Stesen LRT Bandaraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stesen LRT Bandaraya
Stesen alihan laju Aliran Ampang
Statistik stesen
Alamat Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°9′20″U 101°41′39″T / 3.15556°U 101.69417°T / 3.15556; 101.69417
Laluan Aliran Ampang (1996 – kini)
Platform 2 platform sisi
Landasan 2
Tempat letak kereta Percuma
Maklumat lain
Dibuka 16 Disember 1996
Kod S13
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (2002 – kini); dikendali oleh RapidKL.

Stesen LRT Bandaraya ialah sebuah stesen LRT ternaik yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur, terletak di laluan tunggal Aliran Ampang (dahulunya STAR) yang bercabang dari Chan Sow Lin ke Ampang dan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang dalam fasa pertama pembukaan sistem STAR.

[sunting] Lokasi

Stesen ini terletak di tebing timur Sungai Gombak dan persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Isfahan. Stesen ini juga sangat dekat dengan beberapa pusat beli-belah, bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ibu pejabat Bank Negara dan kawasan Jalan Masjid India.

Stesen ini terletak 140 m di timur laut dari stesen Bank Negara. Oleh itu, stesen Bandaraya merupakan stesen terawal sepanjang aliran Ampang yang disepadukan dengan sistem keretapi lain sebelum PUTRA dan fasa kedua STAR dibuka. Stesen Bandaraya juga berdekatan dengan perhentian bas Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

[sunting] Hentian bas RapidKL

Stesen LRT Bandaraya juga adalah hentian bas RapidKL untuk laluan bas berikut:

[sunting] Stesen berdekatan

Stesen sebelumnya Stesen LRT Bandaraya Stesen berikutnya
Sultan Ismail   Aliran Ampang (Sentul Timur–Sri Petaling)   Masjid Jamek
Sultan Ismail   Aliran Ampang (Sentul Timur–Ampang)   Masjid Jamek
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain