Stesen LRT Damai, Malaysia
| Stesen LRT Damai, Malaysia Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Jalan Datok Keramat (west), Datok Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Koordinat | 3°9′52″U 101°43′27″T / 3.16444°U 101.72417°T |
| Laluan | Aliran Kelana Jaya (1999 hingga kini) |
| Platform | 1 platform tengah |
| Landasan | 2 |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 1 Jun 1999 |
| Mesra OKU | |
| Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL. |
Stesen LRT Damai, Malaysia ialah stesen alihan laju bertingkat yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan Terminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tanah.
[sunting] Lokasi
Stesen Damai terletak di pusat Kampung Datuk Keramat, di timur Kuala Lumpur, sepanjang tebing utara Sungai Klang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, menghadap Jalan Datok Keramat di utara. Stesen ini dinamakan sempena lingkungan Damai dalam kawasan kampung, yang melingkungi separuh selatan Datuk Keramat dari selatan Sungai Klang dan dihubungkan dengan stesen melalui jejantas yang menyeberangi sungai.
[sunting] Hentian bas rapidKL
Stesen LRT Damai, Malaysia ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:
- U21 : Bukit Bintang KL Monorail - AU3 Jentayu melalui KLCC - Bukit Bintang KL Monorail
[sunting] Stesen berdekatan
| Stesen sebelumnya | Stesen LRT Damai, Malaysia | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Dato' Keramat | Aliran Kelana Jaya | Ampang Park | ||