Laluan Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
      Laluan Ampang

Koc No. 1138 di ST5 Masjid Jamek
Umum
Jenis Aliran ringan
Status Beroperasi
Lokasi Lembah Klang
Terminal Ampang
Sentul Timur & Sri Petaling
Stesen 25
Perkhidmatan Sentul - KL - Ampang/Sri Petaling
Laman web RapidKL Rail
Operasi
Dibuka 16 Disember 1996
Pemilik Syarikat Prasarana Negara
Pengendali RapidKL
Depoh Ampang
Stok kereta api Adtranz
Teknikal
Panjang aliran 27 km (17 bt)
Panjang landasan 0 km (0 bt)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) standard gauge
Landasan elektrik Third Rail
Kelajuan operasi 60 km/j (37 bsj)
Peta laluan
uhKBHFa
ST11 Sentul Timur Parking kereta
uhBHF
ST10 Sentul Parking kereta
uextCONTr
uextBHFq + HUB84
BSicon uextBHFq.svg
uextSTRq + HUB25
BSicon uextSTRq.svg
uextSTRq + HUB82
BSicon uextSTRq.svg
uexLUECKEq
ST9 Titiwangsa  M2 Arrow Blue Left 001.svg
BSicon .svg uhSTR uCONTf
 MR Arrow Blue Down 001.svg
CONTg
uhBHF + HUB01
BSicon uhBHF.svg
BSicon .svg
PWTC  RS:BP Arrow Blue Up 001.svg
INT + HUB01
BSicon INT.svg
BLrf + uhSTR
BSicon BLrf.svg
BSicon .svg
Putra
STR uhBHF BSicon .svg
ST7 Sultan Ismail
STR
uhBHF + HUB01
BSicon uhBHF.svg
BSicon .svg
ST6 Bandaraya
INT + HUB01
BSicon INT.svg
uhSTR + BLrf
BSicon uhSTR.svg
BSicon .svg
Bank Negara
LUECKE uhSTR BSicon .svg
BSicon .svg uLUECKEq
utSTRq + HUB84
BSicon utSTRq.svg
utBHFq + HUB82
BSicon utBHFq.svg
utCONTl
ST5 Masjid Jamek  KJ Arrow Blue Right 001.svg
BLrg
uhBHF + HUB01
BSicon uhBHF.svg
BSicon .svg
ST4 Plaza Rakyat Pudu Sentral
uexLUECKEq
uextBHFq + HUB01
BSicon uextBHFq.svg
uBRÜCKEe + uextSTRq
BSicon uBRÜCKEe.svg
uextCONTl BSicon .svg
Merdeka  M1 Arrow Blue Right 001.svg
uSTR
BSicon .svg uLUECKEq
uBHF + HUB84
BSicon uBHF.svg
uhBHFq + HUB82
BSicon uhBHFq.svg
uCONTl
ST3 Hang Tuah  MR Arrow Blue Right 001.svg
uBRÜCKEa
uhBHF
ST2 Pudu
uBRÜCKEe
uvSTRa
uvINT
ST1 Chan Sow Lin
BSicon .svg uvSTRgl uSTRlg
BSicon .svg uBHF uSTR
PH2 Cheras
BSicon .svg uBHF uSTR
PH3 Salak Selatan Parking kereta
BSicon .svg uBHF uSTR
PH4 Bandar Tun Razak
BSicon .svg BSicon .svg BSicon .svg uBRÜCKEa uSTR BSicon .svg BSicon .svg
BSicon .svg LUECKE CONTg uBRÜCKEe uSTR BSicon .svg BSicon .svg
 RS Arrow Blue Up 001.svg
BSicon .svg
BHF + HUB84
BSicon BHF.svg
BHF + HUB25
BSicon BHF.svg
uBHF + HUB82
BSicon uBHF.svg
uSTR BSicon .svg BSicon .svg
PH5 Tasik Selatan Parking kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Bersepadu Selatan
BSicon .svg CONTf LUECKE uBRÜCKEa uSTR BSicon .svg BSicon .svg
 KT Arrow Blue Down 001.svg
BSicon .svg BSicon .svg uhBHF uSTR BSicon .svg
PH6 Sungai Besi Parking kereta
BSicon .svg BSicon .svg uhBHF uSTR BSicon .svg
PH7 Bukit Jalil Parking kereta
BSicon .svg uBRÜCKEe uSTR
BSicon .svg BSicon .svg uKBHFxe uSTR BSicon .svg
PH8 Sri Petaling Parking kereta
BSicon .svg uexBHF uSTR
Bukit OUG
BSicon .svg uexBHF uSTR
Kampung Muhibbah
BSicon .svg uexBHF uSTR
Bukit Kinrara
BSicon .svg uexBHF uSTR
Bandar Kinrara
BSicon .svg uexBHF uSTR
Puncak Kinrara
BSicon .svg uexBHF uSTR
Puchong Jaya
BSicon .svg uexBHF uSTR
Pusat Bandar Puchong
BSicon .svg uexBHF uSTR
Batu 12
BSicon .svg uexBHF uSTR
Puchong Utama
BSicon .svg uexBHF uSTR
Puchong Perdana
BSicon .svg uexBHF uSTR
Puchong Prima
BSicon .svg uexCONTg uexDST uSTR BSicon .svg
Kampung Seri Aman Depot  KJ Arrow Blue Up 001.svg
BSicon .svg
uexKBHFe + HUB84
BSicon uexKBHFe.svg
uexKBHFe + HUB82
BSicon uexKBHFe.svg
uSTR BSicon .svg
Putra Height
BSicon .svg BSicon .svg uBHF
AG2 Miharja Parking kereta
BSicon .svg BSicon .svg uBRÜCKEa
BSicon .svg uextCONTr
uextBHFq + HUB84
BSicon uextBHFq.svg
uextSTRq + HUB82
BSicon uextSTRq.svg
uexLUECKEq
AG6 Maluri  M1 Arrow Blue Left 001.svg
BSicon .svg BSicon .svg uBRÜCKEe
BSicon .svg BSicon .svg uBHF
AG3 Pandan Jaya Parking kereta
BSicon .svg BSicon .svg uBHF
AG4 Pandan Indah Parking kereta
BSicon .svg BSicon .svg uBHF
AG5 Cempaka Parking kereta
BSicon .svg BSicon .svg uBHF
AG6 Cahaya
BSicon .svg uKDSTl uABZgr+r
Ampang Depot
BSicon .svg BSicon .svg uKBHFe
AG7 Ampang Parking kereta

Laluan Ampang ialah salah satu dari dua aliran transit ringan dalam rangkaian Sistem Transit Kuala Lumpur yang dikendali oleh rangkaian Rel RapidKL, di samping Laluan Kelana Jaya.

Laluan ini terdiri dari dua cabang yang berkongsi separuh aliran:

  • Sentul Timur ke Chan Sow Lin (dua cabang berkongsi laluan)
  • Chan Sow Lin ke Ampang
  • Chan Sow Lin ke Sri Petaling

Sistem ini pernah diberi nama-nama yang berbeza sepanjang masa perkhidmatannya. Mula-mulanya dikenali sebagai STAR (Sistem Transit Aliran Ringan) STAR LRT atau STAR Line, nama sistem ini ditukar lagi pada tahun 2005 untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini: Aliran Sri Petaling/Ampang. Pada bulan April 2007, seluruh sistem dinamakan semula menjadi Laluan Ampang sebagai satu aliran am tanpa nama-nama rasmi bagi kedua-dua cabang tersebut.

Sistem ini merupakan salah satu daripada dua transit aliran ringan di bawah pengurusan bahagian pengangkutan rel RapidKL. Sistem yang lainnya bergelar Aliran Kelana Jaya.

Isi kandungan

[sunting] Laluan dan stesen

Laluan Ampang terdiri daripada dua laluan yang panjangnya sejumlah 27 kilometer yang bermula di dua stesen berlainan di kawasan selatan, kemudian bertemu di sebuah stesen pertukaran dan tamat di stesen yang sama di utara. Laluan Ampang-Sentul Timur bermula di stesen terminus Ampang, manakala laluan Sri Petaling-Sentul Timur bermula di stesen Sri Petaling. Kedua-dua laluan bertemu di stesen pertukaran Chan Sow Lin; laluan yang bergabung ini kemudian menghala ke utara, lalu berhenti di Sentul Timur. Laluan Ampang-Sultan Ismail merupakan fasa yang pertama sistem ini untuk dibuka, pada 16 Disember 1996, diikuti oleh bahagian kedua dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling bermula 11 Julai 1998, terutamanya bagi memudahkan perjalanan ke Kompleks Sukan Negara ketika Sukan Komanwel 1998 melalui stesen Bukit Jalil. Fasa terakhir di antara stesen Sultan Ismail dan Sentul Timur dibuka pada 6 Disember 1998.

Stesen LRT Bandaraya, satu contoh am bagi stesen Laluan Ampang pada jejambat.

Laluan di antara stesen Plaza Rakyat ke stesen Sentul Timur terletak pada jejambat, termasuklah bahagian di antara stesen Bandaraya ke stesen Titiwangsa yang melalui sepanjang Sungai Gombak. Bahagian Chan Sow Lin-Ampang pula kebanyakannya terletak di daratan, manakala bahagian Chan Sow Lin-Plaza Rakyat dan bahagian Sri Petaling-Chan Sow Lin menggunakan gabungan landasan-landasan di tanah dan di jejambat. Di sepanjang sistem ini tiada laluan bawah tanah.

Sistem ini merangkumi 25 stesen kesemuanya: 11 di sepanjang laluan Chan Sow Lin-Sentul Timur, tujuh di sepanjang laluan Ampang-Chan Sow Lin dan tujuh di sepanjang laluan Sri Petaling-Chan Sow Lin. Depoh servis dan depot tren utama bagi sistem ini terletak sebelum stesen terminus Ampang dan di hujung laluan yang menghala ke Ampang. Depoh tren sekunder terletak selepas stesen Sri Petaling.

Tidak seperti laluan-laluan rel bertolok meter yang mengelilingi negara, rel Laluan Ampang bertolok piawai, menjadikannya sistem rel pertama di negara yang memakai tolok piawai. Bahagian di antara Ampang-Chan Sow Lin-Plaza Rakyat dan Chan Sow Lin-Salak Selatan pernah dijadikan sebahagian rangkaian Malayan Railways (cabang Ampang/Jalan Sultan) yang ditutup pada 1960-an (di antara stesen Chan Sow Lin dan Plaza Rakyat) dan awal 1990-an (bahagian rel yang tinggal).

[sunting] Sentul Timur—Chan Sow Lin

11 buah stesen berikut dikongsi oleh kedua-dua cabang, dari utara ke selatan:

Kod stesen Nama stesen Platform Pertukaran
ST11 Sentul Timur sisi
ST10 Sentul sisi
ST9 Titiwangsa sisi KL Monorail dan Bas RapidKL
ST8 PWTC sisi
ST7 Sultan Ismail sisi
ST6 Bandaraya sisi KTM Komuter
ST5 Masjid Jamek sisi Aliran Kelana Jaya
ST4 Plaza Rakyat sisi
ST3 Hang Tuah sisi KL Monorail
ST2 Pudu sisi
ST1 Chan Sow Lin tengah Sri Petaling ↔ Ampang

[sunting] Chan Sow Lin—Ampang

Stesen Chan Sow Lin adalah stesen pertukaran antara kedua-dua cabang. Laluan ke stesen Ampang merangkumi 7 buah stesen dari percabangan ke arah timur Lembah Kelang, iaitu:

Kod stesen Nama stesen Platform Pertukaran
AG2 Miharja sisi
AG3 Maluri sisi Bas RapidKL
AG4 Pandan Jaya sisi
AG5 Pandan Indah sisi
AG6 Cempaka sisi
AG7 Cahaya sisi
AG8 Ampang sisi

[sunting] Chan Sow Lin—Sri Petaling

Stesen Chan Sow Lin adalah stesen pertukaran antara kedua-dua cabang. Laluan ke stesen Sri Petaling merangkumi 7 stesen dari percabangan ke arah selatan Lembah Kelang, iaitu:

Kod stesen Nama stesen Platform Pertukaran
PH2 Cheras sisi
PH3 Salak Selatan sisi
PH4 Bandar Tun Razak sisi
PH5 Bandar Tasik Selatan tengah Laluan Rawang-Seremban dan KLIA Transit
PH6 Sungai Besi sisi
PH7 Bukit Jalil sisi
PH8 Sri Petaling sisi

[sunting] Hubungan dengan sistem rel yang lain

Sejak pelancarannya, Laluan Ampang pernah dicadangkan untuk merangkumi bentuk-bentuk perhubungan dengan sistem rel lain di rantau Lembah Klang. Apabila STAR Line dilancarkan pada tahun 1996, stesen Bandaraya menjadi stesen STAR pertama yang ditetapkan sebagai stesen penyepaduan yang berhubung dengan stesen Komuter Bank Negara, sebuah stesen KTM Komuter yang terletak beratus-ratus meter jauhnya. Setelah lengkapnya bahagian Sri Petaling-Chan Sow Lin, stesen Bandar Tasik Selatan dibuka sebagai pertukaran yang lebih bersepadu antara aliran STAR dan KTM Komuter. Aliran ini kemudian merangkumi perhubungan dengan perkhidmatan PUTRA LRT, ERL dan KL Monorail pada tahun-tahun berikutnya. Sistem ini kini mempunyai sejumlah lima buah stesen yang berhubung dengan sistem rel yang lain.

Laluan Ampang ialah satu-satunya sistem rel dalam rangkaian transit rel Kuala Lumpur yang tidak berhenti di dalam datu berdekatan KL Sentral.

[sunting] Sejarah

  • 13 November 1992 – Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star LRT) diperbadankan unruk melaksanakan projek LRT pertama di Kuala Lumpur.
  • 22 Disember 1992 – Persetujuan francais antara kerajaan Malaysia dan Star LRT ditandatangani bagi pembangunan, milikan dan pengendalian sistem LRT.
  • 30 Ogos 1994 – Kerja-kerja pembinaan projek dimulakan secara rasmi.
  • 16 Disember 1996 – fasa 1 antara stesen-stesen Ampang dan Sultan Ismail memulakan operasi.
  • 11 Julai 1998 – Laluan cabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling bermula operasi. Cabang ini membentuk sebahagian daripada aliran Sentul Timur-Sri Petaling.
  • 6 Disember 1998 – Sambungan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur bermula operasi.
  • 1 September 2002 – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih milikan dan pengendalian Star LRT di bawah fasa pertama langkah penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai Starline.
  • November 2004 – Pengendalian Starline diambil alih oleh RapidKL. Milikan aset-aset kekal dengan SPNB.
  • 19 Julai 2005 – RapidKL mengumumkan bahawa kedua-dua aliran Starline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Segala papan tanda berkenaan akan ditukar menjelang tahun 2006.

[sunting] Insiden

  • 27 Oktober 2006 – Tren LRT enam koc yang tiba dari Ampang melampaui hujung rel jejambat di stesen Sentul Timur, menyebabkan separuh hadapan koc pertama berayun-ayun di udara kira-kira 25m dari aras tanah.
  • 25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.[1]
Mesin tiket automatik di stesen Laluan Ampang.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Elizabeth Looi. "Six injured in LRT accident", The Star, 2008-09-25. 

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain