Nasi ambeng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasi Ambeng
Nasi Ambeng di Malaysia.
Nama alternatifNasi Ambang
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauJohor, Selangor
Bahan utamaNasi, tempe goreng, bergedel, rempeyek, rendang, sambal goreng, telur rebus, dan urap
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi ambeng atau nasi ambang adalah hidangan nasi putih yang terdiri daripada - tetapi tidak terhad kepada[1] - nasi putih kukus, Kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang[2], urap, bergedel, dan serunding.

Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakatMelayu[3] di negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia.

Nasi ambeng sering dihidangkan dengan gaya beramai-ramai dengan disaji di dalam dulang[4] untuk dikongsi di antara empat hingga lima orang; terutamanya semasa majlis perayaan dan/atau hari istimewa seperti kenduri[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Communal Dish". The Star Online, Malaysia. Dicapai pada 2018-05-03.
  2. ^ Shameer, Shana. "Sambal Goreng Tahu Tempe (Bean Curd, Tempe and Long Beans)". Dicapai pada 2018-05-03.
  3. ^ Dil, Munsyi. "Nasi Ambeng". Dicapai pada 2018-05-03.
  4. ^ Goh, Kenneth. "Yummy platter". The Straits Times, Singapore. Dicapai pada 2018-05-03.
  5. ^ Hirdan, Kusyi. "Simbolik daripada nasi ambeng". Harian Metro, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2016. Dicapai pada 2018-05-03.