Parti Progresif Penduduk
| Parti Progresif Penduduk People's Progressive Party |
|
|---|---|
| Ketua | M. Kayveas |
| Setiausaha-Agung | Mohan Kandasamy |
| Diasaskan | 10 April 1953 |
| Ibu pejabat | Ibu Pejabat, Wisma PPP, Aras 3, No. 74, Jalan Rotan, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur |
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Parti Progresif Penduduk (bahasa Inggeris: People's Progressive Party) merupakan sebuah parti politik di Malaysia.
Parti ini merupakan satu daripada anggota parti campuran iaitu Barisan Nasional dan parti yang berbilang kaum.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
PPP ditubuhkan pada tahun 1953 oleh adik-beradik Seenivasagam, khususnya sebagai parti penentang Parti Perikatan; presiden pertamanya D.R. Seenivasagam. Parti ini amat popular sebaik sahaja penubuhannya, terutamanya disebabkan kepopularan adik-beradik ini yang bersuara tentang keadilan dan kesamaan, serta untuk orang-orang biasa.
Buat satu tempoh yang singkat semasa kemerdekaan pada tahun 1957, PPP menyertai Parti Perikatan (yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional) yang memerintah, tetapi kemudian menarik diri untuk menjadi parti penentang semula lagi. Pada tahun 1969, PPP hampir berjaya membentuk Kerajaan Negeri Perak ketika ia mendapat hanya kurang dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Kejayaan PPP disebabkan sebahagian besar oleh undi Cina, walaupun banyak daripada pemimpin utama parti ini adalah orang India.
Pada tahun 1973, PPP menjadi salah satu ahli pengasas Barisan Nasional apabila ia dibawa masuk ke dalam parti campuran untuk mengekalkan undi orang India dan orang Cina, khususnya selepas rusuhan kaum 1969. Bagaimanapun, penyertaannya dalam parti campuran ini mengakibatkan kemusnahannya ketika PPP kalah hampir semua kerusi yang ditandingnya di bawah tiket Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1974. Ini diakibatkan oleh sikap anti pihak berkuasa yang diamalkan pada masa itu.
Di bawah pimpinan M. Kayveas pada hari ini, keahlian PPP mencapai 300,000 dengan rangkaian sebanyak 3,000 cawangan di seluruh negara. Semua ahli berdaftar membawa kad keahlian yang ditandatangani oleh presidennya. Kad presiden ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya. Pada tahun 2006, 48% daripada keahlian PPP adalah orang India, 32% orang Cina, 13% orang Melayu, dengan baki terdiri daripada kaum-kaum etnik yang lain. [1]
Pada November 2006, M. Kayveas mencadangkan sebuah gabungan antara PPP dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang merupakan lagi sebuah parti komponen Barisan Nasional. Koh Tsu Koon, Naib Presiden Gerakan, mengalu-alukan cadangan tersebut. [1]
Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 menunjukkan parti PPP ditumbangkan tanpa sebarang kerusi yang dimenangi.
Presiden [sunting]
| Nama | Tempoh perkhidmatan |
|---|---|
| D.R. Seenivasagam | 1953 - 1969 |
| Dato' Seri S P Seenivasagam | 1969 - 1975 |
| Khong Kok Yet | 1975 - 1978 |
| S I Rajah | 1978 - 1982 |
| Dato' Paramjit Singh | 1982 - 1985 |
| Tee Ah Chuan | 1985 - 1986 |
| Dato' Paramjit Singh | 1986 - 1988 (penggal kedua) |
| Dato' Mak Hon Kam | 1988 |
| S I Rajah {Pemangku} | 1988 - 1993 |
| M. Kayveas | 1993 - kini |
Lihat juga [sunting]
Rujukan dan pautan [sunting]
- Pillai, M.G.G. (3 Nov. 2005). "National Front parties were not formed to fight for Malaysian independence". Malaysia Today.
- People's Progressive Party - laman rasmi
- ↑ 1.0 1.1 Suthakar, K. (20 November 2006). PPP menawarkan penggabungan kepada Gerakan. The Star.