Stesen LRT Taman Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KJ20 
Stesen LRT Taman Jaya
Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya
Taman Jaya station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.jpg
Statistik stesen
Alamat Malaysia
Laluan Aliran Kelana Jaya (1998 hingga kini)
Platform Dua platform sisi
Landasan Dua
Maklumat lain
Dibuka 1 September 1998
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendalikan oleh RapidKL.

Stesen LRT Taman Jaya merupakan stesen alihan laju yang terletak di Selangor, Malaysia dan sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian daripada segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni (tidak termasuk KL Sentral yang dibuka kemudian) dan depoh penyelenggaraan di Lembah Subang.

Stesen Taman Jaya terletak di utara Seksyen 52 Petaling Jaya, di atas Persiaran Barat berhampiran simpang Lorong Sultan, dari Jalan Timur. Oleh itu, Stesen Taman Jaya dekat sekali dengan beberapa bangunan majlis perbandaran dan juga Dataran Petaling Jaya. Selain Seksyen 52, Taman Jaya juga tidak jauh dari Seksyen 9, 10 dan 11 di timur. Stesen ini dinamakan bersempena Taman Jaya di Seksyen 10, iaitu taman pertama yang diasaskan di Petaling Jaya. Di sekitar stesen juga terdapat Amcorp Mall, PJ Club, Syabas Club dan cawangan terbesar restoran A&W.

Hentian bas RapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Taman Jaya adalah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:

  • T505 : Taman Jaya LRT - Taman Sri Sentosa - Taman Bukit Kuchai - Taman Jaya LRT

Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Stesen LRT Taman Jaya Stesen berikutnya
Universiti   Aliran Kelana Jaya   Asia Jaya