Stesen LRT Sri Rampai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KJ4 
Stesen LRT Sri Rampai
Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya
Sri Rampai station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.JPG
Statistik stesen
Laluan Aliran Kelana Jaya (2010–)
Landasan 2
Maklumat lain
Dibuka 24 Disember 2010
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL.

Stesen LRT Sri Rampai ialah stesen alihan laju yang terletak di sempadan Taman Sri Rampai dan Wangsa Maju di utara Kuala Lumpur, Malaysia, dalam Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Ia dibuka pada 24 Disember 2010, lebih sedasawarsa selepas pembukaan aliran ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan stesen ini bermula bersama seluruh alirannya pada tahun 1996, tetapi dihentikan pada tahun 1997 akibat kekurangan penduduk di kawasan sekitar serta pembatalan sebuah projek perumahan yang berdekatan.[1] Walaupun seluruh Aliran Putra dibuka pada 1999 dengan tersenarai stesen Sri Rampai dalam peta alihan, namun stesen ini masih ditutup dan semua tren diaturcarakan supaya melangkau stesen ini.

Pada 25 Ogos 2006, landasan dalam stesen ini dilanda air banjir kilat, sehingga mengakibatkan perkhidmatan tergendala sepanjang seluruh Aliran Kelana Jaya Line berjam-jam lamanya serta menyebabkan kesesakan penumpang yang hebat di antara stesen KLCC dan stesen Kuala Lumpur Sentral. Perkhidmatan dipulihkan beransur-ansur menjelang 8:30 malam (MST).[2]

Pembinaan bermula semula pada September 2008. Pada 24 Disember 2010, stesen Sri Rampai akhirnya dibuka kepada awam dan memulakan perkhidmatan berbayar.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Sri Rampai merupakan stesen aras tanah bertingkat dua, dengan kawasan platform (yang terdiri daripada dua platform sisi) dibina di bawah permukaan, manakala seluruh struktur yang lain terletak di atas permukaan. Inilah satu-satunya stesen Aliran Kelana Jaya yang terletak di aras tanah, berbanding dengan stesen-stesen lain yang terletak di aras tinggi atau bawah tanah.

Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Stesen LRT Sri Rampai Stesen berikutnya
Wangsa Maju   Aliran Kelana Jaya   Setiawangsa

Rujukan[sunting | sunting sumber]