Pengangkutan rel di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengangkutan rel di Malaysia ialah satu daripada aspek utama bagi rangkaian pengangkutan Malaysia.

Pengangkutan rel bermula pada tahun 1885 dengan pembukaan aliran keretapi yang pertama di antara Taiping dengan Port Weld (sekarang Kuala Sepetang).[1] Kini, pengangkutan rel ini yang terdiri daripada rel berat (termasuklah rel kelajuan tinggi), transit aliran ringan (LRT), monorail dan aliran landasan funicular. Rel berat yang sebanyaknya digunakan untuk pengangkutan penumpang antarabandar dan muatan dan pengangkutan awam, manakala LRT digunakan untuk pengangkutan dalam bandar dan penggunaan khas seperti pengangkutan di antara bangunan lapangan terbang. Terdapat aliran landasan kelajuan tinggi dengan dua perkhidmatan tren kelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Satu aliran monorail juga digunakan untuk pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala aliran landasan funicular adalah di Penang.Landasan monorail yang baru dibuka di Bandaraya Melaka sejauh 1.6km. Walau bagaimanapun monorail ini untuk para pelancong yang ingin menyusuri Sungai Melaka. Landasan ini akan dipanjangkan menjadi 3km pada masa depan.

Rangkaian landasan keretapi meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Terengganu. Bagi Negeri Melaka landasan keretapi memasuki sepanjang 32 kilometer di bahagian utara negeri ini dalam daerah Alor Gajah dan Jasin. Antara stesen yang terdapat dalam Negeri Melaka ialah Batang Melaka, Tebong dan Pulau Sebang/Tampin. Ada perancangan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk memanjangkan lagi landasan keretapi dari Pulau Sebang/Tampin hingga ke Bandaraya Melaka sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bekas landasan keretapi yang telah dibongkar ketika pendudukan Jepun. Di Malaysia Timur, Sabah mempunyai landasan keretapi yang dimiliki dan dioperasikan oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah manakala Sarawak tidak mempunyai perkhidmatan keretapi. Singapura, walaupun bukan sebahagian dari Malaysia, turut diliputi oleh rangkaian landasan keretapi Malaysia. Rangkaian ini juga disambung kepada rangkaian landasan keretapi Thai, 1,000 mm (3 kaki 3⅜ in), di utara Semenanjung Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 1885, aliran landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu yang menyambung Taiping dengan Port Weld sepanjang 8¼ batu dibuka secara rasmi oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak pada ketika itu. Kerja-kerja pembinaan aliran ini dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh kos pembinaan bernilai £7000 yang ditanggungkan oleh Kerajaan negeri Perak. Tujuan utama aliran itu adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Aliran keretapi itu juga telah menyenangkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat-tempat pekerjaan. Pembinaan landasan ini menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai stesen keretapi yang pertama di negara ini.[1][2] Setahun kemudian, sebuah landasan keretapi berhubung dengan Kuala Lumpur dengan Klang dibuka dan terus ke Port Swettenham (sekarang Port Klang).Pada tahun 1905 landasan keretapi dari utara ke selatan telah siap dibina yang menghubungkan stesen Butterworth ke Melaka. Pada tahun 1910 rangkaian keretapi dari Utara hingga ke Johor Bahru siap dibina. Landasan ke Melaka telah menjadi landasan cawangan antara Pulau Sebang/Tampin ke Melaka. Walau bagaimanapun landasan ini telah dibongkar Jepun pada tahun 1942.

Rujukan[sunting | sunting sumber]