Keropok lekor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lekor)
Keropok lekor
Nama alternatifLekor
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMakanan ringan
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantau Terengganu[1]
Dicipta olehOrang Melayu Terengganu
Bahan utamaIkan dan tepung sagu
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keropok lekor (Jawi: كروڤوق ليكور; Sebutan bahasa Melayu: [kəropoʔ lekor]) atau keropok batang (Jawi: كروڤوق باتڠ) merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu.[2][3] Perkataan "lekor" bermaksud "lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau ikan.[4]

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili yang pedas, mayones dan keju. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.

Pengawetan[sunting | sunting sumber]

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku bagi mengelakkan baunya mencemari makanan lain.[5] Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.[5]

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Jenis lain[sunting | sunting sumber]

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keropok Lekor". JKKN. 2016. Dicapai pada 8 December 2017.
  2. ^ "Keropok Lekor". Tourism Terengganu. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2014. Dicapai pada 20 August 2013.
  3. ^ "Lekor". dof.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
  4. ^ "Keropok Anyone". Malaysia Footsteps. 2009-06-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-22. Dicapai pada 22 May 2014.
  5. ^ a b Nasiha Gaberan (8 September 2020). "Tips Simpan Keropok Lekor Agar Tahan Lama, Rasa Masih Sedap Walau Selepas Berbulan-Bulan". dailymakan.com. Dicapai pada 30 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]