Stesen LRT Cahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 AG7 
Stesen LRT Cahaya
stesen alihan laju Laluan Ampang
Cahaya station (Ampang Line), Selangor.JPG
Platform stesen Cahaya.
Statistik stesen
Alamat Off Jalan Cahaya 7, Taman Cahaya Indah dan Jalan Pandan Cahaya 1/2, Pandan Indah, Ampang, Selangor, Malaysia.
Koordinat 3°8′26″U 101°45′23″T / 3.14056°U 101.75639°T / 3.14056; 101.75639
Laluan Laluan Ampang (Sentul Timur-Ampang) (1996 hingga kini)
Platform 2 platform sisi
Landasan 2
Tempat letak kereta Tiada
Maklumat lain
Dibuka 16 Disember 1996
Kod  AG7 
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendalikan oleh RapidKL.
Perkhidmatan
Stesen mendahului   Rel RapidKL   Stesen berikut
ke arah Sentul Timur
Laluan Ampang
Terminal

Stesen LRT Cahaya ialah sebuah stesen LRT searas daratan yang terletak berhampiran Taman Cahaya di Ampang Jaya, Selangor, sebagai sebahagian cabang Sentul Timur–Ampang di Laluan Ampang (dahulunya STAR) yang dibuka pada 16 Disember 1996 dalam fasa pertama pembukaan sistem LRT pertama negara bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Cahaya dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Cahaya di Ampang Jaya, dan terletak di kawasan berhampiran subbandar Pandan Indah di selatan, dan Taman Cahaya dan Taman Cahaya Indah di utara. Stesen ini juga boleh dicapai dari Taman Nirvana di utara dan Kampung Baru Ampang di selatan. Stesen ini dihubungkan dengan dua laluan iaitu satu dari Jalan Cahaya 7 dari Taman Cahaya Indah dan satu lagi dari Jalan Pandan Cahaya 1/2 dari Pandah Indah.

Stesen Cahaya dibina di sepanjang sepasang landasan rata yang pernah digunakan sebagai laluan antara Kuala Lumpur, Ampang dan Salak Selatan oleh Federated Malay States Railway dan Malayan Railway. Stesen ini juga terletak kira-kira 470 meter dari stesen Cempaka yang lebih kurang juga berkhidmat di kawasan yang sama.