Ab Rashid Ab Rahman
| Yang Berbahagia Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman |
|
![]() Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman |
|
|
Pengerusi SPR Malaysia
|
|
| Tempoh berjawat 17 November 2000 – 30 Disember 2008 |
|
| Digantikan oleh | Abdul Aziz Mohd Yusof |
|---|---|
|
|
|
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid Ab. Rahman ialah seorang kakitangan awam warganegara Malaysia berketurunan Melayu yang pernah memegang jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sejak 17 November 2000 hingga 30 Disember 2008.
Isi kandungan |
[sunting] Kerjaya
Beliau menyertai perkhidmatan kerajaan sejak 1967 dan dijangka bersara pada 31 Disember 2007.
Antara jawatan beliau ialah :
- 1968 - 69 : Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- 1972 - 75 : Ketua Penolong Setiausaha, Jabatan Imigresen
- 1975 - 76 : Setiausaha, Majlis Perbandaran Melaka
- 1977 - 79 : Timbalan Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan
- 1979 - 95 : Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
- 1995 - 97 : Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Beliau turut pernah menjadi penasihat kepada Urus Setia Komanwel berkaitan dengan hal-hal pilihan raya.
[sunting] Pengalaman
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid Ab. Rahman telah terlibat dalam 6 pilihan raya umum di Malaysia.
[sunting] Reaksi terhadap memorandum Mafrel
Malaysians For Free and Fair Elections (MAFREL) yang dipengerusikan oleh Abdul Malek Hussin telah menghantar laporan akhir berhubung perjalanan tiga pilihan raya kecil tahun 2007 iaitu di Batu Talam (28 Januari 2007), Machap (12 April 2007) dan Ijok (28 April 2007).
Sepanjang beliau menjadi pengerusi SPR Malaysia, tidak pernah seorang, mengemukakan bukti berlakunya penipuan yang yang dirancang oleh SPR. Ini termasuklah pengundi hantu, undi pos di kem tentera dan balai polis dan lain-lain.
