Perhimpunan Bersih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ribuan orang berhimpun dan berarak di sekitar Kuala Lumpur.
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Brunei (Kurun-15–sekarang)
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.[perlu rujukan]

Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.

Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.

BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.

Tuntutan Bersih[sunting | sunting sumber]

Dalam Memarandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Sebab permit tidak diluluskan[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuning dengan lambang Bersih kerana perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai. Larangan mengenai lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. [1] Adalah tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Oleh itu, pihak polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis ialah:

  1. Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu. Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang dipergunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986 [2][3]). Begitu juga dengan perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa akibat letupan bom.
  2. Melalui pengalaman lalu di Malaysia, perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan 'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.
  3. Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia. Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan aman.[perlu rujukan]

Pendirian Suhakam[sunting | sunting sumber]

Suhakam ialah badan rujukan tentang hak asasi manusia di Malaysia. Datuk Sri Siva Subramaniam menyatakan bahawa tindakan-tindakan polis yang menyekat pelbagai laluan ke Dataran Merdeka, melepaskan tembakan air dan menangkap 245 lebih orang peserta tidak akan menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Polis berhak menentukan tahap keselamatan dan membuat keputusan yang sesuai demi kebaikan orang ramai dan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Rentetan Peristiwa[sunting | sunting sumber]

  • Pada 17 November 2007, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyatakan sebagai tidak manis dan satu fitnah jika Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara memperkenankan perhimpunan haram itu. Tidak elok nama Yang di-Pertuan Agong dibabitkan. Orang Islam tidak boleh menfitnah antara satu sama lain. Baginda yakin Tuanku mizan tidak terbabit sama sekali dengan perhimpunan berkenaan.[9]

Liputan Al Jazeera[sunting | sunting sumber]

Al Jazeera, sebuah agensi berita Timur Tengah yang mempunyai pusat penyiaran rantau Asia Pasifik di Kuala Lumpur, turut membuat liputan mengenai peristiwa Perhimpunan Bersih. Mereka melaporkan bahawa pihak pengaman bertindak ganas dengan menyembur bahan kimia pemedih mata sehingga mencederakan ramai orang.[10][11] Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, ketika diwawancara oleh Al Jazeera, menyindir mereka pula dan menyifatkan bahawa mereka sengaja membesar-besarkan cerita.[12]

Tangkapan[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim . Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.[13] Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.[14]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jangan pakai baju kuning lambang Bersih: Polis, 2011/07/17 - 12:23:36 PM
  2. ‘Ibu Lily’ menyokong pertandingan jawatan senator Aquino
  3. Desarapen: Lasang Pinoy 1: Konfeti Kuning Pancit Molo
  4. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=295633
  5. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=295471
  6. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=295471
  7. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=295633
  8. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm Utusan Malaysia Online: Baginda tidak perkenan
  9. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
  10. http://english.aljazeera.net/NR/exeres/8370EBC1-682F-4B2B-BBB0-AE833B7F6FD3.htm
  11. http://www.youtube.com/watch?v=4Q6558tY58E
  12. http://www.youtube.com/watch?v=jfpYZ4IGenY
  13. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm
  14. http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/penyokong-pas-berkumpul-di-rumah-mohamad-sabu.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Al Jazeera[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]