Buloh Kasap
Buloh Kasap ialah sebuah pekan di Johor, Malaysia.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Nama Buloh Kasap diambil sempena sejenis buluh yang banyak terdapat di sini sewaktu mula-mula dibuka. Buluh kasap diambil daripada perkataan Melayu yang bermaksud 'Buluh Kasar'.
Jambatan Bersejarah Buloh Kasap [sunting]
Jambatan Buloh Kasap telah dibina oleh kerajaan British semasa pembinaan Jalan Persekutuan. Walaubagaimanapun, Tentera British pada ketika itu terpaksa meletupkan sebahagian jambatan semasa Perang Dunia II bagi menyekat tentera Jepun dari terus mara ke Singapura. Selepas Perang tamat, jambatan baru telah dibina bersebelahan jambatan bersejarah ini. Kesan pengeboman jambatan tersebut masih boleh dilihat hingga ke hari ini.
Penduduk terkenal [sunting]
Datin Seri Normala Shamsuddin, bekas pengacara TV3 telah dibesarkan di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat. Selain itu, beliau juga adalah bekas pelajar Sekolah Tinggi Segamat.
Taman perumahan [sunting]
- Kampung Teluk Kelubi
- Taman Yayasan
- Kampung Sermin
- Kampung Sepinang
- Kampung Kawah
- Kampung Jabi
- Kampung Bumbun
- Kampung Bukit Lintang
- Taman Pawana
- Taman Jabi
Pekan berdekatan [sunting]
Koordinat: 2°33′U 102°46′T / 2.55°U 102.767°T