dan telah menghasilkan album solo pertamanya, Pengemis Cinta. Album tersebut telah berjaya mencapai jualan melebihi 100,000 unit.

[sunting] Bintang Mula Bersinar (1989-1993)

Nama Ella semakin hari semakin bersinar dan setiap album yang dihasilkan pasti berjaya menjadi sebuah album yang laris di pasaran. Pada tahun 1989, beliau telah bekerjasama dengan beberapa artis dalam menjayakan sesebuah konsert. Antara konsert yang telah dijayakan oleh Ella ialah Konsert Kotaraya, Konsert Seni Dan Suara dan Konsert Rock Salem. Pada 1990, Ella telah menghasilkan album solo keduanya, Puteri Kota yang telah mengetengahkan dua Single popular iaitu Tiada Tangis Lagi dan Puteri Kota. Dua lagu yang menjadi Single daripada album tersebut telah dijadikan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan Ella menerusi filem pertama Ella, Bayangan Maut. Pada tahun yang sama, Ella juga telah menghasilkan album ketiganya iaitu Identiti . Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah adalah merupakan Single paling popular daripada album tersebut dan sekaligus telah melonjakkan nama Ella sebagai penyanyi wanita rock paling popular. Ella juga telah berjaya menyertai pertandingan Anugerah Juara Lagu 1991 dan berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan tersebut menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah. Ella bukan saja berjaya mencipta populariti di Malaysia, malah namanya juga telah berjaya menembusi industri muzik di Indonesia apabila album duet beliau bersama penyanyi terkenal Indonesia, Deddy dores telah berjaya terjual sebanyak 100000 unit di Indonesia. Mungkin keunikan yang ada pada suara dan bakat yang dimiliki Ella telah menarik perhatian peminat di Indonesia. Pada 1992, Ella telah berhijrah ke EMI Malaysia dan telah menghasilkan album keempatnya yang berjudul Ella 30110. album Ella 30110 adalah antara album Ella paling berjaya yang pernah dihasilkan kerana album tersebut telah berjaya mencipta sejarah sebagai album pertama yang mencapai jualan tertinggi dalam masa yang singkat. Hampir kesemua lagu dalam album tersebut telah berjaya menjadi Single popular. Album tersebut sedikit sebanyak telah memberikan impak yang besar terhadap karier Ella sepanjang bergelar anak seni. Sebagai penghargaan dan hadiah bagi peminatnya yang telah memberi sokongan terhadap albumnya itu, Ella telah mengadakan konsert solo pertamanya iaitu Konsert Ella 30110 di Stadium Negara. Konsert tersebut telah berjaya meninggalkan impak besar apabila berjaya menarik seramai 10000 peminat yang hadir bagi memberi sokongan terhadap Ella. Ia sekaligus meletakkan Ella sebagai penyanyi wanita terlaris pada tahun tersebut. Ella juga berjaya menggondol anugerah Artis Wanita Popular menerusi Anugerah bintang Popular 1993 berdasarkan kejayaan album tersebut.



[sunting] Zaman Kegemilangan Ella (1994-1995)

Tahun 1994 adalah tahun yang paling bermakna dalam karier Ella selepas hampir sedekad bergelar anak seni. Ia adalah merupakan kemuncak dalam kerjaya seni Ella apabila beliau telah berjaya merakamkan sebuah album Killer iaitu Ella USA. Album Ella USA adalah album yang dirakamkan penuh di Amerika Syarikat. Ia sekaligus telah menjadikan Ella sebagai penyanyi Malaysia pertama yang berjaya merakamkan album penuh di Amerika Syarikat. Pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapinya sepanjang menjalankan proses rakaman di Amerika Syarikat tetapi segala-galanya dapat diatasi dengan semangat dan jiwa kental penyanyi kecil molek ini. setelah sebulan Ella berada di sana, akhirnya beliau berjaya pulang ke tanah air dengan membawa hasil yang membanggakan. Album Ella USA telah berjaya menduduki tempat pertama dalam Carta RIM sebagai album paling laris di pasaran. Kesemua lagu daripada album Ella USA telah menjadi Single yang popular. Album tersebut berjaya mencapai jualan melebihi 350000 unit sekaligus menjadikan Ella sebagai penyanyi wanita paling laris penjualan albumnya. Kejayaan album yang dikecapi Ella juga telah menjadikan Ella sebagai penyanyi muda yang bersatus Jutawan dan juga merupakan penyanyi paling kaya bagi tahun 1994. Pada masa yang sama, Ella juga merupakan Duta kepada Badan Kebajikan Yayasan Kebajikan Negara dan beliau mengadakan Konsert Ella USA Jelajah Malaysia yang bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disalurkan ke Badan Kebajikan tersebut. Pada 1995, Ella telah mengadakan konsert iaitu Konsert Ella Ten Years yang bertujuan untuk menyambut ulangtahun yang ke - 10 Ella dalam bidang seni. Menerusi konsert tersebut, Ella telah berjaya menyanyi sebanyak 40 buah lagu tanpa henti atau Non-stop . ia adalah pencapaian yang sungguh hebat pernah dikecapi Ella.



[sunting] Populariti Mula Suram Dan Bangkit Semula (1996-1998)

Pada tahun 1996, Ella telah menghasilkan album kompilasi iaitu Demi yang mempunyai lagu-lagu daripada album terdahulu dan sebuah lagu baru, Demi. Populariti Ella mula suram apabila ketika itu ramainya kehadiran artis-artis baru seperti Nurul, Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Amy Mastura dan ramai lagi yang sedikit sebanyak telah menggugat populariti Ella. Namun, Ella terus memperjuangkan karier seninya dengan penuh teguh dan tabah dalam meneruskan minatnya yang begitu mendalam terhadap dunia muzik. Pada tahun yang sama, Ella juga telah mengadakan Konsert Demi Jelajah Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan album Demi. Pada tahun berikutnya, Ella telah menghasilkan album kompilasinya yang berjudul Kompilasi - Lagi Gempaq yang mempunyai sebuah lagu baru, Jalan Ke sisimu yang menjadi Single pada tahun itu. Tetapi populariti Ella tetap suram meskipun mempunyai single yang agak popular ketika itu. Pada 1998, populariti Ella mula menyinar kembali apabila beliau dipilih menjadi penyanyi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Lagu tema tersebut ialah Standing In The Eyes Of The World yang menjadi lagu popular dan juga lagu yang sentiasa diputarkan di radio sehingga kini apabila menjelang hari kemerdekaan di Malaysia. Ia sekaligus menjadikan Ella sebagai penyanyi Asia pertama yang menjadi penyanyi lagu tema tersebut.

[sunting] Zaman Kebangkitan Semula (1998-1999)

Populariti Ella mula menyinar kembali apabila beliau telah dipilih untuk menjadi penyanyi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang berjudul Standing In The Eyes Of The World kerana Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah ketika itu. Ella merupakan satu-satunya artis Malaysia yang dipih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema tersebut.

[sunting] Usahawan yang berjaya

Ella sebagai usahawan

Setelah berjaya mencipta nama di bidang seni, akhirnya beliau berjaya menceburi bidang perniagaan yang menjadi impiannya selama ini. Beliau telah berjaya membuka beberapa syarikat hasil usaha beliau sendiri. Antaranya ialah seperti Ella's Production, Ella Inc's Sdn Bhd. dan Syarikat Ombak Warna Sdn Bhd. Sehingga kini, beliau merupakan antara usahawan yang berjaya di Malaysia sekaligus menjadikan beliau antara artis usahawan paling berjaya. Sebelum ini, Ella telah menguruskan pelbagai perniagaan seperti mengimport dan mengeksport sesuatu barang yang telah diuruskan oleh syarikat miliknya sendiri. Secara terkini, beliau telah mengeluarkan sejenis produk kecantikan dan kesihatan yang menggunakan nama beliau sendiri iaitu ELLA. Produk tersebut telah mendapat sambutan hangat sekaligus telah membawa produk beliau hinggalah ke negara jiran seperti Singapura, Indonesia, dan juga Brunei.[perlu rujukan]

[sunting] Kontroversi

Ella pernah dituduh mengadakan aksi lucah bersama pasangannya di sebuah kapal mewah melalui video yang kini tersebar luas di Internet. Kakak Ella, Jojie yang juga merupakan pengurus beliau juga dituduh terbabit. Akan tetapi, Ella telah membuat laporan polis dan menyatakan bahawa beliau bukanlah orang yang melakukan aksi tidak senonoh di dalam video itu. Beliau juga menyatakan ada pihak lain yang cuba menyebarkan fitnah terhadapnya dengan tujuan menjatuhkan reputasi diva rock itu. Walau bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan polis.[perlu rujukan]

[sunting] Album

Ratu Rock Malaysia
Diskografi Diva Rock
Ella USA


SOLO & COMPILATIONS

* # Pengemis Cinta (1989)

  • 01 - Dunia Kehidupan
  • 02 - Pengemis Cinta
  • 03 - Permata Biru
  • 04 - Kau Yang Pertama
  • 05 - Misteri Seorang Kekasih
  • 06 - Semarak Cinta
  • 07 - Cinta Dusta
  • 08 - Suara Semalam
  • 09 - Balah Telagah Apa Sudahnya
  • 10 - Kemudian


* 1989: Sembilu (dipasarkan ke Indonesia)


* # Puteri Kota (1990)

  • 01 - Puteri Kota
  • 02 - Tiada Tangis Lagi
  • 03 - Aku Tetap Wanita
  • 04 - Sangkar Kerinduan
  • 05 - Dalam Kehidupan
  • 06 - Kembara Kita
  • 07 - Ku Penanti Setia
  • 08 - Pohon Cinta
  • 09 - Di Percintaan Itu
  • 10 - Cinta Mawar Putih


* # Identiti (1990)

  • 01 - Prinsip
  • 02 - Kasih
  • 03 - Di Perlumbaan Ini
  • 04 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 05 - Anak Patung
  • 06 - Terminal Cinta
  • 07 - Hati Dipadu
  • 08 - Cinta Selembut Sutera
  • 09 - Butiran
  • 10 - 21 Lilin


* # Koleksi Terbaik (1991)

  • 01 - Mendung Tak Bererti Hujan
  • 02 - Tak Akan
  • 03 - Tiada Tangis Lagi
  • 04 - Suara Semalam
  • 05 - Permata Biru
  • 06 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 07 - Kasih
  • 08 - Cinta Mawar Putih
  • 09 - Hati Dipadu
  • 10 - Semarak Cinta


* # 30110 (1992)

  • 01 - Kitalah Bintang
  • 02 - Sembilu
  • 03 - Layar Impian
  • 04 - Penjara Misteri
  • 05 - Bolero
  • 06 - Bendera Damai
  • 07 - 12 Purnama
  • 08 - Mat Kental
  • 09 - Justeru
  • 10 - Kabus & Sirna


* # Kesal (1992)

  • 01 - Kesal
  • 02 - Cinta Dusta
  • 03 - Puteri Kota
  • 04 - Di Percintaan Itu
  • 05 - Dunia Kehidupan
  • 06 - Terminal Cinta
  • 07 - Ku Penanti Setia
  • 08 - Sangkar Kerinduan
  • 09 - Di Perlumbaan Ini
  • 10 - Misteri Seorang Kekasih
  • 11 - Kembara Kita (with Ramli Sarip)
  • 12 - Cinta Selembut Sutera


* # Dua Insan Bercinta EP (1993)

  • 01 - Dua Insan Bercinta
  • 02 - Kitalah Bintang (Bintang KRU Mix)
  • 03 - Belenggu Keedal (Instrumental)
  • 04 - Layar Impian (Impian KRU Mix)
  • 05 - Dua Insan Bercinta (tanpa vokal)
  • 06 - Belenggu


* # Unggul (1993)

  • 01 - Kesal (Remix)
  • 02 - Mendung Tak Bererti Hujan (feat. Deddy Dores)
  • 03 - Kasih
  • 04 - Tiada Tangis Lagi
  • 05 - Pengemis Cinta
  • 06 - Kembara Kita (feat. Ramli Sarip)
  • 07 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 08 - Permata Biru
  • 09 - Terminal Cinta
  • 10 - Puteri Kota
  • 11 - Sangkar Kerinduan
  • 12 - Cinta Selembut Sutera
  • 13 - Semarak Cinta
  • 14 - Cinta Mawar Putih


* # 100% Remix (1993)

  • 01 - Permata Biru
  • 02 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 03 - Cinta Dusta
  • 04 - Kau Yang Pertama
  • 05 - Mendung Tak Bererti Hujan
  • 06 - Pengemis Cinta
  • 07 - Di Perlumbaan Ini
  • 08 - Kesal
  • 09 - Cinta Selembut Sutera
  • 10 - Puteri Kota


* # USA (1994)

  • 01 - P.P.P.
  • 02 - Menanti
  • 03 - Mungkin
  • 04 - Aku, Kau, Dia
  • 05 - Risau
  • 06 - Esok Lusa Selamanya
  • 07 - Ala Amerika
  • 08 - Penawar
  • 09 - Nuri
  • 10 - Itulah Saya
  • 11 - Rindu
  • 12 - Gemilang


* # 8494

  • 01 - Layar Impian
  • 02 - Gemilang
  • 03 - Kesal
  • 04 - Dua Insan Bercinta
  • 05 - Pengemis Cinta
  • 06 - Cinta Selembut Sutera
  • 07 - Nuri
  • 08 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 09 - Penawar
  • 10 - Kasih
  • 11 - Permata Biru
  • 12 - Sembilu


* # Demi (1996)

  • 01 - Demi
  • 02 - Layar Impian
  • 03 - Medley (Cinta Selembut Sutera, Aku Kau Dia & Esok Lusa Selamanya)
  • 04 - Kitalah Bintang
  • 05 - Ala Amerika
  • 06 - Sembilu
  • 07 - P.P.P.
  • 08 - Menanti
  • 09 - Bolero
  • 10 - Rindu
  • 11 - Gemilang


* # El (1998)

  • 01 - Bayangan (feat. Slash of Guns N' Roses)
  • 02 - Pedih
  • 03 - Free
  • 04 - Cekal
  • 05 - Cerah Kembali
  • 06 - Rindu Padamu
  • 07 - I.S.A. - Ikut Suka Aku
  • 08 - Cinta Pertama
  • 09 - Knowing You
  • 10 - Terpaku
  • 11 - World Without Your Love
  • 12 - Malam Ini

Bonus Tracks:

  • 13 - Bayang (feat. Slash of Guns N' Roses) [Kaos Mix]
  • 14 - Pedih (tanpa vokal)


* # El - Limited Edition (1999)

  • 01 - Bayangan (feat. Slash of Guns N' Roses)
  • 02 - Cekal
  • 03 - Cerah Kembali
  • 04 - Pedih
  • 05 - Terpaku
  • 06 - Malam Ini
  • 07 - Pedih (tanpa vokal)
  • 08 - Cekal (tanpa vokal)


* # Diva Metal (2000)

  • 01 - P.P.P.
  • 02 - Bolero
  • 03 - Justeru
  • 04 - Penawar
  • 05 - Bendera Damai
  • 06 - Layar Impian
  • 07 - Bayangan
  • 08 - Kitalah Bintang
  • 09 - Nuri
  • 10 - Penjara Misteri
  • 11 - Justeru (instrumental)
  • 12 - Penawar (instrumental)


* # Ilham Bicara (2001)

  • 01 - Ilham Bicara
  • 02 - Nan Berbeza
  • 03 - Tinggal Tanda Tanya
  • 04 - Kau Tak Tahu
  • 05 - Tak Kisah
  • 06 - Retak
  • 07 - Cendawan & Serangga
  • 08 - Dia Lelaki
  • 09 - Kerlipan
  • 10 - Nekad
  • 11 - Jauh Di Mata
  • 12 - Retak (acoustic version)

Bonus Tracks:

  • 13 - Tinggal Tanda Tanya (tanpa vokal)
  • 14 - Ilham Bicara (tanpa vokal)


* # Ilham Bicara - Platinum Edition (2002)

  • 01 - Ilham Bicara
  • 02 - Nan Berbeza
  • 03 - Tinggal Tanda Tanya
  • 04 - Kau Tak Tahu
  • 05 - Tak Kisah
  • 06 - Retak
  • 07 - Cendawan & Serangga
  • 08 - Dia Lelaki
  • 09 - Kerlipan
  • 10 - Nekad
  • 11 - Jauh Di Mata
  • 12 - Retak (acoustic version)
  • 13 - Pergilah Sayang (feat. Korie)
  • 14 - Nuri
  • 15 - P.P.P.
  • 16 - Lagenda 25


* # Puteri Rock (2002)

  • 01 - Pengemis Cinta
  • 02 - Kesal
  • 03 - Tiada Tangis Lagi
  • 04 - Permata Biru
  • 05 - Cinta Mawar Putih
  • 06 - Terminal Cinta
  • 07 - Cinta Selembut Sutera
  • 08 - Di Perlumbaan Ini
  • 09 - Cinta Dusta
  • 10 - Kembara Kita (feat. Ramli Sarip)
  • 11 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 12 - Puteri Kota
  • 13 - Hati Dipadu
  • 14 - Mendung Tak Bererti Hujan (feat. Deddy Dores)


* # Simbiosis (2003)

  • 01 - Simbiosis
  • 02 - Hanya Pada Kamu
  • 03 - Terima Kasih
  • 04 - Jauh
  • 05 - Ulek Mayang
  • 06 - Pesona
  • 07 - Lagenda 25
  • 08 - Sayup-Sayup
  • 09 - Luka Terbisa
  • 10 - Kabus
  • 11 - Ibu
  • 12 - Kau Saja Yang Tahu
  • 13 - Ulek Mayang (versi radio)
  • 14 - Standing In The Eyes Of The World


* # A Journey Beyond... The Very Best Of Ella (2005)

  • 01 - Sembilu
  • 02 - Gemilang
  • 03 - Baldu Biru (feat. Awie)
  • 04 - Pedih
  • 05 - Retak
  • 06 - Demi
  • 07 - Dua Insan Bercinta
  • 08 - Tinggal Tanda Tanya
  • 09 - Rindu
  • 10 - Cekal
  • 11 - Kabus Dan Sirna
  • 12 - Menanti
  • 13 - Pergilah Sayang (feat. Korie)
  • 14 - Layar Impian
  • 15 - Nuri
  • 16 - P.P.P.
  • 17 - Standing In The Eyes Of The World
  • 18 - Kitalah Bintang
  • 19 - Simbiosis
  • 20 - Free
  • 21 - Penawar
  • 22 - Bayangan
  • 23 - Malam Ini
  • 24 - Cinta Pertama
  • 25 - Cerah Kembali
  • 26 - Mungkin


* # Ratu Rock (2005)

  • 01 - Dunia Batinku (feat. Tam of Spider)
  • 02 - Pengemis Cinta (rakaman semula)
  • 03 - Kau Tiada Ganti (feat. Waheeda)
  • 04 - Perang Cinta (feat. Farah AF2)
  • 05 - Kasih (rakaman semula)
  • 06 - Tiada Tangis Lagi (rakaman semula)
  • 07 - Layar Impian
  • 08 - Tinggal Tanda Tanya
  • 09 - P.P.P.
  • 10 - Penawar
  • 11 - Simbiosis
  • 12 - Jalan Ke Sisimu
  • 13 - Pedih
  • 14 - Permata Biru 2005
  • 15 - Menanti
  • 16 - Demi
  • 17 - Ilham Bicara
  • 18 - I.S.A.
  • 19 - Gemilang
  • 20 - Nuri
  • 21 - Cekal
  • 22 - Sembilu
  • 23 - Bayangan
  • 24 - Ku Tahu Kau Rindu
  • 25 - Retak
  • 26 - Kitalah Bintang
  • 27 - Rindu
  • 28 - Sepi Sekuntum Mawar Merah II
  • 29 - Kesal (versi Keedal)
  • 30 - Dua Insan Bercinta


* # Rama-Rama (2007)

  • 01 - Rama-Rama
  • 02 - Dua Sejoli
  • 03 - Harum Ikhlas
  • 04 - Dekat Padamu
  • 05 - (Won't) Let U Down
  • 06 - J.T.M. (Jujur Ta'kan Melupakanmu)
  • 07 - Sekilas Cinta
  • 08 - Imagine
  • 09 - Percaya Diriku
  • 10 - Rama-Rama (versi radio)


* # Rama-Rama II - Gold Edition (2007)

  • 01 - Rama-Rama
  • 02 - Dua Sejoli
  • 03 - Harum Ikhlas
  • 04 - Dekat Padamu
  • 05 - (Won't) Let U Down
  • 06 - J.T.M. (Jujur Ta'kan Melupakanmu)
  • 07 - Sekilas Cinta
  • 08 - Imagine
  • 09 - Percaya Diriku
  • 10 - Rama-Rama (versi radio)
  • 11 - Belenggu Keedal (instrumental)
  • 12 - Kitalah Bintang (live)
  • 13 - Layar Impian (live)
  • 14 - Medley (Cinta Selembut Sutera, Aku Kau Dia & Esok Lusa Selamanya) [live]
  • 15 - Nuri
  • 16 - Gemilang (instrumental)
  • 17 - Sembilu (live)
  • 18 - Menanti (instrumental)
  • 19 - Itulah Saya (instrumental)
  • 20 - Gemilang (live)


* # Kasih (2007)

  • 01 - Kasih
  • 02 - Sembilu
  • 03 - Retak
  • 04 - Dua Insan Bercinta
  • 05 - Gemilang
  • 06 - Rindu
  • 07 - Jsuh Di Mata
  • 08 - Kabus Dan Sirna
  • 09 - Ku Tahu Kau Rindu
  • 10 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 11 - Baldu Biru (feat. Awie)
  • 12 - Demi
  • 13 - Tinggal Tanda Tanya
  • 14 - Dunia Batinku (feat. Tam of Spider)


* # Balada (2008)

  • 01 - Dua Insan Bercinta
  • 02 - Sembilu
  • 03 - Retak
  • 04 - Gemilang
  • 05 - Rindu
  • 06 - Kabus Dan Sirna
  • 07 - Jauh Di Mata
  • 08 - Pengemis Cinta
  • 09 - Ku Tahu Kau Rindu
  • 10 - Tiada Tangis Lagi
  • 11 - Baldu Biru (feat. Awie)
  • 12 - Demi
  • 13 - Tinggal Tanda Tanya
  • 14 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 15 - Kasih
  • 16 - Dunia Batinku (feat. Tam of Spider)


* # ELLA - Greatest Hits (2009)

  • 01 - Puisi Hamba (lagu baru)
  • 02 - Jiwa Setia (lagu baru)
  • 03 - Layar Impian
  • 04 - Rama-Rama
  • 05 - Permata Biru
  • 06 - Sembilu
  • 07 - Gemilang
  • 08 - Pengemis Cinta
  • 09 - Kesal
  • 10 - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  • 11 - Dua Insan Bercinta
  • 12 - Demi
  • 13 - Tiada Tangis Lagi
  • 14 - P.P.P.
  • 15 - Pergilah Sayang (feat. Korie)
  • 16 - Mendung Tak Bererti Hujan (feat. Deddy Dores)
  • 17 - Cinta Selembut Sutera
  • 18 - Standing In The Eyes Of The World
  • 19 - Kembara Kita (feat. Ramli Sarip)
  • 20 - Pedih
  • 21 - Kasih
  • 22 - Rindu
  • 23 - Terminal Cinta
  • 24 - Cerah Kembali
  • 25 - Jalan Ke Sisi Mu
  • 26 - Di Percintaan Itu
  • 27 - Menanti
  • 28 - Esok Lusa Selamanya
  • 29 - Dunia Batinku (feat. Tam of Spider)
  • 30 - Cinta Pertama
  • 31 - Baldu Biru (feat. Awie)
  • 32 - Mencari (lagu baru)


COLLABORATIONS

* # The Battle Of The Bands 1 (1985)

  • 01 - Cinta Berakhir (Ella & The Boys)
  • 02 - Debunga Wangi (Lefthanded)
  • 03 - Jumpa Sekali Lagi (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 04 - Orang Timur (SYJ)
  • 05 - Nostalgia Rindu (Bloodshed)
  • 06 - Hati Syaitan (SYJ)
  • 07 - Hidup Pemuzik (Bloodshed)
  • 08 - Lanun (Lefthanded)
  • 09 - Dua Insan Bercinta (Ella & The Boys)
  • 10 - Sengketa (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 11 - Hapuskan Lanun Cetak Rompak (Semua artis + The Boys)


* The Battle Of The Bands: Round 2 (1986)

  • 01 - Hanya Secebis Jawapan (Ella & The Boys)
  • 02 - Mata Sepet (SYJ)
  • 03 - Tuduhan (Lefthanded)
  • 04 - Debu Khayalan (Bloodshed)
  • 05 - Kejahilan (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 06 - Hapuskan Lanun Cetak Rompak (Semua artis + The Boys)
  • 07 - Hanya Dalam Mimpi (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 08 - Manusia Dan Janji (Bloodshed)
  • 09 - Kenangan Bersama (Bloodshed)
  • 10 - Teruskan (SYJ)
  • 11 - Ulat Bulu (Ella & The Boys)


  • 1986: Ella & The Boys 1
  • 1987: Ella & The Boys 2


* The Battle Of The Bands: Compilation (2006)

  • 01 - Cinta Berakhir (Ella & The Boys)
  • 02 - Debunga Wangi (Lefthanded)
  • 03 - Jumpa Sekali Lagi (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 04 - Orang Timur (SYJ)
  • 05 - Nostalgia Rindu (Bloodshed)
  • 06 - Hati Syaitan (SYJ)
  • 07 - Hidup Pemuzik (Bloodshed)
  • 08 - Lanun (Lefthanded)
  • 09 - Dua Insan Bercinta (Ella & The Boys)
  • 10 - Sengketa (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 11 - Mata Sepet (SYJ)
  • 12 - Tuduhan (Lefthanded)
  • 13 - Debu Khayalan (Bloodshed)
  • 14 - Kejahilan (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 15 - Hanya Dalam Mimpi (Rahim Maarof & Whitesteel)
  • 16 - Manusia Dan Janji (Bloodshed)
  • 17 - Kenangan Bersamamu (Lefthanded)
  • 18 - Teruskan (SYJ)
  • 19 - Ulat Bulu (Ella & The Boys)
  • 20 - Hapuskan Lanun Cetak Rompak (Semua artis + The Boys)


* # Urban Srike featuring Ella (2006)

  • 01. Urban Strike feat Ella - Simbiosis - Shazzy
  • 02. Urban Strike feat Ella - Kitalah Bintang - KRU
  • 03. Urban Strike feat Ella - Gemilang - Ruffedge
  • 04. Urban Strike feat Ella - Retak - Soul.ID
  • 05. Urban Strike feat Ella - Kasih - Phlowtron
  • 06. Urban Strike feat Ella - Sepi Sekuntum Mawar Merah - VE
  • 07. Urban Strike feat Ella - Layar Impian - Too Phat
  • 08. Urban Strike feat Ella - Permata Biru - Ruffedge
  • 09. Urban Strike feat Ella - Dua Insan Bercinta - Shazzy
  • 10. Urban Strike feat Ella - Standing In The Eyes Of The World

[sunting] Pencapaian

Diva Rock
  • Memenangi pertandingan Battle Of The Bands (BOTB) anjuran Radio Televisyen Malaysia.
  • Artis Malaysia pertama mengeluarkan album video iaitu 'Ella-Mood' (1991).
  • Pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal seperti L.A Gear, Levi's, dan Canon.
  • Artis Malaysia pertama paling laris penjualan albumnya iaitu album 'Ella USA' yang mencatat jualan sebanyak 350000 Unit.
  • Satu-satunya artis rock wanita yang bertahan sehingga kini.
  • Menjadi duta Muhibbah Persatuan Bulan Sabit Merah sebelum Siti Nurhaliza yang turut menjadi duta bagi persatuan ini.
  • Ella adalah antara artis rock yang terkenal dan dikenali oleh peminat di seluruh Asia sekaligus telah menjadikan dirinya sebagai artis rock tersohor Asia.
  • Ella pernah muncul di Stesen Televisyen terkenal di Amerika Syarikat iaitu 'Music Television (MTV)'. Ella juga merupakan satu-satunya artis Malaysia yang pernah ditemu bual oleh stesen televisyen tersebut selepas Datuk Sharifah Aini.
  • Artis Malaysia pertama merakamkan album penuh di Amerika Syarikat.
  • Dipilih sebagai 'Role Model' oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi mempromosikan pemikiran positif di kalangan belia dan muda-mudi.
  • Memenangi Anugerah Artis Wanita Popular 1993 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993).
  • Nama tercatat dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak' (1998).
  • Album 'Ella 30110' pernah mencatat sejarah sebagai album pertama mencatat jualan terbanyak dalam tempoh masa yang singkat.
  • Pernah menerima sijil MBR (Edisi Emas) sebagai penghargaan kepadanya yang telah mengekalkan rekodnya selama sepuluh tahun. Artis lain yang juga menerima sijil ini ialah seperti Datuk Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Raihan dan ramai lagi.
  • Satu-satunya artis Malaysia yang dipilih menyanyi lagu tema Sukan Komanwel iaitu 'Standing In The Eyes Of The World'.
  • Memegang watak utama dalam tiga buah filem iaitu Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992), dan Hanya Kawan (1997).
  • Artis pertama yang menerima anugerah platinum berkembar sebanyak lima kali.
  • Ella merupakan antara artis terkaya dan mampu mengekalkan status jutawannya hingga kini. Artis lain yang juga bergelar jutawan ialah seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Yusof Haslam, Anita Sarawak, Tan Sri Dato' SM Salim, Sheila Majid, Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, dan ramai lagi.
  • Ella pernah menjadi penyampai anugerah di Anugerah MTV Asia pada tahun 2003. Beliau juga pernah berduet dengan ahli kumpulan terkenal dari Barat iaitu The Blues.
  • Ella adalah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian. Selain beliau, artis lain yang juga merupakan artis yang menerima bayaran tertinggi ialah seperti Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura, Siti Nurhaliza dan ramai lagi.
  • Ella dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian ( PJK ) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Februari 2003 sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-57.
  • Ella dikurniakan Pingat Setia Mahkota Pahang ( SMP ) oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada 30 Mac 2010 sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

[sunting] Filem lakonan

Bayangan Maut
  • Bayangan Maut (1990)
  • Pemburu Bayang (1992)
  • Hanya Kawan (1997)

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain