Stesen LRT Salak Selatan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Stesen LRT Salak Selatan Stesen alihan laju Aliran Ampang |
|
| Statistik stesen | |
|---|---|
| Alamat | Jalan Sungai Besi, Salak Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Koordinat | 3°6′7″U 101°42′22″T / 3.10194°U 101.70611°T |
| Laluan | Aliran Ampang (Laluan Sentul Timur-Sri Petaling) (1998 hingga kini) |
| Platform | 2 platform sisi |
| Landasan | 2 |
| Tempat letak kereta | Ada |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 11 Julai 1998 |
| Kod | S62 |
| Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL. |
Stesen LRT Salak Selatan ialah sebuah stesen alihan laju searas daratan yang terletak berhampiran kawasan Salak Selatan di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian cabang Sri Petaling-Sentul dalam Aliran Ampang (dahulunya dikenali sebagai STAR).
Stesen ini dibuka pada 11 Julai 1998, sebagai sebahagian fasa kedua pembukaan sistem STAR, yang merangkumi tujuh buah stesen baru di sepanjang laluan Chan Sow Lin-Sri Petaling.
[sunting] Hubungan dengan bas rapidKL
Stesen LRT Salak Selatan boleh dicapai oleh bas rapidKL berikut:-
- U44 : KL Monorail Bukit Bintang - Bandar Sri Permaisuri melalui Cheras Flat (arah Bandar Sri Permaisuri sahaja)
- U48 : KL Monorail Bukit Bintang - Desa Petaling - KL Monorail Bukit Bintang
- T421 : LRT Salak Selatan - Taman Gembira melalui Taman Salak Selatan - Salak Selatan LRT
- T422 : LRT Salak Selatan - LRT Bukit Jalil - LRT Salak Selatan
- T433 : LRT Salak Selatan - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) melalui Bandar Sri Permaisuri - LRT Salak Selatan
[sunting] Stesen berdekatan
| Stesen sebelumnya | Stesen LRT Salak Selatan | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Cheras | Aliran Ampang (Sentul Timur-Sri Petaling) | Bandar Tun Razak | ||