Bak Kut Teh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bak kut teh

Bak kut teh zz.jpg

Cina Tradisional:

肉骨茶

Maksud harfiah: Teh rusuk daging

Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. Pada masa kini terdapat karung Teh Bak Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan. Ini memudahkan penyediaan Bak Kut Teh. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari.

Bak Kut Teh biasanya menggunakan daging babi sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu dan Ayam. Bak Kut Teh berasal dari Kluang, Malaya dan ia kini ia popular disajikan di sekitar rantau Asia tenggara seperti Singapura, Thailand dan Kepulauan Riau.

Asal Usul[sunting | sunting sumber]

Bak-kut-teh telah diperkenalkan kepada Malaya pada kurun ke-19 oleh perkerja dan kuli cina yang berketurunan Hokkien.[1] Hidangan ini dilaporkan sebagai diet tambahan tidak seberapa kepada kuli pelabuhan dan sebagai tonik untuk meningkatkan kesihatan mereka. Orang Teochew datang kemudiannya dan perbezaan utama antara Bak Kut Teh hokkien dan Bak Kut Teh Teochew adalah yang Hokkien mengunakan kicap pekat yang menyebabkan permukaan sup menjadi lebih gelap. Perkataan Cina 肉 yang bermaksud daging atau secara khususnya babi, sekarangnya disebut "Ba" dalam loghat Min-nan dan loghat Teochew di selatan China. Walaubagaimanapun, 肉 di dalam 肉骨茶 masih mengekalkan sebutan lama "Bak" yang digunakan di selatan wilayah Fujian dan di timur wilayah Guangdong sebelum kurun ke-19.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Yoshino, Kosaku (2010). "Malaysian Cuisine: A Case of Neglected Culinary Globalization". Globalization, Food and Social Identities in the Asia Pacific Region (Tokyo: Sophia University Institute of Comparative Culture): 4. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.