Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia
PemimpinManuel Lopez
(Presiden Penaja)
DitubuhkanJulai 2005
Ibu pejabatKuala Lumpur


Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia (MINDRAF) atau Malaysian Indian Democratic Action Front adalah parti politik yang ditubuhkan pada Julai 2005 oleh Manuel Lopez, seorang bekas wartawan akhbar tempatan yang pernah berkhidmat selama 41 tahun dalam bidang kewartawanan khususnya dengan akhbar Malay Mail sebelum bersara pada 2005. Ia ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan, menjaga kepentingan dan kebajikan kaum minoriti India di Malaysia selepas gerakan perjuangan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) diharamkan. MINDRAF mendakwa tidak mempunyai niat untuk merebut kerusi di Parlimen atau mendapat jawatan Senator sebaliknya hanya mahu berjuang untuk kesejahteraan kaum India serta pembebasan empat anggota pertubuhan HINDRAF yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). [1]

MINDRAF telah diasaskan penubuhannya pada Julai 2005 dan borang pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dihantar sebelum akhir bulan itu untuk membolehkannya menjadi sebuah parti yang sah.[2] Namun parti MINDRAF telah tidak aktif selepas empat anggota pertubuhan HINDRAF yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dan P. Uthayakumar telah menubuhkan dan mendaftarkan sebuah parti politik baru Parti Hak Asasi Manusia (HRF) pada 19 July 2009.[3] [4][5]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ வருகிறது, மிண்ட்ராப்!, செய்தி , 24 April 2009, மலேசியாஇன்று (Malaysiakini, Tamil Text)
  2. ^ Bekas wartawan tubuh parti baru Mindraf, 24 April 2009, Utusan Malaysia
  3. ^ ANNOUNCEMENT OF HUMAN RIGHTS PARTY (HRP), MALAYSIA.
  4. ^ "Hindraf's Uthayakumar launches new political party, by WANI MUTHIAH, Sunday July 19, 2009, The Star". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-23. Dicapai pada 2021-09-23.
  5. ^ Bekas pemimpin Hindraf tubuh parti Hak Asasi Manusia, by Hariz, Monday, 20 July 2009, Malaysia Today