Beto Kusyairy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Beto kusyairy)
Lompat ke: pandu arah, cari
Beto Kusyairy
Kelahiran Nurkusyairy Zakuan bin Osman
19 Februari 1980 (34 tahun)
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2003 – aktif
Pasangan Tisha Shahar

Beto Kusyairy (lahir Februari 19, 1980) ialah pelakon Malaysia berbakat yang mula dikenali sejak drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby, Geng Surau, Uri ini sebenarnya telah lama berkecimpung dalam industri seni. Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton. Memiliki kelulusan Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi MARA.

Asal Usul Nama Beto Kusyairy[sunting | sunting sumber]

“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan. "(Petikan daripada Berita Harian)"

Permulaan sebagai anak seni[sunting | sunting sumber]

Drama Arahan Erma Fatima menjadi titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2007 Syaitan Tayangan Unggul
2008 KAMI The Movie Red Films, Grand Brilliance
2011 Sini Ada Hantu Astro Shaw
Nur Kasih The Movie Ustaz Wahid Grand Brilliance, Filmscape
Jalan Pintas RAT (Rumah Anak Teater) Production, Hyper Pictures
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Grand Brilliance
Chow Kit Mojo Grand Brilliance
Jiwa Taiko Agos Nuansa Production
Istanbul Aku Datang[1][2][3] Harris Grand Brilliance, Red Films
TBA Balun[4]

Filem pendek[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
Hujan Panas
Sangkar

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2012 Runtuhnya Sebuah Dosa Daniel
2011 Pencari Jalan Lurus Mustaqim TV Al Hijrah
2012 Bila Cinta Berzikir
2011 Takbur Seorang Isteri Zukri TV9
2011 Sesungguhnya Anuar
2011 Lari Sayang Lari
2011 Kashaf Imani Kashaf Radius One
2011 Uri Rahmat Current Pictures
Misteri Gua Musang
2010 Manggah Runggah RTM, "Kenyalang Dreamworks Sdn. Bhd "
Bila Merpati Terbang Malam
2009 6 Sharifah
2011 Rel Waktu TV2
Mencari Nurkhadijah
Ibu Mak Mama Mummy Ummi
Pasukan Gerak Cepat
2008 Tersasar di Jalanmu TV1
2012 Selagi Masih Ada Harith Astro Citra
2012 Janji Jujur Sepi Danny TV9[5][6]
2012 Aku Mahu Terbang Abang angkat Rezki Neon Entertainment TV3
2012 Aku, Dia Dan Tong Sampah Amir Haikal TV9, "(Playground Productions)"
2012 Jujur Aku Dayus Edree TV3
2012 Selagi Cinta Berzikir Fazli TV1 "(Rumah Karya Citra)"
2013 Aku Bukan Malaikat TV3
2013 Arman TV3
2013 Bayangan Gurauan TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Lima
  • Kekasihku Seru Filmscape, TV3, 2008
  • Bilik No 13 Season 2
  • Pusaka
  • Warkah Terakhir: Rosli Dhoby
  • 10: Mokhtar Dahari
  • Lembing & Layang: Senoi Praaq
  • Apa Dosaku: Sybil Kathigasu
  • Dendam Kesuma: Tun Fatimah
  • K.I.T.A sebagai ; Cube Film, Astro Ria, 2010
  • Putra Pura
  • Geng Surau sebagai Razif aka Mayat; Pena Creative, Astro Oasis, 2011
  • Juvana sebagai Ariffin; Filmscape, 2011, TV3
  • Cita & Cinta sebagai Fiq; Radius One, 2011, TV9[7][8]
  • Wasiat sebagai Sofiyan Abdullah; Filmscape, 2011, Astro Prima[9]
  • Pelangi Kasih sebagai Zafrul; Global Station, 2012, TV3[10]
  • Jangan Ambil Padang Kami sebagai Zain ; Suhan Movie Trading, 2012, Astro Ria
  • Sirrun sebagai Zaid; Pena Creative Pictures2012 TV9[11]

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Pementasan Projek KOKEN: TANDA (Rumah Anak Teater)

Kerja stunt[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
Artis Lelaki Paling Popular Online Dicalonkan
2012 Anugerah Skrin Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(Chow Kit)"[12] Dicalonkan
Anugerah P. Ramlee Pelakon Lelaki Terbaik "(Selagi Cinta Berzikir)" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Gandingan di Layar Serasi "(dengan Siti Saleha)" Dicalonkan
Gandingan di Layar Serasi "(dengan Lisa Surihani)" Dicalonkan
Artis Lelaki Stailo Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]