Stesen Hang Tuah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 ST3  MR4 
Stesen Hang Tuah
Hang Tuah LRT-KL Monorail Interchange station
汉都亚轻快铁-吉隆坡单轨火车转换站
ஹங் துஅஹ்
Stesen LRT Laluan Ampang dan
stesen KL Monorail
Hang Tuah station (Sri Petaling Line), Kuala Lumpur (January 2007).jpg
Platform stesen Laluan Ampang Hang Tuah. Stesen KL Monorail Hang Tuah boleh dilihat pada bahagian atas kanan dalam latar belakang gambar ini.
Statistik stesen
Alamat Jalan Hang Tuah, Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°8′24″U 101°42′21″T / 3.14°U 101.70583°T / 3.14; 101.70583
Laluan Laluan Ampang (sejak 1996)
KL Monorail (sejak 2003)
Platform 2 platform tepi (Laluan Ampang)
2 platform tepi (KL Monorail)
Landasan 2 (Laluan Ampang)
2 (KL Monorail)
Tempat letak kereta Tiada
Maklumat lain
Dibuka 16 Disember 1996 (Laluan Ampang)
31 Ogos 2003 (KL Monorail)
Kod  ST3 
 MR4 
Dimiliki oleh RapidKL (Laluan Ampang)
KL Infrastructure Group Limited (KL Infra) (KL Monorail)

Stesen Hang Tuah merupakan sebuah stesen pertukaran di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia, terdiri daripada dua stesen yang masing-masing merupakan sebahagian daripada dua sistem transit rel yang berbeza: Laluan Ampang (juga Laluan Ampang dan Sri Petaling, dulu dikenali sebagai Laluan STAR) dan Kuala Lumpur Monorail.

Stesen ini berhampiran dengan Victoria Institution, Penjara Pudu, balai polis Hang Tuah, dan Stadium Negara.

Stesen-stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Hang Tuah[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Hang Tuah siap dibina pada tahun 1996 pada bekas laluan keretapi KTM yang terbiar, digunakan semula oleh tren LRT STAR pada Laluan Ampang dan Sri Petaling. Stesen ini merupakan salah satu daripada 13 buah stesen STAR yang dibuka di bandaraya ini, sebahagian daripada "Fasa I" atau "Sistem I".[1]

Stesen KL Monorail Hang Tuah[sunting | sunting sumber]

Stesen KL Monorail Hang Tuah, sebuah stesen yang menyediakan perkhidmatan Kuala Lumpur Monorail (KL Monorail), dibuka pada 31 Ogos 2003. Stesen ini, seperti stesen monorel yang lain, dibina pada aras atas tanah di atas Jalan Hang Tuah, dan tidak secara langsung bergabung dengan stesen LRT yang sedia ada. Stesen ini mempunyai dua jalan keluar dan terletak di arah timur laut stesen LRT. Stesen ini hanya boleh dimasuki dengan tangga dan eskalator.

Stesen Monorel Hang Tuah merupakan salah satu daripada empat stesen monorel yang berkhidmat kepada kawasan Segi Tiga Kuala Lumpur, dengan ketiga-tiga yang lain ialah stesen Raja Chulan, stesen Bukit Bintang, dan stesen Imbi. Stesen ini juga merupakan salah satu daripada kedua-dua stesen monorel yang direka sebagai stesen pertukaran dengan Laluan Ampang, dengan Stesen Monorel Titiwangsa.

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Jarak dekat antara stesen Monorel dan stesen Laluan Ampang membolehkan kedua-duanya dalam peta transit sebagai stesen pertukaran antara dua aliran tersebut, berikutan itu ia digunakan untuk sampai ke Bukit Bintang dan kawasan berhampiran yang dilalui monorel. Laluan pejalan kaki berlindung antara pintu barat daya stesen monorel dan pintu utama stesen Laluan Ampang berfungsi sebagai penghubung kebetulan antara kedua-dua stesen.

Hubungan dengan bas rapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen Hang Tuah boleh dicapai dengan bas RapidKL yang berikut:-

Imej tambahan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sistem I merujuk kepada yang diusahakan oleh STAR, manakala Sistem II merujuk kepada yang diusahakan oleh PUTRA. Fasa I daripada Sistem I merujuk kepada laluan dari stesen Ampang ke stesen Sultan Ismail. Fasa II merujuk kepada cawangan laluan dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling dan juga tambahan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur station.
Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Plaza Rakyat   Laluan Ampang   Pudu
Maharajalela   KL Monorail   Imbi