Apam balik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Apam balik sedap dihidangkan panas-panas.
Apam balik kecil berkulit nipis dan garing.

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Indonesia, Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas.

Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-

  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Apam balik komersil[sunting | sunting sumber]

Apam balik yang dijual secara komersil menggunakan dapur khas bagi memasak apam balik. Dapur tersebut biasanya menggunakan gas dan mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak.

Dapur yang digunakan bagi memasak apam balik secara komersil.