Stesen LRT BU 11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BU 11
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen LRT BU 11, Jalan Tropicana Selatan 1, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya Malaysia
Koordinat3°08′00″N 101°36′16″E / 3.133443°N 101.604575°E / 3.133443; 101.604575Koordinat: 3°08′00″N 101°36′16″E / 3.133443°N 101.604575°E / 3.133443; 101.604575
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehRapid Rail
Laluan11 Laluan Shah Alam
Platform2 (1 platform tengah)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen SA03 
Sejarah
Akan dibuka1 Mac 2025; dalam masa 10 bulan (2025-03-01)
DielektrikkanYa
Nama lamaTropicana, BU11
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kayu Ara
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang
Tropicana
menghala ke Johan Setia
Lokasi
Map

Stesen LRT BU 11 ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT Kayu Ara dan Stesen LRT Tropicana serta mempunyai kod stesen iaitu SA03.[1] Stesen LRT BU 11 merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi menjelang bulan Mac tahun 2023.[2][3][4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT BU 11 dilabel sebagai stesen kedua dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai BU 11, stesen ini dikenali sebagai Tropicana dan BU11.

Mengikut pelan asal pembukaan stesen, sepatutnya Stesen LRT BU 11 dibuka pada Hari Kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos tahun 2020,[6] namun sebaliknya ia ditunggakkan sehingga bulan Februari 2024.[2][8][9] Walaupun begitu, pada Julai 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia ketika itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan stesen dan laluan dalam jajaran LRT Shah Alam termasuk stesen ini bakal dibuka untuk orang awam secara rasmi pada 1 Mac 2025 memandangkan tarikh kedua itu, Februari 2024 tidak kesampaian. Hai ini secara tidak langsung telah menambah lebih banyak kelewatan untuk pembukaan LRT Shah Alam sepenuhnya.[2][3][4] Kelewatan ini disebabkan oleh kekangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.[10]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT BU 1, 2023.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT BU 11 menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Kayu Ara dan stesen Tropicana. Kod stesen bagi stesen LRT BU 11 ialah SA03.[1]

Lokasi stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT BU 11 terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[9] Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT BU 11 terletak di berhadapan dengan bangunan Plaza Tol Damansara Lebuhraya SPRINT. Stesen LRT BU 11 teletak di dalam kawasan Bandar Utama.[11][12] Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Effingham, Kuarters Institusi Pendidikan Bandar Utama, The British International School of Kuala Lumpur, Kuil Sri Maduraiveeran, First City University College, kawasan komersial Merchant Square, Centerpoint Bandar Utama, Apartmen Bayu Puteri, Pangsapuri Permai, Pangsapuri Damai, Centerpoint Bandar Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tropicana dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tropicana.[11][12]

Kesalinghubungan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Hentian bas paling hampir dengan tapak stesen LRT BU 11 ialah hentian bas Perumahan BU 11/1 (kod hentian – PJ841) dan Kuarters Guru Bandar Utama (kod hentian – PJ803) di Lebuh Bandar Utama. Perkhidmatan bas perantara MRT laluan T811 dari Stesen MRT Bandar Utama ke Mutiara Tropicana berkhidmat di kedua-dua hentian bas terbabit.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ a b c Izwaashura Sadali (5 Julai 2023). "LRT Laluan Shah Alam dijadualkan mula beroperasi Mac 2025, 86% siap setakat ini – Menteri MoT". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ a b "LRT3 to start operation in March 2025 – Anthony Loke" [LRT3 bakal mula beroperasi menjelang Mac 2025] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Berita Nasional Malaysia. 4 Julai 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  4. ^ a b Ruwaida Md Zin (4 Julai 2023). "LRT3 dijangka beroperasi 1 Mac 2025". New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua milion orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ a b "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ Izwaashura Sadali (5 Ogos 2021). "LRT3 kini dikenali sebagai LRT Laluan Shah Alam". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ a b Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  10. ^ Azmizam Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang (2022). "Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022 Sesi 1: Projek LRT3". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  11. ^ a b Google (29 Disember 2023). "Stesen LRT BU 11 (Peta)". Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  12. ^ a b "BU 11 LRT Station" [Stesen LRT BU 11]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 2023. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  13. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]