Stesen LRT Plaza Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 ST4 
Stesen LRT Plaza Rakyat
Plaza Rakyat LRT station
人民广场轻快铁站
பல்சா ரக்யத்
Stesen LRT Laluan Ampang
Plaza Rakyat LRT station.jpg
Aras platform stesen Plaza Rakyat.
Statistik stesen
Alamat Plaza Rakyat, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°8′40″U 101°42′5″T / 3.14444°U 101.70139°T / 3.14444; 101.70139
Laluan Laluan Ampang (1996 – kini)
Platform 2 platform sisi
Landasan 2
Tempat letak kereta Percuma
Maklumat lain
Dibuka 16 Disember 1996
Kod S11
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (2002 – kini); dikendali oleh RapidKL.

Stesen LRT Plaza Rakyat ialah sebuah stesen LRT ternaik yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Stesen ini terletak di laluan tunggal Aliran Ampang (dahulunya STAR) yang bercabang dari Chan Sow Lin ke Ampang dan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang dalam fasa pertama pembukaan sistem STAR.

Stesen ini dinamakan sempena Plaza Rakyat, sebuah projek pembangunan yang terbengkalai berikutan krisis ekonomi pada tahun 1997. Aras dataran stesen Plaza Rakyat sepatutnya berhubung dengan bahagian selatan kompleks ini.

Dengan Plaza Rakyat masih lagi terbengkalai, stesen ini dihubungkan dengan Hentian Puduraya melalui satu jambatan pejalan kali sepanjang 150 meter.

Hentian bas RapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Plaza Rakyat juga adalah hentian bas RapidKL untuk laluan bas berikut:

Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Stesen LRT Plaza Rakyat Stesen berikutnya
Masjid Jamek   Aliran Sri Petaling (Sentul Timur–Sri Petaling)   Hang Tuah
Masjid Jamek   Aliran Ampang (Sentul Timur–Ampang)   Hang Tuah