Stesen Keretapi Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KB13 
Seremban
Stesen KTM Komuter dan
stesen KTM Antarabandar
Seremban railway station (Rawang-Seremban Line) (front), Seremban.jpg
Bangunan sebelum peperangan bagi stesen Seremban, yang masih digunakan
Statistik stesen
Alamat Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Laluan Laluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) (sejak 1995)
KTM Antarabandar.
Platform 1 platform tepi dan 1 platform pulau.
Landasan 3
Tempat letak kereta Tersedia, bayaran dikenakan
Maklumat lain
Dibuka 1910
Dielektrikkan 1995
Kod SEREMBAN
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu

Stesen Keretapi Seremban merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di hujung barat Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan perkhidmatan KTM Komuter yang bermula sejak tahun 1995. Stesen ini merupakan terminal selatan bagi Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen ini dibina pada antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM26,000.00, berkhidmat untuk beberapa buah syarikat kereta api zaman awal sebelum Keretapi Tanah Melayu mengambil alih pengurusan semua laluan kereta api di Malaya pada tahun 1948. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan juga pengangkutan barangan.

Dari 6 Februari 1994 hingga 12 April 1994, stesen ini dijalankan pemodelan semula yang ektensif sebagai persediaan untuk perkhidmatan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter. Kerja-kerja pengubahsuaian menyaksikan penaiktarafan kemudahan KTM Komuter baru dalam stesen, dan juga penaikan aras semua platform di stesen untuk memudahkan penumpang menaik turun kereta api KTM.

Platform[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api Seremban, dipandang dari salah satu platform. Landasan yang digunakan oleh kereta api komuter itu (pada platform 1), selalu digunakan oleh kereta api KTM Komuter pada Laluan Rawang-Seremban.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan ETS atau "Electric Train Service" yang menghubungkan Seremban ke Ipoh dengan kekerapan dua kali sehari dengan kereta api berlepas pada pukul 11 pagi dan 6 petang setiap hari.Perkhidmatan ETS berhenti di platform 3. Perkhidmatan KTM Komuter berhenti di sini untuk beberapa minit di platform 1 sebelum meneruskan perjalanan ke Senawang dan platform kedua ke Tiroi serta Kuala Lumpur. Perkhidmatan KTM Antarabandar juga disediakan untuk perjalanan ke seluruh Malaysia. Tren antarabandar biasanya berhenti di platform 1 untuk perjalanan ke selatan dan pantai timur serta platform 2 untuk perjalanan ke Kuala Lumpur dan utara. Kaunter tiket untuk ketiga-tiga perkhidmatan turut disediakan

Stesen ini mempunyai satu platform tepi yang bersambung dengan bangunan stesen serta platform 2 dan 3 yang terletak di platform pulau.

Platform
1 Laluan Pantai Barat(Down) Arah Gemas dan Woodlands Train Checkpoint
Laluan Rawang-Seremban Arah Rawang
2 Laluan Pantai Barat(Up) Arah Kuala Lumpur Sentral
Laluan Rawang-Seremban Arah Rawang
3 Not in use

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Stesen Keretapi Seremban pada dasarnya digayakan supaya berbentuk terlalu mudah dan terdiri daripada sebuah bangunan satu-tingkat berbentuk empat segi panjang yang menampung:

  • pejabat-pejabat di separuh stesen bahagian selatan; dan
  • ruang menjual tiket serta ruang penumpang di separuh stesen bahagian utara.

Pintu masuk bata-dan-lepa juga dibekalkan dalam reka bentuk awal. Selain itu, stesen ini menonjolkan serambi muka yang disangga oleh rasuk kayu terukir yang dihiasi dengan motif lengkok.

Stesen Keretapi Seremban dilitupi oleh dua lapis bumbung rabung miring: bumbung atas yang lebih kecil dan mempunyai tebeng layar bersilang dengan bumbung di bawahnya. Sebuah menara jam putih dibina di atas bumbung bangunan, dihiasi dengan kubah bawang. Bahagian bumbung yang atas juga dihiasi dengan ukiran kayu dan kemuncak-kemuncak kecil pada tubir atasnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Plak pelancong di depan stesen
Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Tiroi   Laluan Rawang-Seremban
KTM Komuter
  Senawang