Sri Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sri Gading atau Seri Gading merupakan sebuah bandar dan kawasan parlimen yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Dalam peta, terletak pada koordinat 1° 49' 0 Utara , 103° 1' 0 Timur. Antara bandar berdekatan ialah Batu Pahat, Parit Raja, Parit Yaani, Ayer Hitam dan Yong Peng, Kampung Parit Jelutong, Taman Chempaka Bandar dan Taman Bukit Pasir.[1] Kampung Seri Gading terletak di Jalan Parit Yaani- Seri Bengkal.

Gading ialah senjata seekor gajah, berwarna putih dan dipotong untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Semakin panjang gading gajah, semakin tua dan bernilai harga gading tersebut. Kawasan ini dibuka pada lewat 1970-an. Rupa bumi kawasan ini agak rendah. Pada 4 Januari 2007, beberapa kampung pedalaman dilanda banjir semasa musim tengkujuh. Sejak 2005, bekalan air yang disalurkan dari Empangan Semberong menghadapi beberapa kali gangguan bekalan.

[sunting] Wakil rakyat

Parlimen P.149 Sri Gading terbahagi kepada dua DUN iaitu N21 Parit Yaani dan N22 Parit Raja. Datuk Mohamad Aziz yang mewakili Barisan Nasional / UMNO di parlimen ini merupakan seorang yang lantang.

[sunting] Ekonomi

Terdapat beberapa kilang makanan yang terkenal di Malaysia terletak di sini seperti Munchy's, Hup Seng dan Hwa Tai. Lain-lain industri ialah Miaow Miaow Food Products Sdn Bhd, New Star Food Industries Sdn Bhd, PCCS, LY Furniture & Ramatex, Fujitsu, Sharp Roxy & J.R. Courtenay.

Kawasan pertaniannya ditanam dengan kelapa sawit. Contohnya Ladang Sri Gading.

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain