Stesen Monorel Maharajalela
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| MR3 Stesen Monorel Maharajalela Maharajalela Monorail station 马哈拉惹乐拉单轨火车站 மகாராஜலேல Stesen KL Monorail |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Koordinat | 3°8′20″U 101°41′56″T / 3.13889°U 101.69889°T |
| Laluan | KL Monorail (2003 – kini) |
| Platform | 2 platform sisi |
| Landasan | 2 |
| Tempat letak kereta | Ada |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 31 Ogos 2003 |
| Dimiliki oleh | KL Infrastructure Group Limited (KL Infra) |
Stesen Monorel Maharajalela ialah sebuah stesen monorel bertingkat yang membentuk sebahagian KL Monorail (KL Monorail) di Kuala Lumpur. Stesen ini dinamakan sempena Jalan Maharajalela, terletak di atas laluan arah tenggara Jalan Maharajalela, di sebelah barat daya Stadium Merdeka dan beberapa ratus meter dari selatan bandar lama Kuala Lumpur, termasuk Jalan Petaling.
Stesen ini ada tiga pintu keluar, dua daripadanya menghala ke utara dan selatan Jalan Maharajalela, dan satu lagi di sebelah timur laut ke arah tempat letak kereta Stadium Merdeka. Hanya pintu masuk utara Jalan Maharajalela yang dilengkapi tangga bergerak ke atas, selebihnya cuma ada tangga biasa.
Hubungan dengan rapidKL [sunting]
Stesen Monorel Maharajalela boleh dicapai dengan bas rapidKL berikut:-
- U423 : KL Sentral - TUDM Sungai Besi melalui Jalan Maharajalela - KL Sentral
| Stesen sebelumnya | Stesen berikutnya | |||
|---|---|---|---|---|
| Tun Sambanthan | KL Monorail | Hang Tuah | ||