Chaah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Chaah adalah pekan paling selatan dalam daerah Segamat, Johor. Majoriti penduduk di sini ialah kaum Cina selebihnya adalah Melayu dan India. Bidang pertanian merupakan bidang utama di sini selain berniaga secara kecil-kecilan dan sebagainya.

Lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Chaah, terdapat sebuah kampung dikenali sebagai Desa Temu Jodoh. Kampung ini mendapat namanya seawal tahun 1970-an apabila bilangan pasangan yang bertemu jodoh dan berkahwin di sini merupakan bilangan terbesar pada masa itu dan bukan hanya di kampung ini tetapi juga di Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]