Bandar Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Tenggara
Bandar Tenggara is located in Bumi
Bandar Tenggara
Bandar Tenggara (Bumi)
Koordinat: 1°52′N 103°37′E / 1.867°N 103.617°E / 1.867; 103.617
Negara Malaysia
Negeri Johor
DaerahKota Tinggi

Bandar Tenggara adalah sebuah penempatan di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Mula diwujudkan sekitar tahun 1972. Pada awalnya kawasan Bandar Tenggara merupakan separuh daripada kawasan Daerah Kulai, kemudian diambil alih sepenuhnya oleh Daerah Kota Tinggi. Dari asal sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah, Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 51 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Populasi[sunting | sunting sumber]

Bandar Tenggara kini menampung penduduk seramai hampir 15,278 orang dengan jumlah rumah 3,021 buah rumah dan hampir 200 buah premis perniagaan. Kawasan penempatan penduduk telah dibahagikan kepada 17 zon kecil di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT). Jumlah penduduk juga semakin bertambah hasil daripada penambahan kawasan perumahan baru di sekitar Bandar Tenggara dan ini menjadikan komuniti Bandar Tenggara semakin berkembang pesat seiring dengan perkembangan pada masa kini.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai kemudahan lengkap telah disediakan seperti Masjid Al-Husna Bandar Tenggara, surau, dewan serbaguna, balai raya, taman permainan, perpustakaan awam dan sebagainya. Balai Polis juga terdapat di sini bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan penduduk Bandar Tenggara dan di kawasan sekitarnya.

Pembangunan masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Terletak di kawasan yang dikategorikan sebagai tempat yang komersil dari segi ekonomi dan pembangunan, kawasan Bandar Tenggara rancak dalam pembangunan dan dari sektor pendidikan banyak diberi keutamaan bagi memastikan setiap anak-anak di kawasan Bandar Tenggara memperolehi pendidikan yang mencukupi.

Perindustrian[sunting | sunting sumber]

Dalam bahagian perindustrian, dengan kedudukan strategik yang menghubungkan antara daerah Kluang, Kulai dan Kota Tinggi, perindustrian kian pesat membangun dan memberi impak positif kepada penduduk dari segi ekonomi. Penduduk tidak perlu mencari peluang pekerjaan di kawasan lain, ini kerana Bandar Tenggara telah banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutamanya dalam sektor perkilangan serta industri kecil dan sederhana yang memberi peluang kepada usahawan bumiputera memasarkan produk dengan lebih meluas lagi. Dengan itu, Bandar Tenggara dapat dilihat mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk terus membangun dan berkembang pada masa akan datang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]