Stesen LRT Setiawangsa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Stesen LRT Setiawangsa Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Jalan Jelatek, AU1, sempadan Kuala Lumpur-Ampang, Selangor, Malaysia. |
| Laluan | Aliran Kelana Jaya (1999 hingga kini) |
| Platform | 1 platform tengah |
| Landasan | 2 |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 1 Jun 1999 |
| Mesra OKU | |
| Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL. |
Stesen LRT Setiawangsa ialah stesen alihan laju aras tinggi yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan Terminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tanah.
Hentian bas rapidKL[sunting]
Stesen LRT Setiawangsa ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:
- T309 : Setiawangsa LRT - AU 3 Jentayu melalui Bukit Setiawangsa - Setiawangsa LRT
Stesen berdekatan[sunting]
| Stesen sebelumnya | Stesen LRT Setiawangsa | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Sri Rampai | Aliran Kelana Jaya | Jelatek | ||