Amplang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Amplang ialah sejenis makanan ringan berasaskan ikan. Ia pada kebiasaanya adalah berbentuk bulat dan berwarna putih. Amplang merupakan produk yang dikenali berasal dari Sabah terutamanya daerah Tawau dan Sandakan di Malaysia serta Samarinda di Indonesia.[1] Keropok ini diperbuat daripada ikan tenggiri yang dicampur tepung kanji, di samping bahan-bahan lain, dan kemudiannya digoreng.[2]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

Bahan Peratus (%)
Isi ikan 100
Tepung kanji 100
Garam 2
Gula 2
Natrium bikarbonat 2.5
MSG 0.3
Telur ayam

Pemprosesan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah langkah-langkah yang terlibat dalam pemprosesan amplang:

  1. Mengadun – Isi ikan diadun bersama tepung kanji serta ramuan lain bagi membentuk doh.
  2. Membentuk – Doh dibentuk menjadi ketulan silinder besar seberat 500 gram, kemudian dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk silinder sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil sebelum dipotong halus.
  3. Memasak – Amplang yang dipotong halus-halus digoreng di dalam minyak yang banyak selama lebih kurang 30 minit sehingga benar-benar ranggup. Amplang sentiasa di kacau semasa digoreng bagi mengelakkannya menjadi hangit.
  4. Mengetos – Sesudah digoreng, amplang ditoskan bagi membuang sisa-sisa minyak.
  5. Pembungkusan dan penyimpanan – Amplang yang sudah siap, dibungkus dalam plastik kedap udara kemudian disimpan pada suhu bilik serta jauhkan daripada pancaran cahaya matahari dan selamat daripada serangan serangga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Amplang". Produk Perikanan. Jabatan Perikanan Malaysia. Diperolehi pada 12 Mac 2013. 
  2. "Amplang". Eating Out. Lembaga Pelancongan Sabah. Diperolehi pada 12 Mac 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]