Stesen Monorel Chow Kit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Chow Kit Stesen Kuala Lumpur Monorail |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Persimpangan Jalan Pahang, Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Koordinat | 3°10′2″U 101°41′53″T / 3.16722°U 101.69806°T |
| Laluan | Kuala Lumpur Monorail (2003 – kini) |
| Platform | 2 platform sisi |
| Landasan | 2 |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 31 Ogos 2003 |
| Dimiliki oleh | KL Infrastructure Group Limited (KL Infra) |
Chow Kit ialah sebuah stesen monorel bertingkat dalam aliran Kuala Lumpur Monorail (KL Monorail) di Kuala Lumpur. Stesen ini terletak di kawasan Chow Kit, di atas titik pertembungan hujung selatan Jalan Pahang dan Jalan Ipoh, dengan hujung utara Jalan Tuanku Abdul Rahman. Laluan monorel menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga menoleh ke kiri di titik lepas Jalan Sultan Ismail.
Stesen ini ada dua pintu keluar masuk, iaitu satu di barat hujung utara Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan satu lagi di titik timur Jalan Raja Muda.
| Stesen sebelumnya | Stesen berikutnya | |||
|---|---|---|---|---|
| Medan Tuanku | KL Monorail | Titiwangsa | ||