Stesen LRT Pudu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pudu Rapid KL
ڤودو
LokasiStesen Pudu, Jalan Sarawak, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′5″N 101°42′43″E / 3.13472°N 101.71194°E / 3.13472; 101.71194Koordinat: 3°8′5″N 101°42′43″E / 3.13472°N 101.71194°E / 3.13472; 101.71194
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG10   SP10 
Sejarah
Dibuka3 16 Disember 1996
4 11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Pudu ialah stesen LRT yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di pekan Pudu, Kuala Lumpur.

Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sarawak di pekan Pudu, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Plaza Pudu, Hotel D'Majestic Place, SMK Dato' Onn, SJK (T) Jln San Peng, SJK (C) Chung Kwo dan SJK (C) Kung Min.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Chan Sow Lin)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Chan Sow Lin)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Hang Tuah)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Hang Tuah)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Sentul dapat dicapai dengan menggunakan pintu masuk dan keluar yang terletak di Jalan Sarawak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.