Bukit Gambir, Johor
Koordinat: 2°13′U 102°40′T / 2.217°U 102.667°T Bukit Gambir (N2°12.723' E102°39.194') (Poskod 84800) merupakan bandar kecil di daerah Ledang, Johor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Tangkak.
Ia terletak 25 kilometer dari Bandar Maharani, Muar. Dari Bukit Gambir ke pekan Grisek sejauh 5 kilometer boleh terus ke Kundang Ulu di tebing Sungai Muar. Sebelum ke pekan Grisek, terdapat laluan ke Panchor untuk ke tol Pagoh, PLUS.
Di era tahun 60an hingga 70an, pekan Bukit Gambir dikenali sebagai pekan koboi kerana struktur kedainya yang seakan-akan penempatan Cow-boy.
Kini Bukit Gambir telah dinaiktaraf menjadi Bandar Baru Bukit Gambir. Kemudahan perbankan disediakan oleh CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional. Kemudahan untuk petrol disediakan oleh Petronas dan Shell.
Terdapat dua sekolah rendah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chian Kuo dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Gambir. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir terletak lebih kurang 1 km menghala ke pekan Grisek dan Kundang Ulu.
Bukit Gambir dikelilingi beberapa buah kampung seperti berikut:-
1. Kampung Sungai Ekor. Sek. Men. Keb. Bukit Gambir berhampiran dengan kampung ini.
12. Sawah Ring
Pejabat Agensi AntiDadah Kebangsaan telah dibina di Kilometer 26 menghala ke Sengkang.